Kewujudun Laman Syabab Al-Qahiriey ini adalah sebagai perkongsian untuk kita bersama.Semoga segala yang terkandung didalamnya bisa dimanfaatkan bersama.Teguran dan nasihat dialu-alukan demi membina dan memperbaiki lagi kelemahan yang ada.Bukan kerana NAMA hamba berkelana,Bukan kerana GELARAN hamba berwacana ,Bukan juga kerana ATMA hamba berbicara tapi kerana AGAMA hamba laksanakan segalanya..
Mudah Ungkapkan Sayang Tapi....
Pelbagai ungkapan mudah dilafazkan oleh seseoarng tetapi sejauhmanakah kata-kata itu dapat direalisasikan .Bak kata orang "menanam tebu dibibir" manis untuk berkata namun tiada kuasa untuk melaksana.Hari ini berapa orang yang cakap sayangkan Islam.Cintakan Islam tapi apakah yang mereka lakukan setelah mengungkapkan ucapan tersebut.Tiada apa yang mereka lakukan hanya sekadar membatukan diri melihat sahaja apa yang berlaku.Inikah cara dan bukti kita sayang Islam.Cintakan Islam jika tiada keberanian dan pengorbanan dalam mempertahankan Islam jangan sesekali ucapkan sayang dan cinta pada Islam.
Berapa ramai orang Islam yang menjadi penagih dadah,mat rempit,peragut dan pelbagai lagi segala kerosakan akhlaq yang berlaku hari ini.Tetapi masih tidak malu ungkapkan sayang dan cinta pada Islam.Sungguh menyedihkan bila melihat semakin hari semakin ramai orang Islam yang asyik meratah kemewahan dunia seolah-olah kemewahan itu akan berkekalan .Sanggup menggadaikan Islam demi mengumpulkan helaian kertas-kertas yang berangka,sanggup menjadi gunting dalam lipatan untuk merosakkan Islam itu sendiri.Mana perginya ikrar anak-anak Adam sebelum mereka didatangkan ke dunia ini.
Bila ditimpa musibah Allah yang dipersalahkan ,bila diberikan nikmat Allah dilupakan..Inikah ganjaran ataupun balasan untuk semua kurniaan Allah pada hambanya.Sesungguhnya Islam tidak pernah memerlukan manusia seperti ini tetapi sebaliknya mereka yang perlukan Islam.Betapa indahnya Islam dan agungnya Islam sehinggakan segala percaturan kehidupan hanya mampu diselesaikan dengan cara Islam kerana Islam itu menyeluruh bukan sahaja dalam aspek ibadah bahkan merangkumi segenap kehidupan manusia.
Namun begitu,sifat manusia yang tamak dan haloba pada kemewahan yang sementara membuatkan mereka buta permata yang ada dihadapan mereka bahkan mereka ghairah memilih kaca yang hanya bersinar dek kerana pantulan cahaya bukan daripadanya sendiri.Ayuh manusia,kaum muslimin semua sedarlah dan insaflah kita pendokong agama suci ini ,bukalah mata lapangkan hati moga rahmat ilahi mekar disanubari...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment