~ Ceritera Musafir ~

“ AsBol”
CernaanMinda:Musafir



Ketika kaki Musafir melangkah keluar dari rumah,tertumpu pandangan Musafir pada satu peristiwa yang betul-betul menarik minat Musafir untuk melihat disitu..Ketika inilah terlintas di fikiran Musafir satu perkataan yang Musafir kira boleh dikaitkan dengan kejadian ini “ AsBol ”.Kalau dengar betul-betul memang macam tidak pernah wujud perkataan ni kan ?
Okay jadi inilah yang Musafir nak sama-sama kongsi dengan sahabat semua Asbol adalah hasil gabungan dengan perkataan yang menunjukkan keupayaan sesuatu perkara tanpa ada istilah tak mampu diambil daripada Asal Boleh?...hehehehe…
Kita kembali kepada al-kisah kita tadi, jadi yang terlintasnya kalimah AsBol di pemikiran hamba yang kerdil lagi lemah ini kerana dapat melihat 4 orang Arab mengangkat Sofa dari tingkat bawah ke tingkat 6 melalui pintu balkoni..Nasib baik tak sempat nak rakam aksi dieorang kalau tak mesti gempak.4 orang sahaja fahamkan “sahaja” memberi maksud Al-Battah .
Cuba sahabat fikirkan sejenak kenapa Musafir nukilkan kisah ini untuk posting kali ini?Bukan sekadar bacaan semata-mata tapi Moralnya yang boleh kita ambil disini : tiada apa yang mustahil jika kita sendiri tahu kemampuan kita ,yang paling ada keinginan untuk memiliki pasti ada jalan untuk selesaikannya,biarpun nampak tak masuk akal cara kita gunakan namun hanya diri kita sahaja mengetahui tindakan & perancangan yang kita lakukan .

3 comments:

aNiS RaSiD said...

hidup ini penuh dengan halangan...
tidak mudah untuk menjadi senang dan terlalu mudah untuk menjadi susah...
apa yang paling penting, kita perlu berusaha dan berjuang untuk menjadi yang terbaik...

aNiS RaSiD said...

'jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan memandang ke tangga tp belajarlah untuk menaiki tangga tersebut'

aNiS RaSiD said...

Akar yang terlindung jangan dilupa kerana tanpa akar tiada bunga yang indah berkembang mekar.
Bajailah kejayaan kerana ia satu perjalanan bukan destinasi.