Showing posts with label Isu Seputar. Show all posts
Showing posts with label Isu Seputar. Show all posts

Bukti Aura Suara Mahasiswa


Dengan satu kesatuan dan kesungguhan suara mahasiswa Qiraat baru-baru ini,bukan sahaja meletus di seantero Mesir bahkan sudah sampai ke dada-dada akhbar tanahair.Ini sekaligus dapat membuka mata ramai pihak akan perihal realiti yang berlaku pada mahasiswa luar negara yang seringkali ditindas dan dipergula-gulakan oleh beberapa pihak yang hanya hidup berkiblatkan politik dan tahu menyokong kemungkaran .
SYABAS Hamba ucapkan kepada PMRAM kerana sekali lagi PMRAM tampil terpampang di akhbar tempatan ,ini adalah sebagai bukti bahawa kesatuan yang dinaungi oleh mahasiswa Mesir bukan satu organsasi yang hanya boleh dipandang enteng kerana PMRAM sendiri sudah sampai usia swadaya yang begitu lama bertapak dibumi anbiya' ini.Sudah pasti selama 80 tahun usianya pelbagai rentetan dan siri-siri diuji dengan beberapa bnetuk mehnah dan tribulasi yang akhirnya beberapa pihak harus akur dengan kekuatan kesatuan yang terbina sekian lama.
Nasihat Hamba pada pihak JPMK supaya contohilah PMRAM ,biarpun tulang belakang dan penggeraknya hanya dikalangan mahasiswa tapi mereka tidak mudah melatah dan bertindak seperti kanak-kanak yang baru mengenal dunia.Segala masalah yang berlaku diatasi dengan cara dan langkah terbaik dalam menjaga kebajikan dan keselamatan hak mahasiswa Mesir.Biarpun pimpinan PMRAM mahasiswa dan segala aktiviti dan pengurusan mengeluarkan duit poket sendiri tetapi mereka diberi kepercayaan oleh mahasiswa Mesir dalam pelbagai urusan.
Biarpun ada suara-suara GHAIB yang mengatakan kamu datang sini belajar sudahlah jangan campur urusan-urusan mahasiswa dan keselamatan ,biar pihak tertentu sahaja yang menguruskan natijah kini kita dapat melihat sendiri impaknya.Untuk apa lagi harus berdalih ,terima sahaja hakikat PMRAM telah tersemat dalam hati-hati mahasiswa/wi Mesir bukan untuk sehari,setahun tetapi untuk selama-lamanya.
Cadangan Hamba,untuk membentuk fikrah dan penjanaan syakhsiah yang terbaik kepada JPMK,tidak perlu diberikan elaun dan gaji kepada mereka sepanjang tempoh perkhidmatan sepertimana Badan Pengurus & HEWI PMRAM yang bekerja tanpa mendapat apa-apa imbuhan dan elaun.Mungkin dengan cara ini dapat mendidik jiwa pegawai-pegawai agar sentiasa mempertimbangkan mana kaca dan mana permata .Adakalanya manusia ini apabila ditarik nikmat daripadanya baru akan merasakan betapa berharganya nikmat tersebut.
Kepada PMRAM syabas dan tahniah kerana sentiasa menjaga kami mahasiswa/wi Mesir dengan penuh dedikasi tanpa sebarang diskriminasi .


TRANFOMASI




TRANFOMASI akhir-akhir ini kalimah ini seringkali Hamba dengar.Entah kenapa posting kali ini sengaja Hamba ingin gunakan kalimah ini.Alhamdulilah akhir-akhir ini Mesir juga mengalami Tranfomasi,apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan Tranfomasi iaitu perubahan ataupun perhijrahan.
Dulu kali pertama diri ini menjejakkan kaki kuliah,Bas 24 JIM yang terlalu uzur akan setia membawa semua mahasiswa/mahasiswi yang ingin ke kuliah.Namun satu Tranfomasi dilakukan dengan perubahan Bas 24 JIM warna putih kepada warna Hijau seperti didalam gambar diatas.Lebih selesa dan besar sedikit daripada yang dulu.Manakala bas yang berwarna hijau pula bertukar kepada warna merah lebih baru dan mampu menampung kapasiti penumpang yang lebih besar.
Tranfomasi cuaca di Mesir juga kini semakin menampakkan dirinya .Panas bahang sudah semakin galak membakar kulit tubuh seperti terbakar sahaja rasanya.Apapun apakah menjadi satu keperluan dalam mewujudkan TRANFOMASI .Fikirkan dan renungkan...

Pelancaran Program Pemantapan DUAT




Untuk Tontonan Umum ..Slide Perasmian Program Pemantapan DUA'T

Betapa Bodohnya Safuan Hilmi....


Semakin hari pelbagai isu berlaku seputar Hamba samada Hak Mahasiswa ataupun perkara yang selainnya.Namun jika diikutkan naluri perasaan seorang insan ingin sahaja Hamba ulas beberapa perkara ,walaupun begitu Hamba hanya insan biasa yang masih punya batasan keupayaan untuk menjangkaui semua perkara dan upaya.Oleh kerana hal yang sedemikian Hamba terpanggil sebenarnya untuk memberi sedikit respon mengenai ancaman dari makhluq yang boleh dikategorikan sebagai Manusia Keji.
Dari beberapa penulitian dan pembacaan Hamba mengenai Hilmi Safuan jika tidak silap Hamba yang berani memberi ancaman kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.Hamba terfikir seketika akan satu perkara ?Apakah manusia jenis ini layak digelar manusia.Biarpun Hamba langsung tiada perhubungan langsung dengan Tuan Guru tapi penghinaan darinya sungguh biadab dan perlakuan seperti orang yang tiada akal.
Hamba yakin ,orang yang seperti ini pasti akan menerima balasan yang setimpal kelak atas apa yang dia ucapkan dan ingin dia lakukan.Sedikit pun tidak langsung rasa hormat pada Tuan Guru.Tidak kisahlah dia Pemuda Umno ke Pas ke PKR ke yang penting dia kene ingat yang Tuan Guru adalah Ulama'.Bak kata ustaz Hamba daging ulama' sangat berbisa maka seharusnya kita menghormatinya bukan mengejinya.
Kerana masih ada ulama' didunia inilah manusia masih mampu saling menghormati antara satu sama lain jika tiada mereka sudah pasti manusia hari ini akan lebih teruk daripada zaman jahiliah dulu.
Pelbagai penghinaan yang telah dilemparkan samada dari bentuk sebaran penulisan,sebaran lukisan dan sebagainya.Kenapa perlu berani tidak pada tempatnya.Orang Islam yang sanggup mempergula-gulakan Islam tiada siapa pula kata berani nak bunuh,tetapi orang yang membawa dan mempertahankan Islam pula dijadikan mangsa kejian dan cacian.
Adakah ini konsep pembawakkan 1 Malaysia yang diterapkan pada paradigma generasi muda dengan bersatu untuk menjatuhkan ulama' ,bersatu dalam merealisasikan keseronokkan,bersatu dalam melakar kerosakkan dibumi.Hamba tidak berhajat untuk berbicara soal politik disini tetapi secara dasarnya kita boleh lihat kebejatan pemikiran sekarang betapa tandusnya akhlaq sehingga tiada beza mana baik mana buruknya.

Selamat Datang Pegawai HEP Perak


Majlis Ramah Mesra bersama dengan Deligasi Negeri Perak telah diadakan di Wisma Darul Ridzuan [A] selepas Solat Isya'.Rombongan deligasi tersebut diketuai oleh S.F Tuan Haji Yusop bin Haji Husin
[Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak ]berserta wakil daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan wakil Yayasan Perak.
Penubuhan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak semenjak tahun 1964 sehingga kini telah ditadbir selia oleh kepimpinan mahasiswa yang silih berganti tahun demi tahun.Segala permasalahan samada dari segi pendidikan,kebajikan dan selainnya akan diuruskan oleh anak Perak sendiri.
Namun kini 1 tranformasi baru telah diaturkan oleh pihak Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan bagi memastikan anak Perak dibumi anbiya' ini terjaga dalam segala sudut .Hamba mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas keprihatinan kalian terhadap kami disini.Tranformasi ini adalah gabungan pentadbiran diantara Ahli Jawatankuasa Tadbir bersama Pegawai HEP Perak ini akan menguatkan lagi sistem pengurusan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir lebih2 lagi kebajikan anak Perak disini.
Kepada Encik Abdul Muhaimin bin Abdul Majid ,harapan anak-anak Perak agar dapat menjalankan tugas dan cemerlang dan melunaskan tanggungjawab dengan gemilang sekaligus dapat membantu anak-anak dalam menaik tarafkan kecemerlangan akademik Azhari dibumi anbiya' ini.

Istilah Yang Sebenarnya...



Ada seorang sahabat dari Malaysia bertanya ?Teruk ke keadaan kalian di Mesir sehinggakan rata-rata golongan BLOGGER MESIR mengulas dan mengkritik isu yang sama ?
Menurut beliau hampir setiap hari ada sahaja perkara baru yang akan dibongkar dan diselongkar? Benarkah apa yang kalian hadapi sekarang ? Itulah diantara persoalan yang diajukan kepada Hamba dari seorang rakan.Hamba pula telah bersedia dengan pelbagai penjelasan tiba-tiba ilham muncul dibenak fikiran akan satu nama yang rupanya ada makna yang boleh dikaitkan dengan keadaan sekarang.
Idea ini terbit ketika sahabat tersebut bertanya siapa JPMK ? Jawapan Hamba seperti biasa " Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah " .Tidak berpuas hati dengan jawapan itu beliau bertanya lagi Apa yang mereka telah lakukan pada kalian ? Mereka ingat kami kayu ..Lantas istilah JPMK digabungkan " Jangan Pandang Mahasiswa Kayu " singkatannya JPMK .Hamba tergelak sendirian ,mungkin ilham ini datang daripada seorang mahasiswa yang ditindas dan terus mencuba memperjuangkan nasib maruah mahasiswa.
Bila Hamba menceritakan kronologi beberapa peristiwa pada sahabat tersebut,terpacul dari bibirnya " Kenapa kalian yang menjadi harapan masyarakat Malaysia dilayan dengan sebegitu buruk sekali ,sedangkan kami yang menuntut disini sebaliknya ..Jika dibandingkan dengan kami kalian yang sepatutnya mendapat layanan yang lebih sempurna kerana kalian belajar bidang yang tidak semua orang berpeluang untuk ke sana apatah lagi kalian semua sudah seperti menjadi duta-duta kecil Malaysia di negara orang ".
Hamba diam seketika tanpa sepatah bicara ,kemudian sahabat Hamba terus sebak sambil mendoakan Hamba dan rakan seperjuangan disini akan terus bersabar menempuhi mehnah dan tribulasi dan merealisasikan impian keluarga.Pesan beliau pada Hamba " Jika saya yang berada ditempat kalian belum tentu lagi hati saya setabah kalian,bersabarlah dan terus bersabar Allah pasti bersama kalian selagimana kalian yakin Allah tidak pernah mempersia-siakan orang yang memperjuangkan agamaNYA.

Untuk MSD Cairo-KBMK




Dalam sedar airmata Hamba mula membasahi pipi bila melihat tayangan video ini.Seakan-akan dapat merasakan betapa tekanan yang dihadapi oleh sahabat-sahabat Hamba diMansurah.Hakikat ini terus menjadi teka-teki yang masih samar untuk menemui jawapannya.Namun apa yang pasti semakin hari mahasiswa seringkali ditindas tanpa sekelumit rasa kekesalan.
Apakah dosanya kami sehinggakan kami diperlakukan sebegini seakan diri kami tiada maruah diperlakukan.Hamba berharap agar pihak tertentu memikirkan cara penyelesaian masalah ini kerana kalian adalah wakil Malaysia dalam memastikan kebajikan mahasiswa Malaysia disini.Zahirkanlah kebajikan yang sering dilaungkan dan diucapkan agar ianya bukan sekadar manisan yang sekadar alas dibibir namun sebaliknya merealisasikan .
Untuk apa terus menzalimi dan menganiaya mahasiswa yang tidak berdosa ini.Kalian amatilah betul-betul video ini,kesepakatan mahasiswa dalam mempertahankan hak mereka dinegara orang sayugianya jika pihak Malaysian Student Department Cairo [MSD]-Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah & Kedutaan Besar Malaysia Kaherah [ KBMK ]turut serta bersama-sama kami .Janganlah terus dibelenggu dengan rantai hasad dengki dan bongkak kerana ianya tidak sekali mendatangkan faedah pada kita semua.
Biarpun Hamba tidak berada disana namun kesedihan dan kegundahan mereka tempiasnya Hamba turut merasakan.
Wahai MSD CAIRO !! Jika benar kalian ingin menjaga kebajikan sekarang buktikan ...Tetapi jika sebaliknya maka Gelombang Suara Mahasiswa akan terus melebarkan dan menzahirkan kesungguhan dalam mempertahankan HAK & Maruah..

Adakah Ini Dinamakan Kebajikan ???

Sebak mula menjalar hati apabila hamba mendengar kisah yang telah diceritakan oleh salah seorang rakan yang menghuni di Asrama Rumah Melayu Abbasiah.Dalam sedih dia menceritakan pada Hamba tentang undang-undang baru yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan asrama tersebut antaranya : setiap barangan elektrik yang digunakan dalam bilik akan dikenakan bayaran sebanyak LE5 dan begitu juga pada setiap iklan perniagaan yang akan dipaparkan dikawasan tersebut juga akan dikenakan bayaran.Lalu salah seorang penghuni mengajukan soalan " Jika ada orang yang kurang berkemampuan ,bagaimana pula ?" Lalu pegawai tersebut meminta sesiapa yang masih kurang kemampuan angkat tangan .Tanpa sekelumit penyesalan kata-kata ini terhambur keluar dari mulutnya yang berbunyi " Bagi saya sesiapa yang datang ke Mesir mereka adalah cukup berkemampuan,kenapa tidak sambung pengajian di Malaysia sahaja kalau sudah tahu tidak mampu.Jadi sesiapa yang rasa kurang berkemampuan boleh balik ".Hamba tiba-tiba terfikir apakah ini yang dikatakan sebagai sebuah istilah yang dinamakan [KEBAJIKAN].
Apa yang diperkatakan sama sekali tidak pernah dikotakan .Dimanakah agaknya kedudukan pemikiran mereka sehingga sanggup berkata sedemikian.Hamba rasa sudah sampai masanya pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah memikirkan kembali rasionalnya kewujudan mereka di Bumi anbiya' ini.Jangan memandang rendah pada mahasiswa/wi yang belajar disini sehingga boleh berucap sedemikian.Hamba terkesima dan selalu memikirkan apakah pihak berkenaan tidak merasakan perbuatan mereka kini semakin menyemarakkan lagi kebencian mahasiswa/wi terhadap mereka.
Baru-baru ini juga berlaku peristiwa yang sama di Dewan Perwakilan Tanta sehinggakan tulis didalam status laman sosial Facebook oleh salah seorang pegawai pihak berkenaan.Adakah itu merupakan tindakan yang terbaik oleh salah seorang pegawai kerajaan.Hamba mohon benar agar cuba pegawai-pegawai yang dikasihi sekalian fikirkan jika tiada mahasiswa/mahasiswi di bumi anbiya' ini sudah pasti kalian juga tidak akan ada disini ataupun dalam erti kata lain bekerja disini.Carilah rezeki dan nafkah untuk keluarga dengan cara yang betul dan jangan sedikitpun ada unsur-unsur menzalimi sesiapa kelak kesannya pada keluarga kalian juga.
Kalian merupakan amanah daripada ibubapa mahasiswa/wi disini untuk menjaga segala mungkin yang diperlukan bukan menzalimi sebanyak mana yang mampu asalkan kehendak dan keinginan kalian tercapai. Allah SWT Maha Adil dan Maha Mengetahui setiap apa yang hambanya lakukan.Masih ada peluang untuk insaf!!

Apa Saja Yang Terlintas Menjalar Dalam Layar Putih Ini..


Banyak peristiwa yang berlaku semenjak kebelakangan ini..Samada menimpa diri sendiri ataupun orang lain yang pastinya kepelbagaian peristiwa yang berlaku ini sedikit sebanyak menerjah benak fikiran Hamba beberapa soalan yang tidak pasti apakah jawapan yang hakiki untuk persoalan ini.Sesetengah orang suka berpendapat setiap perkara yang berlaku sudah takdir ketentuan daripada ilahi namun apakah kita pernah terfikir jika manusia berterusan berfikiran begini mereka akan dibelenggu kemalasan yang bersangatan .
Tidak salah untuk berangggapan sedemikian,walaupun begitu harus diingatkan Allah SWT Maha Mengetahui setiap apa yang terjadi dan DIA tahu akan kemampuan hamba-hambaNYA .Oleh kerana itu setiap dugaan dan ujian yang silih berganti sayugianya difikirkan Kerana Apa aku Diuji Sebegini ? Kenapa Aku Harus Diuji ? Apakah Aku Mampu Untuk Terus Diuji ? Dimanakah Letaknya Sabar Dan Taatku Setiap Kali Aku Diuji ?Inilah yang sepatutnya kita fikirkan dan bukan hanya terus beranggapan semuanya takdir.
Realiti sekarang kita sendiri dapat melihat akan kebejatan paradigma umat manusia yang semakin hari mudah untuk dimanipulasi dengan pelbagai bentuk.Yang paling dikesali ,manusia hari ini seakan sudah hilang akal dan pertimbangan sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi merealisasikan impian dan cita-cita sendiri.Batasan syara' dan landasan Islam bukan lagi jadi rujukan ,jika sudah sampai ke tahap ini apa lagi yang kita boleh harapkan.
Apa saja isu semasa kini jika difikirkan kembali kenapa dan mengapa boleh berlaku rasanya semua orang akan tahu jawapannya.Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana mereka membelakangkan agama dan mengkiblatkan keseronokan menjamu hawa nafsu tanpa sekelumit kesal.Fikrkanlah generasi yang bakal dibantuk satu masa kelak jika fenomena initerus berlarutan tanpa sekatan ...