Mana Mungkin...


Sesuatu perkara yang berlaku pasti akan ada hikmahnya...Itulah ungkapan yang seringkali meniti dibibir kita apabila terjadi sesuatu peristiwa dan tragedi namun sejauhmana pula penerimaan kita tentang percaturan Allah ini.Adakah hanya sekadar hiasan dibibir ??Hanya kita sahaja yang bisa menjawab persoalan ini...
Untuk memberi ungkapan kepada diri memang mudah tetapi untuk mengaplikasikan apa yang dilafaz tidak semudah itu.Apa yang pasti kehidupan manusia diibaratkan seperti roda tidak selamanya kita diatas begitu juga sebaliknya.Bila kita fikirkan sejenak ,jika kehidupan kita tidak ada ujian dan dugaan sudah pasti kita tidak tahu apa erti kehidupan ..Bila mana adanya ujin dan cabaran yang menguji baru kita akan mula berfikir dari siapa ujian ini datang...Kenapa kita diuji?Bagaimana aku harus tempuhi ujian ini?
Biarpun setiap ujian yang datang adakalanya bisa menitiskan airmata kesedihan atas khilaf yang terlalu besar dan adakalanya pula kita mampu tersenyum bangga kerana dapat mengatasi segala cabaran dengan sabar dan tabah.Tidak dinafikan kita selaku hamba sudah pasti akhirnya rebah mengakui segala kesilapan.
Kesilapan yang lalu ,sudah pasti akan terus terpalit sampai bila-bila ..Walaupun begitu hidup mesti diteruskan untuk terus memperbaiki kelemahan lampau .Hamba terus mencari dimana silapnya laluan yang masih ditempuh agar pengakhirannya kelak tidak tersasar jauh daripada landasan yang sebenar..Bantulah hambaMU ni Ya ALLAH !!

1 comment:

Anonymous said...

"Akan ada dikalangan umatku segolongan umat yang muncul berpegang kepada kebenaran.Mereka tidak disusahkan oleh sesiapa yang mengacuhkan mereka sampai datang perintah Allah,mereka tetap seperti itu..~hadis riwayat Bukhari dan Muslim~
Indah kalam Rasul Junjungan,
Mengajar erti perjuangan,
Perlukan keteguhan azam,
Istiqomah,tetap pendirian,
Jangan mudah terhalang,
Janji Allah pasti datang...

Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.
Rasul bermadah lagi,
Satu janji,satu aspirasi,
Islam takkan dapat ditandingi,
Cuma yang belum pasti,
Adakah kita tinggi peribadi?
Untuk memikul amanah suci,
Bagi merebut pandangan Ilahi,
Sebagai JIILUL QURAN yang tersendiri...

Ketahuilah sahabatku tersayang,
Allah memelihara jalan-Nya,
Agar disusuri hati yang bersih,
Sarat ketaqwaan,
Merindui wajah-Nya,
Jua keredhaan-Nya,
Itulah jiwa insan pejuang,
Bimbingilah jiwaku dan sahabatku sayang,
Daripada memiliki jiwa munafik,
Bertopeng ketaatan...~LOT OF LOVE~