Showing posts with label Rahsia Hati. Show all posts
Showing posts with label Rahsia Hati. Show all posts

:: Mabruk Ya Sodiq ::

"Selamat Pengantin Baru "










~ Musafir doakan agar kalian berdua dipermudahkan segala urusan dan sentiasa menikmati kebahagiaan mahligai perkahwinan yang tersimpan 1001 kemanisan berkongsi segalanya dalam meniti kehidupan dunia ini. Semoga Bahgia Buat Pasangan Ustaz Mohd Fadhil & Ustazah Siti Nur Husna ~

..:: Kasih Bonda ::..

Syukran Untuk Semua Bonda
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron, menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu: 1) Tolong pergi kedai : RM4.00 2) Tolong jaga adik : RM4.00 3) Tolong buang sampah : RM1.00 4) Tolong kemas bilik : RM2.00 5) Tolong siram bunga : RM3.00 6) Tolong sapu sampah : RM3.00 Jumlah : RM17.00. Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -PERCUMA 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -PERCUMA 3) Kos air mata yang menitis keranamu -PERCUMA 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -PERCUMA 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian,dan keperluanmu -PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -PERCUMA..Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

:: Tabahkan Bonda ::


Sayu Hati Menangis Sendiri
SentuhanJiwa :Musafir





Biarpun kalamBonda ringkas tapi ianya cukup tersentuh jiwa masih lagi terngiang di cuping telinga Musafir " Doakan bonda ye ".Hati anak mana yang tidak
tersentuh ,dalam nada yang sederhana Bonda cuba untuk melenyapkan kegusaran yang menerjah fikiran ini.
Jika diikutkan hati ,mahu saja Musafir mengatur langkah untuk pulang berada disisi bonda.
Musafir sendiri dapat merasakan apa yang ayahnda sedang hadapi,
mungkin dahulu ayahnda boleh mengharapkan Musafir kini hanya ayahnda keseorangan disana .
Tangisan bonda yang cuba diselindungkan akhirnya terzahir jua,
Musafir mengerti apa yang bonda rasakan cukup perit,
itulah Bonda hati yang mudah tersentuh namun tetap tabahkan diri
menghadapi ujian Allah .
Selepas berbicara bersama Bonda ,Musafir memanjangkan bicara bersama adik-adik
pilu hati ini bila mendengar kata-kata Adeq Aina
"abang jangan takut tau adeq tak nangis dah kalau mak tido kat hospital"
airmata Musafir ini seolah-olah tak mampu lagi untuk menahan
naluri seorang abang tak pernah silap untuk menilai adik-adiknya
terasa luluh hati ini,
pesan Musafir pada adeq-adeq: "Bonda semua sayang kat kita jangan nangis ye,doakan Bonda
selamat,abang pun sayangkan adeq-adeq semua."
Inilah ujian buat Musafir sekeluarga, suara Ayahnda yang mendatar ketika menyambut panggila dari Musafir sudah cukup untuk menggambarkan apa yang bersarang
di sanubarinya.
Walau apapun terjadi ,Musafir ayahnda adalah seorang ayah& suami yang cukup tabah
melakar kehidupan,biarpun susah tidak pernah sekalipun
dizahirkan depan anak-anak.
Ayahnda!!
Abang disini sentiasa berdoa untuk kita sekeluarga,
mana mungkin anaknda akan hancurkan harapan ayahnda,
anaknda terlalu rindukan waktu kita sama-sama susah & senang ..
Abang cuba untuk tidak menangis seperti ayahnda tapi abang masih tak mampu
untuk menahan sebak dijiwa ini.
Bonda!!
Anaknda terlalu sayangkan bonda,
adeq-adeq pun terlalu sayangkan bonda,
Doa kami adeq beradik tak pernah putus untuk Bonda..
Ingin sekali anaknda berada disisi bonda,menatap wajah bonda,mengenggam jari Bonda,
terus memberi semangat untuk Bonda .
P/S :Bonda Musafir ditangguhkan pembedahan pada 29 Feb 2008 kepada 13 Mac 2008 di Hopital Swasta ,Pulau Pinang.Bonda mengalami sakit batu karang ,mengikut laporan Doktor ,ada 4 batu karang dan mengalami bengkak pada buah pinggang.Diharapkan sahabat semua dapat mendoakan Bonda Musafir ..

Alhamduliah ....

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon adalah antara pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) yang tewas selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 diumumkan setakat jam 3 pagi ini. Selain Samy Vellu yang juga Menteri Kerja Raya; Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin; Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, juga kalah. Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput yang diwakilinya sejak 1974 apabila tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr D Jeyakumar dengan majoriti 1,821 undi. Samy Vellu mendapat 14,637 undi berbanding Jeyakumar, 16,458.
Aziz tewas di Shah Alam apabila meraih 24.042 undi berbanding lawannya, Khalid Abdul Samad daripada PKR yang mendapat 33,356 undi manakala Shahrizat yang mendapat 18,833 undi, kalah di Lembah Pantai kepada calon PKR, Nurul Izzah Anwar yang mendapat 21,728 undi. Zainudin yang beralih dari kerusi Parlimen Merbok ke Sungai Petani dalam pilihan raya kali ini tewas 9,381 undi kepada calon PKR, Johari Abdul. Zainudin mendapat 24,441 undi berbanding Johari, 33,822 undi. Dr Koh, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama kali bertanding kerusi Parlimen pula, tewas di Batu Kawan kepada calon DAP yang juga bekas pensyarah, Dr P Ramasamy. Beliau hanya meraih 13,582 undi berbanding Ramasamy 23,067.
Turut tewas, 10 timbalan menteri termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas; Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mah Siew Keong. Tan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang disandangnya sejak tiga penggal lalu apabila tewas kepada calon PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tan mendapat 25,608 undi berbanding Abdul Khalid yang juga Setiausaha Agung PKR, 28,123 undi. Kayveas yang juga Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) tewas di Taiping dengan majoriti 11,298 undi apabila mendapat 16,800 undi berbanding lawannya daripada DAP, Nga Kor Ming yang mendapat 28,098 undi. Mah yang juga Ketua Pemuda Gerakan, gagal mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan yang disandangnya apabila tewas dengan majoriti 1,470 undi kepada calon DAP, M Manogaran. Mah mendapat 17,016 undi berbanding Manogaran, 18,486 undi.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman tewas di kerusi Parlimen Nibong Tebal dengan majoriti 3,087 undi apabila mendapat 17,123 undi berbanding pencabarnya daripada PKR, Tan Tee Beng yang meraih 20,210 undi. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin tewas di kerusi Parlimen Bachok dengan majoriti 2,901 undi apabila mendapat 25,934 undi berbanding pencabarnya, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang meraih 28,835. Beliau yang turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok, tewas dengan majoriti 1,270 undi kepada calon Pas, Datuk Omar Mohamad. Awang Adek mendapat 8,235 undi berbanding Omar yang meraih 9,505 undi. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, tewas 198 undi di kerusi Parlimen Hulu Selangor kepada calon PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad. Palanivel memperoleh 22,979 undi berbanding Zainal Abidin, 23,177. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow yang juga penyandang kerusi Parlimen Kuantan pula kalah dengan majoriti 1,826 undi kepada calon PKR, Fuziah Salleh. Fu mendapat 16,572 undi berbanding Fuziah, 18,398. Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Seri Chia Kwang Chye, kalah dengan majoriti 16,122 undi di Parlimen Bukit Bendera kepada pencabarnya, Liew Chin Tong daripada DAP. Chia yang juga Setiausaha Agung Gerakan, mendapat 15,131 undi berbanding Liew, 31,243. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S Sothinathan kalah dengan majoriti 2.804 undi di Teluk Kemang kepada calon PKR, Kamarul Bahrin Abbas. Sothinathan yang juga Naib Presiden MIC, mendapat 20,544 undi berbanding Kamarul Bahrin, 23,348. Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin, kalah dengan majoriti 3,413 di Bagan Serai kepada calon PKR, Mohsin Fadzli Samsuri. Zainal Abidin mendapat 18,943 undi manakala Mohsin Fadzli, 18,943. Exco Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail sekali lagi gagal untuk merebut kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila tewas dengan majoriti 13,388 undi.

Berdasarkan keputusan undian semalam ,Musafir dapat klasifikasikan yang orang Malaysia kini sudah matang dalam membuat penilaian ..Inilah namanya berjuang atas nama untuk memertabatkan agama.Keputusan undian semalam sekaligus membuktikan Malaysia kini sudah sedia memilih pentadbiran yang berteraskan Islam berpandukan Al-Quran dan Hadis.
Sejauh mana pun kita pergi,secanggih mana pun kemajuan yang kita miliki akhirnya kita akam kembali kepada fitrah kita yang asal kembali .

Al-Fatihah...


Tanpa disangka Tok Rodhiah (Mak Bonda Musafir) telah pulang ke rahmatullah jam 12:00 tengahari semalam .Sebak di dada sukar dikawal emosinya ,tak disangka Tok telah pergi dahulu hibanya sanubari sukar digambarkan lagi ..mungkin Ilahi lebih menyayanginya..

Tok ,cucumu musafir perindu akan tetap teruskan perjuangan ini..Biarpun dirimu telah pergi namun segala amanat dan semangat yang pernah tok ajari mana mungkin akan ku lupakan ..

Seperti semalam kenangan kita bersama ..Angan ku untuk kita bersua nampaknya bukan lagi pertemuan di alam nyata ..

Inilah ketentuan ilahi pada hambanya ,agar terus manjadi peringatan bahawa kehidupan dunia bukan kekal selamanya bahkan akan mati jua bila ajal menjemput mempersila..

Tanfaul Mukminin...

Sahabat seperjuangan ...
Dalam kita menuntut ilmu janganlah sesekali kita lupa pada orang yang telah banyak berkorban demi kita hinggalah kita samapai di bumi kinanah ini..Setinggi mana pun ilmu kita tetapi jika tidak ada rasa beruntung dan berterima kasih pada orang yang telah banyak berkorban pada kita belum tentu akan bermanfaat ilmu yang kita miliki..
Takkan ada seorang ayah dan ibu yang ingin anak nya gagal ...Takkan ada family yang ingin melihat anak mereka tanpa masa depan yang menjaminkan ..Biarpaun terpaksa membanting tulang ,berikat perut namun sukar sekali keluhan dan rintihan yang terpacul dari mulut mereka selain daripada terus berdoa dan memberi harapan agar anak-anak mereka terus berusaha tanpa ada rasa putus asa..Naluri seorang ayah lumrahnya takkan menzahirkan kesusahan dan keresahan yang bermain di minda sebaliknya mampu menghadiahakan kuntuman senyuman sekaligus dapat melenyapkan segala keperitan yang dialami dalam pandangan anak-anaknya ..Begitu juga sifat seorang yang sentiasa berkongsi cerita dengan ayah tanpa jemu dan letih terus memberi sokongan pada ayah dalam melayari arus kehidupan...
Mana mungkin mereka akan susahkan hati anak-anak ..Jadi sahabat ingatlah ibubapa mungkin tak minta apa-apa balasan daripada kita melainkan kejayaan daripada anak-anak mereka..Oleh itu sahabat biarpun sejauh mana kita bergerak,setinggi mana kita berpijak ,darah yang mengalir dalam diri kita tetap darh yang sama ketika kita lahir ...Awasilah akhlaq kita dan janganlah letakkan diri kita dalam orang yang tak mengenal budi ataupun dengan lebih XTREAMnya kacang lupakan kulit ..
Biarpun ibubapa kita ilmunya tak setaraf dengan kita,ataupun sejarah penbelajaran mereka terlalu berbeza dengan kita tapi ingatlah kita tetap anak-anak mereka ..Tanpa pengorbanan mereka tak mungkin kita akan.....

harapan.....

Semua hamba punya harapan ,
semua insan punya impian,
namun bukan nak menunaikan impian ,
bukan senang melakar harapan ...
Dalam susah mahupun senang perlukan pengorbanan,
pengorbanan yang akan memberikan kemanisan dalam perjuangan,
Allah mengasihi ciptaanNYA yang bernama insan,
mengatur ketentuan yang tak terjangkau dek akal fikiran,
tak juga mampu manusia membayangkan,
itulah yang dinamakan warna kehidupan ,
tak selalunya kesejukan,
tak selalunya juga kepanasan,
adakalanya bibir mengukir senyuman,
dan adakalanya airmata menitis kesedihan,
cantik sungguh percaturan Tuhan,
indah sekali perancangan yang ditentukan ,
segalanya tersimpan 1001 rahsia Tuhan,
tetapi yang menyedihkan dan menyakitkan,
ramai yang tak sedar apa yang mereka sedang lakukan,
sehingga murka tuhan dizahirkan.....