Akhirnya Aku ( part 2 )
IlhamMinda:HambaMusafir
Rupa-rupanya pegawai penjara .” Ya tuan!” jawabku menghampiri tirai besi yang telah menjadi tempat kediamanku semenjak 3 tahun lalu. “Pagi esok tepat jam 5:30 pagi kamu akan menjalani hukuman yang telah dijatuhkan kepada dalam perbicaraan mahkamah bulan lepas” beritahu pagawai itu kepadanya.
Fikirannya tiba-tiba mengembalikan saat ketika hukuman ke atasnya dibacakan di mahkamah . “Setelah saya mendengar hujah pembelaan dan dalil pendakwaan ke atas kamu saya selaku Hakim Perbicaraan pada hari ini yang bertarikh 3 Mac 2006 menjatuhkan hukuman kepada Mohd Syahril Irwan bin Abdullah ,Hukuman Gantung Mandatori .Hukuman yang akan dilaksanakan pada tarikh 14 April 2006 hari Sabtu ,jam 5:30 pagi di Penjara Taiping.Pesalah disabitkan diatas dua pertuduhan iaitu :Pengedaran dan Penyalahgunaan Dadah” ketika itu seluruh saluran darahku seolah terhenti tiba-tiba,dengupan jantungku berdegup laju sekali ,nafasku tersekat di hujung kerongkong,badan dan kaki seakan sudah lumpuh separuh badan ,tidak terdaya untuk melangkah.Di saat itu hanya bayangan ibu terlintas di benak fikiran.
“Baik tuan!” balasku ringkas. “ Eeemm..tuan!” panggilku. “ Saya ada permintaan terakhir sebelum menjalani hukuman pagi esok” terangku.dengan riak wajah penuh berharap. “ Apa permintaan kamu ?” soal pegawai penjara tadi. “ Boleh tuan berikan pakaian sepasang Baju Melayu saya yang ibu saya pernah berikan dahulu” pintaku bersungguh-sungguh. Pegawai itu diam seketika “ Baiklah ,saya akan uruskan.Jika tiada apa-apa lagi saya pergi dulu."
Syah mengimbau semula , ketika hampir menjelang hari lebaran pada tahun pertama dia bermukim di singgahsana yang hanya berlantai simen tanpa hamparan permaidani dan bertirai besi hitam ,ibunya mengirimkan sepasang Baju Melayu warna kegemarannya biru tua yang bersulam pula dengan benang perak di leher dan lengan baju warisan Melayu itu.Namun terdetik sedikit kekesalan dihatinya kerana ibunya hanya mengirimkan baju itu tanpa ingin bersemuka dengannya di sebalik tirai besi ini.Mungkin kerana luka lama masih berdarah “Ibu !maafkan Syah jika tidak kerana kedegilan Syah sudah pasti ibu juga takkan menderita “ rintih Syah sendirian Keputusannya untuk berhijrah ke Kota Metropolitan Kuala Lumpur itu melakar sejarah perit dalam hidup Syah yang akhirnya terperangkap sendiri dalam kancah kehancuran yang membinasakan dirinya sendiri.(bersambung..)
No comments:
Post a Comment