Derita


    Derita yang tercipta didalam kehidupan manusia bukan dipinta namun itulah yang sebenarnya menyedarkan kita bahawa nikmat kurniaan ALLLAH SWT bukan untuk digunakan bagi tujuan mengkhianati hukum Allah sebaliknya sentiasa mendampingi tuhan semesta alam.Walaubagaimanapun manusia tidak pernah puas meratah nafsu yang tidak berpenghujung.Rakus mencari dunia seakan akan terus didunia untuk selamanya.Apabila diundang derita ,ketika itu manusia baru ingin merintih menyesali segala khilaf sendiri.

        Kasih sayang Allah SWT kepada hambaNYA tidak pernah berbelah bagi.Buktinya seperti kisah yang berlaku satu ketika dahulu sehinggakan dibelah batu ada seekor ulat dan disisinya ada daun hijau yang segar .Peristiwa ini menunjukkan betapa pemurahNYA ALLAH SWT pada makhluk ciptaanNYA sehinggakan dalam batu pun diberikan makanan.

       Sifat tamak dan haloba manusia untuk mengejar kemewahan dan kesenangan hari menyebabkan manusia buta akan hebatnya kuasa ALLAH SWT.Hari demi hari kita diberitakan mengenai musibah yang berlaku sama ada pembunuhan,penindasan dan pelbagai derita yang sebenarnya memberi peringatan pada manusia.

       Biarpun begitu ,hanya segelintir sahaja menyedari akan perihal ini ..Yang bakinya masih bongkak berdiri dan berjalan dibumi ALLAH ini tanpa sekelumit rasa takut dan gentar.Cerminkan diri dan koreksi peribadi .Masih ada waktu untuk kita kembali..

No comments: