Mubasyarah..

Ana Syuf..
CeritaHati:HambaMusafir






Rasanya lama juga Musafir tak jenguk blog ni..So kali ini just nak kongsi kisah sikit dengan sahabat-sahabat semua.Oklah kisahnya begini...Jeng..jeng..
Dua hari lepas ,ketika Musafir baru balik dari kemaskan barang di rumah Perak dalam perjalanan untuk pergi penempatan sementara ..
Tiba-tiba sebelum Musafir melangkah masuk lorong Markaz Nil terdengar seorang makcik Arab menjerit ,panik seketika bila melihat makcik tersebut diheret sepanjang 50 meter dengan sebuah kereta.Rupanya kereta tersebut nak ragut beg tangan orang tua tadi tapi disebabkan makcik tu tak lepaskan juga beg tangan tu terpaksalah kereta tu mengheret makcik td .
Musafir tergamam tak tau nak buat apa-apa ..Apa yang Muasfir dapat lakukan bila makcik itu dilepaskan dia menangis kesakitan dan minta padaMusafir untuk ambil air ..Ingatkan kot makcik tu nak minum rupanya nak simbah pada luka atas tangan dia ..Muasfir seolah-olah dapat rasakan kepedihan luka di tangan makcik tu bila disimbah air.
Itulah kisah yang Musafir nak kongsikan ..Ingatkan di Malaysia je ada ragut rupanya di Mesir pun ada juga..Oleh itu sahabat semua ingatlah kita tidak tahu apa yang akan berlaku tapi
apa yang mampu kita lakukan adalah sentiasa berhati-hati ye ..
Alang-alang dah posting ni ..Musafir nak malumkan kepada ahli Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir ( KPIPM) yang Wisma Darul Ridzuan akan diislah dan tempoh pembaikannya adalah selama 6 bulan ,jadi kerana itu Wisma Darul Ridzuan telah dikosongkan dan telah dipindahkan untuk penempatan sementara di Lorong Markaz Nil ,NO 19 bersebelahan dengan Rumah Vista Karisma yang lama.Untuk maklumat selanjutnya boleh menghubungi Ketua Biro Perumahan KPIPM 08/09 ( Ust Fareez Izhar Zainuddin 011-5455858)
atau AJKT KPIPM 08/09 dan juga pada 13 Disember 2008 akan diadakan Motivasi Perdana Gabungan dengan kerjasama Biro Pelajaran dan Ilmiah Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 08/09 dan Biro dan Unit Pendidikan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir 08/09 .Jadi moh le ramai-ramai ye ..

No comments: