Tak siapa merasa
LakaranJiwa:HambaMusafir
Bila kita bicarakan hati mesti akan ada kepelbagaian pendapat tentangnya .Hati bukan satu perkara yang ,mudah untuk diterjemahkan dan ditafsirkan dalam penulisan mahupun percakapan.Kerana ianya sesuatu perkara yang sukar sekali untuk di nilai dan diperlihatkan .
Dalam erti kata yang lebih mudah "Tak Siapa Merasa" melainkan diri mereka sendiri yang dapat merasakan apa yang ada dalam hati mereka .
Dengan peredaran zaman yang semakin canggih dan mencabar ini,
wujud pelbagai cara ,saluran untuk meluahkan sesuatau perkara sama ada ianya berkaitan dengan hati ataupun sebaliknya.
Sesetengah manusia ,kurang memikirkan setiap apa yang mereka lakukan dan bagi mereka apa yang mereka lakukan itu dapat memuaskan kehendah mereka .Biarpun mereka tahu yang tindakan mereka itu boleh menyakiti hati dan perasaan orang lain.
Kenapa hari ini?
Bagaimana selama ini ??
Mengapakah terjadi begini ???
Mungkin ini semnua berlaku kerana mereka langsung tidak mahu menggunakan akal dan fikiran anugerah Allah itu dengan sebaiknya pada tempat yang betul sebaliknya
menggunakan kelebihan akal yang dikurniakan Allah itu hanya untuk kepentingan diri sendiri
bagi memuaskan tamak dan haloba mencari dunia yang sementara .
Apa yang dapat kita lihat hari ini ,pemikiran manusia sekarang lebih mementingkan " MATERIAL"
yang boleh memberikan mereka keuntungan yang berlipat kali ganda.
Persoalan sumbernya bukan menjadi keutamaan sekalipun menggunakan jalan yang menyimpiang daripada landasan Islam .Penindasan berlaku seolah-olah
bukan satu kesalahan bahkan menjadi kelaziman dalam mencari keuntungan diri sendiri .

No comments: