PenaBernyawa:HambaMusafir
Tika mana paradigma berputar mencari titik noktah permulaan ,
metafora pemikiran dicerna bagai diatur segala..Percaturan dan perjalanan dalam setiap langkahan maya termaktub
satu alasan yang sukar disangkal jejaknya .
Atur kata tersusun seakan mengerti bara yang semakin hangat terasa.Persoalan demi persoalan kini
tiada lagi bertemu dengan jawapan yang sepi tanpa nada namun sebaliknya terisi dengan indahnya sekali.
Dengan ini tidak dapat tidak ,meniupkan semangat juang untuk
mengatur langkah ke hadapan ,merencana misi dan visi dengan harapan ianya terlaksana biarpun
adakalanya diterjah mehnah dan tribulasi .
Pena hamba terus bernyawa seiring dengan semangat juang yang tidak pernah pudar .
Bukan kerana nama ku bertapak ,bukan jua kerana harta ku melangkah ,
TETAPI
kerana amanah dan tanggungjawab untuk melaksanakan di atas dasar Al-Quran dan Sunnah
memacu masyarakat agar membuka pemikiran untuk sama-sama melihat dan menghayati Islam .
Memastikan kebersamaan dalam perjuangan Islam seterusnya menjadi mata rantai kepada kesinambungan
perjuangan golongan yang terdahulu daripada kita hari ini.
No comments:
Post a Comment