Showing posts with label Pena Hamba. Show all posts
Showing posts with label Pena Hamba. Show all posts

Just Read

Roda Kehidupan
PenaHati:HambaMusafir
Dalam seharian terlalu banyak perkara yang manusia bualkan ..Adakalanya menyeronokkan dan adakalanya menyedihkan ,namun begitu itulah yang dinamakan dengan “Roda Kehidupan” tidak selalunya diatas dan tidak selamanya berada di bawah .
Bila berbicara tentang Roda Kehidupan tiba-tiba Hamba teringat plak kata seorang Ustaz Hamba ketika dalam pengajian Tahfiz dulu .Masih ingat lagi kalam-kalamnya “ Bila diri kita ada di atas jangan lupa satu masa nanti kita akan berada di bawah juga jadi bersedialah dengan segala kekuatan agar dapat bertahan ketika berada di bawah”.Dalam erti kata yang lebih mudah persiapkan diri dalam mengahdapi segala situasi sama ada sukar mahupun sebaliknya.
Kerana apa yang berlaku pada hari ini,bila kita berada di atas mudah sekali kita lupa diri dan sekaligus diterjah perasaan bongkak dan takabur yang menggunung.
Kisah tentang takabur dan bongkak bukannya tidak pernah berlaku pada zaman dahulu apatah lagi telahpun dirakamkan dalam Al-Quran tentang keangkuhan mereka.Semuanya kini bergantung pada diri kita sama ada ingin menjadikan ianya sebagai teladan untuk menjauhkan ataupun teladan sebagai ikutan ..Kurniaan akal fikiran daripada Allah untuk manusia hanyalah untuk kita membezakan yang kaca dan permata selebihnya kita sendiri boleh fikirkan …..

Cerpen



Akhirnya Aku ..(part akhir)

Ilhamminda :HambaMusafir










Seluruh badannya terasa berat sekali untuk meninggalkan hamparan itu namun dipaksa jua untuk melangkah .Dengan tangan yang bergari dia terus melangkah.,setiap langkahannya terasa begitu bermakna ,wajahnya tenang bibirnya pula tidak kering dari bertasbih.Lintasan kenangan manis bersama ibu menerjah benak fikirannya sekali sekala terukir senyuman dan adakalanya berkerut dahi.

Sebelum Syah dijatuhkan hukuman ,datang seorang pegawai membisikkan sesuatu di cuping telinga salah seorang pegawai yang mengiringinya disebelah kanan Syah.Tiba-tiba langkahan mereka terhenti seketika ,dia juga terkedu sebentar tanpa sebarang kata. “ Kenapa tuan?”pertanyaan yang terpacul daripada Syah. “ Saya harap kamu dapat tenang dan sabar menerima segala takdir ini ,ibu kamu telah pulang meninggal dunia malam tadi akibat terjatuh di bilik air di hospital” terang pegawai itu .

“Ibuuuuuuuu!!!” seumpama gelap dunianya menerima perkhabaran itu ,Syah meraung memanggil ibunya. “ Ibu!! Syah sayangkan ibu,Syah anak ibu,iampunkan Syah ibu” teriakkannya meluluhkan hati dua orang pegawai disisinya namun apakan daya hukuman tetap mesti diteruskan .Airmatanya terus mengalir,mereka semakin hampir ke tempat hukuman,kepalanya di sarungkan dengan kain hitam.Tiba ditempat yang dituju Syah diheret ke satu tempat yang lebih tinggi,tali jerut dimasukkan ke lehernya ,dia mengucapkan kalimah Syahadah dalam beberapa minit berbunyi “klik” lantai tempat berdirinya terbuka dengan kaki tergantung maka berakhirlah kehidupan seorang insan.

Cerpen


Akhirnya aku ...(part 3)

IlhamMinda:HambaMusafir




Matanya mula berkaca,selera makannya hilang entah kemana,.Ibunya dimasukkan ke Hospital Sakit Mental selepas setahun setengah Syah dipenjarakan .

Pegawai penjara sebentar tadi kembali dengan bungkusan plastik yang berisi sepasang Baju Melayu yang dipinta Syah.Setelah selasai menunaikan Solat Isya’ malam itu dia terus menghabiskan sisa hidupnya masih berbaki tidak sampai sehari dengan berzikir,membaca kitab suci Al-Quran dan menunaikan solat-solat sunat

Terpacul dua orang pegawai di pintu selnya sebagai tanda masa untuk dia menjalani hukuman sudah hampir.Dalam sujudnya yang terakhirnya terakhir tangisannya semakin kuat sehingga membasahi hamparan sejadahnya.Sebelum melangkah dia menadah tangan berdoa “ Ya Allah Ya Tuhanku!aku hamba yang berdosa ,masih ada lagikah ruang keampunan untuk hambamu ini ya Allah!Aku anak yang derhaka ,aku berdosa pada ibuku,Wahai Ar-Rahim! Lembutkanlah hati ibuku untuk mengampuniku ya tuhan .Andai ku tidak diampuni hanya Neraka sahaja layak untuk tubuh ini

Ya Allah!Aku mengerti airmata ini belum tentu mampu untuk mengurangkanku dari azabMu dan airmata ini juga belum dapat melenyapkan segala dosa yang telah aku lakukan.Aku redha wahai Rabbul Jalil diatas takdir ini,dengan pengakhiranku ini.Tabahkanlah hati hambaMu ini Ya Allah!!”( bersambung....)


Cerpen


Akhirnya Aku ( part 2 )

IlhamMinda:HambaMusafir



Rupa-rupanya pegawai penjara .” Ya tuan!” jawabku menghampiri tirai besi yang telah menjadi tempat kediamanku semenjak 3 tahun lalu. “Pagi esok tepat jam 5:30 pagi kamu akan menjalani hukuman yang telah dijatuhkan kepada dalam perbicaraan mahkamah bulan lepas” beritahu pagawai itu kepadanya.

Fikirannya tiba-tiba mengembalikan saat ketika hukuman ke atasnya dibacakan di mahkamah . “Setelah saya mendengar hujah pembelaan dan dalil pendakwaan ke atas kamu saya selaku Hakim Perbicaraan pada hari ini yang bertarikh 3 Mac 2006 menjatuhkan hukuman kepada Mohd Syahril Irwan bin Abdullah ,Hukuman Gantung Mandatori .Hukuman yang akan dilaksanakan pada tarikh 14 April 2006 hari Sabtu ,jam 5:30 pagi di Penjara Taiping.Pesalah disabitkan diatas dua pertuduhan iaitu :Pengedaran dan Penyalahgunaan Dadah” ketika itu seluruh saluran darahku seolah terhenti tiba-tiba,dengupan jantungku berdegup laju sekali ,nafasku tersekat di hujung kerongkong,badan dan kaki seakan sudah lumpuh separuh badan ,tidak terdaya untuk melangkah.Di saat itu hanya bayangan ibu terlintas di benak fikiran.

“Baik tuan!” balasku ringkas. “ Eeemm..tuan!” panggilku. “ Saya ada permintaan terakhir sebelum menjalani hukuman pagi esok” terangku.dengan riak wajah penuh berharap. “ Apa permintaan kamu ?” soal pegawai penjara tadi. “ Boleh tuan berikan pakaian sepasang Baju Melayu saya yang ibu saya pernah berikan dahulu” pintaku bersungguh-sungguh. Pegawai itu diam seketika “ Baiklah ,saya akan uruskan.Jika tiada apa-apa lagi saya pergi dulu."

Syah mengimbau semula , ketika hampir menjelang hari lebaran pada tahun pertama dia bermukim di singgahsana yang hanya berlantai simen tanpa hamparan permaidani dan bertirai besi hitam ,ibunya mengirimkan sepasang Baju Melayu warna kegemarannya biru tua yang bersulam pula dengan benang perak di leher dan lengan baju warisan Melayu itu.Namun terdetik sedikit kekesalan dihatinya kerana ibunya hanya mengirimkan baju itu tanpa ingin bersemuka dengannya di sebalik tirai besi ini.Mungkin kerana luka lama masih berdarah “Ibu !maafkan Syah jika tidak kerana kedegilan Syah sudah pasti ibu juga takkan menderita “ rintih Syah sendirian Keputusannya untuk berhijrah ke Kota Metropolitan Kuala Lumpur itu melakar sejarah perit dalam hidup Syah yang akhirnya terperangkap sendiri dalam kancah kehancuran yang membinasakan dirinya sendiri.(bersambung..)

Cerpen



Akhirnya aku..

KaryaInsan:HambaMusafir


Kenapa Syah?kenapa Syah lakukan semua ini ?Tangisan ibu tidak langsung melembutkan hati ini.Ibu terus memaut kaki kiriku.”Sudahlah nak.. nak ibu sayang Syah ..”sayu sekali rayuan ibu nadanya semakin lemah namun tidak langsung berbekas dihati ini.Tahap kemarahanku semakin melepasi batasannya,pautan ibu pula semakin erat “ Ibu !Syah sudah dewasa !!!”tengkingku. “ Syah pohon pada ibu lepaskan Syah sebelum ..” tidak sempat Syah menghabiskan kata-katanya tangisan ibu makin menjadi memecah kesunyian pagi itu . “Syah anak ibu ,ibu sayangkan Syah ,jangan tinggalkan ibu nak” rengekkan ibunya sendu dalam nafas tersekat .Ibunya tidak menyangka Syah membuat keputusan begitu drastik sekali hanya kerana tidak membenarkan anaknya berkerja di Kuala Lumpur.
“Ibu jangan paksa Syah” pinta Syah suaranya agak rendah sedikit.Tanpa di diduga ,Syah mengangkat kaki kanannya lalu menghayun sepakkan ke batang tubuh seorang insan yang bergelar ibu itu.Akibat sepakkan itu ibunya tersadung di penjuru meja di ruang tamu.Airmata ibunya deras mengalir menahan kesakitan ,esakkan masih bersisa,maka mengalir cecair merah pekat dari dahi ibu Syah sedikit demi sedikit membasahi pipi.
Syah langsung tidak memandang ibu yang terjelopok di penjuru meja sebaliknya terus melangkah meninggalkan rumah .Pandangan ibunya semakin kabur dan mengecil melihat anaknya semakin jauh melangkah.
Seorang ibu tersadai layu di atas lantai dengan lenangan airmata yang tidak henti. “Mohd Syahril Irwan bin Abdullah!!” panggilan suara itu mematikan imbasan sejarah pahitnya itu....(bersambung....)

Syukur

Alhamdulilah Bonda Musafir akhirnya sealamt menjalani pembedahan pada hari Khamis yang lalu.Syukur tak terhingga Musafir rasakan kepada Allah dengan Izinnya telah memudahkan segala-galanya .
Bonda Musafir masih lagi ditahan didalam wad untuk pemeriksaan lanjutan .Musafir dan adeq-adeq sentiasa doakan kesihatan Bonda berpanjangan ..

~ Bisikan Hamba~

:.Sirna .:
Ilham Minda:Musafir
Seruan azan memecah kesunyian pagi,
Hembusan dingin meyapa tubuh diri,
Terasa sepi dikala ini,
Semua hamba bertafakur ke hadrat ilahi,
Diatas hamparan sejadah menjadi saksi,
Meminta dan berdoa pada ilahi,
Mengharungi perjalanan di muka bumi suci ini,
Bumi yang tercipta sejarahnya tersendiri,
Permulaan kisah seorang nabi,
Perjalanan hidup seorang pemerintah yang dimurkai,
Termaktub dalam kitab suci,
Dalam diam otak ini memikiri,
Bagaimana ketabahan seorang nabi ,
Berhadapan dengan orang yang dikeji,
Tak siapa dapat membaca ketentuan ilahi,
Pentarbiahan seorang Nabi,
Dan juga pengajaran untuk yang dilaknati,
Sesungguhnya hati ini,
Terlalu bersyukur dengan percaturan ini,
Mengizinkan diri hambaMU ini,
Menuntut ilmu di Ardhul Qudsi,
Kerana di sini hambaMu mengerti,
Dan menerima segala ketentuan ilahi,
Kerana di sini hambaMu memahami ,
Betapa kerdilnya diri,
Kerana di sini hambaMU diuji,
Membina kesabaran dan kecekalan hati,
Syukran Ya Rabbi....

Cernaan Minda


Azhari& azhariah kita hari ni seringkali dilabelkan sebagai golongan yang masih penakut untuk berhadapan dengan masyarakat .Kenyataan ini satu perkara yang pasti kerana semenjak akhir-akhir ini kita ketandusan pelapis-pelapis muda yang mampu berhadapan dengan masyarakat .

Kenapa perkara sebegini boleh berlaku?Ini kerana ketika dalam pengajian mereka tidak ada 1 hadaf untuk apa mereka belajar?Kerana apa mereka belajar?Sampai bila kita hanya nak membatu dan mematungkan diri tanpa melakukan seberapa banyak perubahan agar pihak -pihak lain tidak mudah memperkotak-katikkan golongan Azhari&Azhariah ini.

Ramai lagi Azhari&Azhariah kita yang masih takut untuk bersuara lantang di khalayak ramai ,sedangkan itulah yang sepatutnya mereka mampu lakukan .Jika hari ini hanya dengan kerana alasan seperti "belum bersedia,takut,malu" maka tak mustahil 1 masa nanti golongan Azhari& Azhariah ni hanya akan jadi pak turut tanpa berani menyuarakan apa-apa pendapat .

Memang lumrah setiap perkara yang baru sudah ada kejanggalan pada permulaannya tapi apabila diperbaiki dari masa ke semasa sudah tentu hasilnya akan membanggakan.

Kesimpulannya golongan Azhari/Azhariah tak boleh menyempitkan pemikiran mereka hanya kerana perasaan takut,malu,gementar.Kerana inilah yang akan menjadi racun berbisa .Racun inilah seringkali menular dalam diri-diri Azhari&Azhariah kita .

Masih tak terlambat lagi untuk kita mengubah persepsi ini asalkan kita ada sentiasa bersedia menghadapi segalanya dengan berani .Mana mungkin kita tak mampu sedangkan 1 ketika dahulu lepasan Azhari&Azhariah ini mampu menyelesaikan segala kepincangan yang berlaku dalam lautan masyarakat.

-:: Renungan Bersama::-




Rintihan Hamba Pencipta

IlhamMinda:Musafir




Hanyalah Allah ku meminta,
Diberikan nikmat tidak terhingga,
Tanpa balasan malah percuma ,
Semua insan pasti merasa….
Maha Pengasih Allah pada hambanya,
Mengatur segala pemberiaannya,
Biarpun hamba kufur padanya,
Tetapi Allah Ar-Rahim sifatnya…
Ku hanya hambaMU,
Mentaati perintahMU,
Selamatkan hambaMU,
Dari azab nerakaMU,
Moga di dunia di limpah rahmat,
Di akhirat kelak beroleh syafaat.....
Kerana keagungannya,
Diriku terpana dan terpesona,
Kerna sifat Ar-RahmanNya,
Kami semakin cinta,
Rindu padanya,
Tidak mampu terungkap dengan kata,
Nantikanlah hambaMU di lingkaran syurga….
Sesungguhnya apa yang ku dambakan,
Hanyalah cinta Allah yang esa,
Kerana cinta kepada Allah,
Beserta cinta akan RasulNYA……

*Teka-Teki Hidup*



Betul ke tak?
Hari ini ada something yang berlaku ,betol-betol tak disangka tapi itulah yang dinamakan teka-teki dalam hidup ..Walaubagaimana pun kita sebagai hamba kena redha dan terima 1001 kemungkinan yang sedang berlaku ataupun akan berlaku ..Setiap percaturan ilahi tu ada hikmahnya cuma kita je kadang-kadang selalu mengeluh ..
Adakalanya kita tersenyum dan adakalanya kita menangis bersendirian ,namun begitu tak siapa dapat menduga setiap sesuatu yang berlaku sehinggalah kita dapat merasao sendiri akan kebaikan sesuatu kejadian.
Semua orang ada kenangan masing-masing..Pahit ,manis,suka ,duka memang tak dapat lari daripada kehidupan insan ..Seharian dalam hidup kita pasti akan berlaku sesuatu yang kita sendiri tak dapat nak terima ataupun sudah bersedia untuk menerima..
Ayah pernah berpesan "Jangan mengeluh kalau disakiti mungkin kita sendiri pun pernah menyakiti"..Begitu juga pesan seorang sahabat "Untuk menyakiti hati seseorang memang mudah tetapi untuk mengubati hati seseorang yang terluka bukan mudah sepertimana untuk menyakitinya".
Takkan ada orang yang sanggup disakiti ,kerana pedih disakiti hanya orang yang merasai je akan tahu betapa perit dan sakit bila disakiti ..Tambahan pula bila hati yang disakiti seolah seperti tiada kudrat untuk melangkah tetapi bila dikuatkan semangat untuk teruskan hidup setelah rebah terduduk kerana disakiti di situlah tercipta satu kemanisan yang terlau sukar nak digambarkan.

:Bicara Naluri::



Bahagia Hambamu
ilham minda:musafir


Kuntuman senyuman meniti dibibir si hamba,
Indahnya terasa perjalanan mencari permata,
Andainya ini yang ditakdirkan olehNYA,
Tak terungkap dengan kata ,
Tak terjangkau di minda,
Begitu Maha Adil Pencipta,
Biarpun adakalanya teruji meronta jiwa,
Rahsia Pencipta tak siapa dapat dapat menduga,
Terima kasih Ya Allah Pengatur segalannya ,
Hambamu yang kerdil terduduk jua akhirnya,
Sambil terkenang segala percaturanNYA,
Andai bahagia ini berserta RedhaNYA,
Hamba terima dengan seadanya,
Cintaku padaMu Ya Tuhan agung nilaiannya,
SyurgaMu yang menjadi impian di minda hamba,
Taufiq & hidayahMu yang ku pinta,

Lenyapkanlah hati hamba dari segala yang sia-sia,
Berilah kesabaran dalam melangkah ,mengatur segalanya,
Agar tak tersungkur dalam duri dosa,

Terperangkap dalam kelamnya cahaya,
Tuhanku hambaMU ini bahagia.....





::Bicara Hati::






~::: Puisi Rindu Si Perindu :::~
ilham minda:musafir





Disaat rindu menjelma,

Kenangan lalu menerjah minda,

Kegembiraan yang sekali sekala bertakhta,

Kedukaan juga acap kali terasa,

Rasa ingin kembalikan semula ,

Segala memori dicipta bersama ,

Dalam meniti kehidupan sementara ,

Rindu mencengkam membaluti jiwa,

Airmata menitis tanpa dipaksa,

Inilah rindu yang terluah jua akhirnya ,

Kenangan bersama sukar dilupa,

Suka dan duka silih berganti tempatnya ,

Pedih menahan rindu yang tebal dijiwa,

Namun ketentuan ilahi ada hikmahnya ,

Berjauhan sementara sekadar ujianNYA,

Untuk sama-sama menghargai akan nikmatnya ,

Lumrah insan ciptaanNYA,

Adakalanya alpha,lalai dan leka,

Disaat teruji baru sedar akan kelemahannya,

Tuhanku rindu hambaMu tiada penghujungnya,

Rindu hambaMU tiada akhirnya,

Rindu hambaMU ikhlas tunjangnya,

Rindu hambaMu hanya pada Maha Penciptanya..





~~::Perasaan & Perasan::~~

Perasaan dan perasan 2 perkara yang berbeza walaupun sekali dengar seakan-akan macam sama je kan ?tapi mana mungkin diantara keduanya perkaitannya terlalu rapat sekali ..Perasaan sahaja belum tentu dapat menyempurnakan sifat seseorang insan melainkan kena ada perasan cuma apa yang berlaku kini perasan itu sendiri melampaui daripada perasaan sebab itulah timbulnya ungkapan ' tolonglah jangan nak perasan ye'..' perasan je lebih ' tetapi jika perasan itu tidak terlalu melampaui sudah tentu ungkapan sebegini tiada kan ..

Tak salah kita berperasaan dan tak salah juga kita ada perasan kan cuma tertakluk pada individu itu sendiri untuk kawal sifat itu ..Tapi untuk terus menafikan kita tak boleh perasan itu memanglah sangat tak relevan kan ??.....


Setelah Ku Di Paling

(RAST)



Hampir aku hanyut kerana rindu Pada harta yang pasti Reput dan lenyap di siniHampir aku lupa pada yang KekalKejahilan menyelubungi jiwakuSekelipnya mata hilang semuaYang hanya ku pandangYang hanya milikmuYang hanya ku idamDi dalam pandanganMuBersama mereka terdahuluSungguh aku cari cahaya ituUntuk menyuluh gelap iniSetelah ku dipalingSungguh aku hina menagih secebisKeampunanMu setelah aku maluSekelipnya mata hilang semuaYang hanya ku pandangYang hanya milikmuYang hanya ku pintaHarapan keampunanHati ini telah ku lukaiSebaiknya manusia Kau ciptakanHinanya angkara diri sendiriSedegup jantung terlekaDibuai arus duniaSelangkah kau menghampiri kehancuranYang hanya ku idamDi dlm pandanganMuBersama mereka terdahuluYang hanya ku pintaHarapan keampunanHati ini telah kulukaiSungguh aku cariCahaya ituUntuk menyuluhSetelah ku dipaling

hati merintih...jiwa tersisìh

biarpun hati terluka,jiwa meronta,namun tkdir ilahi ada hkmahnya,langkahan ku yg dulunya pantas,kini smakin lmah..adakalanya ku terfikr smpai ble kah ku begini!
Ya allah brikn lah daku kekuatan ,smangat untk trus brjuang ..kehidupan di bumi anbiya' ni byk mengajrku erti ketabahan dlm menyusuri arus kehidupan yang x dpt d'duga percaturannya..terasa begitu kerdil diri ini ,mungkin sblm tibe d'bumi bertuah ni kurasakn sdah begitu cukup sempurna sgala yg ada tp dsaat ku berpijak d'cni br ku sdari mash trlalu byk kekurangan yg ada padaku ni..