Isu Hak Mahasiswa : Ugutan Zakat


Baki untuk menempuhi peperiksaan hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi,namun masih ada manusia yang tidak berhati perut ingin meratah kenikmatan dan kurniaan Allah atas orang lain demi kepentingan diri sendiri.
Isu hak mahasiswa ditindas bukan satu perkara yang boleh dipandang enteng lagi apatah lagi dengan kedatangan Pegawai HEP ke rumah-rumah negeri sekaligus menjadikan sebuah fenomena ini terus berlarutan.Seperti ZAKAT hak milik mereka ,jika ada sahaja mahasiswa tidak berkelakuan seperti yang inginkan maka ZAKAT akan menjadi agenda utama untuk melemahkan semangat hak mahasiswa.
Jika itu yang mereka fikirkan maka tanggapan mereka salah kerana Suara Mahasiswa bukanlah hanya didengari sekadar didalam dewan bahkan ianya mendapat perhatian meluas seluruh negara .Fikirkanlah wahai seluruh Pegawai HEP yang ada dibumi anbiya' ini kerana kalian dihantar ke sini untuk memudahkan pelajar Malaysia bukan sebaliknya.a
TAHNIAH Hamba ucapkan kepada KPT dengan penganjuran Solat Hajat Perdana dan Penerangan Isu Zakat .Semoga kalian akan terus tabah dan sentiasa istiqomah dalam memperjuangkan hak mahasiswa .

Hafaz al-Quran di banglo tiga tingkat

BACAAN ayat-ayat suci al-Quran bergema memenuhi ruang dewan di sebuah banglo tiga tingkat yang terletak di sebuah kawasan elit di pinggir ibu kota Kuala Lumpur.

Meskipun dibaca dengan laju, namun bait-bait kalimah yang dilafazkan itu masih boleh difahami oleh mereka yang mendengarnya.

Malah, alunan merdu daripada suara pelajar yang tekun mengadap kitab suci tersebut, menjadi halwa telinga penulis sebaik melangkah masuk ke dalam pusat tahfiz yang diberi nama Darul Quran wal Hadith (DQwH) itu.

Baru sahaja beroperasi awal November lalu, DQwH merupakan sebuah pusat pendidikan bersepadu yang menjadikan hafazan al-Quran dan hadis Nabi SAW sebagai mata pelajaran teras.

Di samping itu, pelajar turut diajar dengan ilmu-ilmu Diniyyah dan bahasa Arab mengikut sukatan pelajaran beberapa maahad yang terdapat di negara Asia Barat seperti Mekah, Yaman, Syria, Mesir dan sebagainya.

Mudir atau Pengetua DQwH, Dzulfadzli Affandi Zulkarnain al-Hafiz, 27, memberitahu pusat itu kini mempunyai lapan pelajar perintis yang telah pun memulakan sesi pengajian mereka di sana.

"Alhamdulillah, setakat ini semua pelajar tersebut menunjukkan komitmen yang sangat tinggi dalam setiap kelas yang diikuti," kata Dzulfadzli sambil menunjuk ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang sibuk menghafal bacaan masing-masing dengan al-Quran yang diletakkan di atas rehal.

Ahli huffaz seimbang

Tambah beliau, penubuhan DQwH ini sebenarnya dibuat atas landasan untuk membentuk ahli Quran dan ahli hadis yang alim dalam pelbagai disiplin ilmu melalui sistem pendidikan tradisi Islam.


DENGAN ilmu dunia dan akhirat yang seimbang dapat melahirkan generasi muda Islam yang mampu menegakkan syiar Islam.


Selain itu, ia bertujuan untuk membentuk kecemerlangan minda pelajar melalui al-Quran dan melahirkan kader-kader yang peka dengan isu-isu semasa serta mampu mempertahankan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ) yang menjadi pegangan umat Islam di negara ini.

"Paling penting, kami mahu melahirkan para pendakwah yang mampu menggarap adab dan mesej dakwah Rasulullah SAW secara berhikmah serta memberi peringatan yang baik dalam apa jua situasi," tegas Dzulfadzli.

Dalam usaha ke arah melahirkan huffaz dan ahli hadis yang seimbang dalam semua bidang ilmu, pusat itu juga tidak meminggirkan pembelajaran akademik dalam kalangan pelajar.

Malah, pihak DQwH turut mewajibkan pelajar mereka menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Perkara ini diakui oleh seorang tenaga pengajar DQwH, Wan Mohd. Safuan Wan Salim al-Hafiz, 27, yang merupakan graduan lulusan syariah Universiti Darul Ulum di Yaman dan Tahfiz Darul Ansar di Kelantan.

"Seiring dengan perkembangan zaman yang semakin canggih, barisan pendakwah Islam juga harus dilengkapi dengan ilmu yang seimbang.

"Ini bermakna, mereka bukan sahaja perlu arif dalam jurusan agama, bahkan dalam aspek ilmu duniawi juga. Justeru, amat penting bagi mereka untuk menguasai pelbagai bidang ilmu seperti yang telah dilakukan oleh ulama silam," ujarnya.

Pelajar awal

Bagi Muhammad Amir Naqiuddin Amir Zuhairi, 16, dia bersyukur kerana terpilih menjadi salah seorang pelajar perintis di pusat pendidikan tersebut.


PELAJAR DQwH tekun memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran di hadapan guru.


Berdasarkan syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan, ternyata ia bukan semudah memasuki sekolah biasa.

"Kami perlu menunjukkan kebolehan dan kemahiran dalam menghafaz al-Quran di samping memperoleh pencapaian akademik terbaik.

"Selain itu, kami juga perlu lulus dalam ujian kemasukan DQwH yang diadakan seperti temuduga untuk bekerja, namun dalam skop yang berbeza.

"Antaranya seperti kepantasan menulis dalam tulisan jawi, membaca kitab-kitab hadis lama yang tidak mempunyai baris dan memperdengarkan bacaan al-Quran di hadapan guru," tutur anak kedua daripada lima adik beradik itu.

Pengajian DQwH

Untuk sukatan pengajian di DQwH, ia terbahagi kepada dua iaitu I'dadi (menengah rendah) selama tiga marhalah atau tiga tahun dan Thanawi (menengah atas) selama dua marhalah.

Bagi setiap marhalah I'dadi, pelajar perlu menghafaz sepuluh juzuk al-Quran selain mengikuti pembelajaran kitab-kitab seperti Jala'al Afham (Tauhid), al-Durr al-Masun fi Tafsir Juzei 'Amma Yatasaalun (Tafsir), Nail al-Raja' (Fikah) dan Syarh al-Arbai'n al-Nawawiyyah (Hadis). Tidak ketinggalan pelajar juga perlu menguasai ilmu Bidayah al-Hidayah (Tasawuf), Fath al-Aqfal Syarh Tuhfah al-Atfal (Tajwid), Nur al'Uyun (Sirah) dan Matan al-Ajrumiyyah (Nahu).


DQwH hanya menetapkan kuota 32 pelajar untuk satu sesi pengajian bagi memberi keselesaan pelajar menuntut ilmu.


Dalam sukatan pelajaran Thanawi, pelajar berpeluang memantapkan ilmu al-Quran dan hadis melalui dua bidang takhassus.

Bagi takhassus al-Quran, kitab yang akan dipelajari seperti Tuhfah al-Murid 'ala Jauharah al-Tauhid, Anwar al-Masalik Syarh 'Umdah al-Salik, al-Hikam Al-Atoiyyah Syarh al-Syarnubi, Mutammimah al-Ajrumiyah dan Fiqh al-Sirah Nabawiyyah.

Sementara itu, bagi takhassus hadis pula, ia ditambah dengan kitab Sahih Bukhari (Hadis Talaqi), Qawaid al-Asasiyyah fi Ulum Quran, Manhal al-Latif fi Mustalah al-Hadith, al-Manzumah al-Baiquniyyah dan Riyadh al-Solihin.

Untuk sesi pengajian Januari 2011, pihak pengurusan DQwH hanya menawarkan kemasukan untuk kuota 32 pelajar sahaja. Permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2010.

Petanda Kehidupan


Pancaindera kalut menafsir segala
berlaku dengan pelbagai cara
tiada yang bisa menduga
percaturan direncana begitu luarbiasa.

Untuk apa sedemikian rupa
sedangkan manusia terus dibuai leka
bisikan dunia menyapa dicuping telinga
agar bisa tunduk pada kecantikan dunia.

Biarpun ia sementara cuma
sampai bila manusia terus alpa
sampai bila manusia harus menderhaka
sampai bila umat ini perlu lena
sehingga agama dicaci hina
ajaran nabi pupus begitu sahaja.

Sukar membezakan antara kaca dan permata
nilai akhirat dan dunia
sanggup membutakan mata
memekakkan telinga
dan membisu seribu bahasa.

Inilah petanda kehidupan bagi manusia..
" Zhonni Abdi -Madinah Nasr- SQ7"

Bicara Kekanda ..


Biarpun luaran nampak tenang tetapi tiada siapa mengetahui gelora yang berlaku dijiwa.Tiada lagi madah indah yang mampu tersusun melainkan setangkai doa dan harapan
ditadahkan kedua tapak tangan menghadap ilahi.Entah mengapa ujian yang datang menyapa seringkali menggugat jiwa lantas rebah seketika seakan lemah tidak berdaya meneruskan perjalanan menumpuhi masa akan datang.
Bak menelan hempedu kemudian terpaksa memamah buah berduri ketika berada disebuah padang yang tandus tanpa sebarang pertolongan dan makanan.Bicara ini Hamba harapkan agar dapat membuka hati nalurinya agar dapat membezakan antara kaca dan permata.Semoga apa yang terkandung didalamnya bisa meratah keangkuhanmu yang dibaluti dek sandiwara dan lakonan palsu dunia yang sementara ini.
Wahai Adikku..
Sekiranya KANDA diberikan peluang untuk memutarkan masa ,tiada apa yang diinginkan melainkan bersamamu dan mencipta kenangan indah agar engkau ketahui betapa mahalnya nilai kasih sayang kekeluargaan yang kita jalinkan.Tiada sengketa dan pertelingkahan namun sebaliknya ikatan kasih sayang yang dihiasi dengan kejujuran dan keikhlasan menyayangi dan disayani dalam menaungi sebuah keluarga bertatahkan cinta dan sayang yang dilenturkan oleh ibu dan ayah.
Wahai Adikku..
Jangan sesekali tertipu dengan kemewahan dan kelazatan dunia yang sebentar cuma sebaliknya kejarlah perkara yang mampu memberikan kita kebahagian dunia dan akhirat.Tidak perlu mengejar kesenangan yang akhirnya menghanyutkan kiat terus dibuai dengan bisikan riak dan angkuh lantas kita semakin tersasar daripada landasan hidup kita yang sebenar.
Wahai Adikku..
Bicara ini untuk kita semua ,tiada sekelumit benci dan dendam ibu ayah kepada anaknya bahkan sebaliknya kita sentiasa terjerumus dengan keinginan dan bongkak yang meresapi jiwa dan berterusan menyalahkan kedua orang tua kerana tidak dapat menunaikan segala kehendak anak-anak.Pernahkah kita terfikir apa yang kita sudah berikan pada mereka sejak kali pertama mata kita terbuka melihat dunia sehingga tubuh mereka lemah menyembah bumi.Tangisan mereka dalam mendoakan kebahagiaan kita tidak pernah kita hargai ,keperitan mereka mencari sumber pendapatan untuk menjamin kehidupan anak-anak mereka tidak pula kita fikirkan.
Wahai Adikku..
Biarpun tidak pernah sekali kita mendengar keluhan ayah dan ibu namun apa yang berlaku,mereka sentiasa dihidangkan dengan keluhan anak-anak yang tidak pernah dengan kasih sayang dan pengorbanan mereka selama ini.Apakah kita mampu melihat dunia dan mampu memijak dunia ini sekiranya tiada mereka disisi.
Wahai Adikku..
Kembalikanlah kasih yang telah dicalari dek kerana keangkuhanmu mengejar dunia tanpa ada secalit ehsan pada mereka.Usahlah terlalu mengimpikan untuk memiliki sebuah istana indah yang dikelilingi dengan hiasan cantik daripada emas dan permata sekiranya dirimu sendiri tidak mampu untuk memilikinya biarpun sedikit.Jangan mendongak ke langit yang tinggi sekiranya tidak mampu menahan panas terik mentari yang hangat membakar.

Sedar Mereka


Terpanar kecantikan duniawi
jiwa rakus meneguk fantasi
mimpi diulit bayangan seri
mengukir senyuman dalam nurani.

Kirana sepi tiada berpenghujung
toleransi dan diskriminasi bergulung
mencari dan mengatur langkah sulong
penilaian dan pertikaian digabung
agar setentang bukan bertembung.

Biarpun bukan mewah dirasa
tetapi Al-Khaliq tersemat dijiwa
sentiasa mendengar jerit rintih hamba
Ar-Rahman pengatur dunia dan seisinya
untaian doa penawar murka
ndamba redha rindukan syurga.




HambaMusafir
H7,Madinah Nasr

Terus Mencari


Dalam kehidupan seharian manusia ,tiada sesaat pun manusia berhenti untuk mencari sesuatu yang diinginkan tidak kira samada untuk kepentingan diri sendiri ataupun orang lain.Hakikatnya manusia tidak pernah puas untuk mencari,namun begitu adakah apa yang manusia cari itu menemui sebuah kepuasan yang pasti atau sekadar keinginan yang hanya bersifat sementara waktu sahaja.
Realiti ini berlaku kepada semua peringkat individu tidak kira yang berkerja ataupun menganggur,golongan terpelajar ataupun sebaliknya ,dikampung ataupun kota rata-ratanya manusia tidak pernah puas mencari.Tiba-tiba Hamba terkenangkan pertanyaan seorang sahabat ketika bersama-sama dalam kursus Imam satu ketika dahulu .Soalan beliau " Kenapa ramai sangat orang terus mencari jalan untuk melengkapkan kehidupan didunia sedangkan tidak pernah terfikir untuk kehidupan akhirat?"
Jadi apa yang sebenarnya kita cari?Untuk apa kita terus mencari?Fikirkan ...