Sedar Mereka


Terpanar kecantikan duniawi
jiwa rakus meneguk fantasi
mimpi diulit bayangan seri
mengukir senyuman dalam nurani.

Kirana sepi tiada berpenghujung
toleransi dan diskriminasi bergulung
mencari dan mengatur langkah sulong
penilaian dan pertikaian digabung
agar setentang bukan bertembung.

Biarpun bukan mewah dirasa
tetapi Al-Khaliq tersemat dijiwa
sentiasa mendengar jerit rintih hamba
Ar-Rahman pengatur dunia dan seisinya
untaian doa penawar murka
ndamba redha rindukan syurga.




HambaMusafir
H7,Madinah Nasr

Terus Mencari


Dalam kehidupan seharian manusia ,tiada sesaat pun manusia berhenti untuk mencari sesuatu yang diinginkan tidak kira samada untuk kepentingan diri sendiri ataupun orang lain.Hakikatnya manusia tidak pernah puas untuk mencari,namun begitu adakah apa yang manusia cari itu menemui sebuah kepuasan yang pasti atau sekadar keinginan yang hanya bersifat sementara waktu sahaja.
Realiti ini berlaku kepada semua peringkat individu tidak kira yang berkerja ataupun menganggur,golongan terpelajar ataupun sebaliknya ,dikampung ataupun kota rata-ratanya manusia tidak pernah puas mencari.Tiba-tiba Hamba terkenangkan pertanyaan seorang sahabat ketika bersama-sama dalam kursus Imam satu ketika dahulu .Soalan beliau " Kenapa ramai sangat orang terus mencari jalan untuk melengkapkan kehidupan didunia sedangkan tidak pernah terfikir untuk kehidupan akhirat?"
Jadi apa yang sebenarnya kita cari?Untuk apa kita terus mencari?Fikirkan ...

Sekian Lama

Alhamdulilah setelah sekian lama tidak berada dikhalayak ramai ,sudah pasti sedikit gementar dan resah membelenggu diri.Setelah diberikan kepercayaan untuk mempengerusikan sebuah majlis .Hamba meyakinkan diri untuk melaksanakan tugas ini dengan sebaik mungkin.Sedikit perkongsian rangkap pantun yang sempat direka khas untuk majlis tersebut.

Wajah Berseri Nampak Ceria,
Semua Disini Kelihatan Gembira,
Assalamualaikum Pembuka Bicara,
Sebagai Tanda Agenda Bermula.

Dulu Berucap Berkaca Mata,
Namun Kini Nampak Bergaya,
Siapa Lagi Tak Perlu Ditanya,
Itulah Dia Pengarah Kita.

Wajah Tenang Katanya Bermakna,
Mampu Tersenyum biarpun Hiba,
Itulah Naluri Seorang Bapa,
Menyayangi Anak Tiada Akhirnya.

Usah Resah Menatap Sedih,
Perginya Sahabat Pengikat Kasih,
Ukhuwah Dilakar Tanpa Beralih,
Menjadi Bukti Berkongsi Kasih.

KPIPM Megah Berdiri,
Kerana PMRAM Sentiasa Menaungi,
Teruskan Sokongan Tiada Terhenti,
Agar PMRAM Tersemat Dihati.

Pelbagai Ragam Lagak Dan Gaya,
Menjadikan Persembahan Semakin Bertenaga,
Terzahir Ukhuwah Mencipta Kerjasama,
Melakar Kenangan Untuk Selamanya.

Bertungkus lumus Untuk Berlatih,
Siang Dan Malam Tanpa Letih,
Inilah Ukhuwah Sentiasa Menagih,
Tak Kira Siapa Bertaut Kasih.

Bukan Juara Jadi Sandaran,
Tetapi Ukhuwah Yang Didambakan,
Terima Kasih Ucapan Didahulukan
Dengan Komitmen Yang Diberikan..

Atma 1 Syawal


Air yang dicincang tidak akan putus ..Begitulah perumpamaan Melayu bagi melambangkan simbolik hubungan kekeiuargaan yang terjalin dalam sebuah keluarga.Namun begitu masih ada lagi yang tidak tahu dan menghargai sebuah ikatan persaudaraan kekeluargaan sehingga sanggup membiarkan airmata ayahnda dan bonda menitis dek kerana kebiadaban dan betapa derkahanya kita pada mereka.
Atma siapa tidak disinggah pilu,tatkala 1 Syawal berkunjung tiba,ketika berkumpul sanak-saudara tetapi kita tiada bersama keluarga.Dimana letaknya kepentingan sebuah kesih sayang dan pengorbanan kedua orang tua yang sudah banyak bersusah-payah demi melihat anak-anak mereka berjaya .
Jiwa siapa yang tidak terguris melihat dann menghadapi situasi seperti ini,hanya Allah bisa ketahui betapa pedih dan hiba untuk menelan segala kepahitan ini.Hamba teringat akan sebuah lagu nasyid yang senikatanya berbunyi " Bahagia Seluruh Semesta Bermula Dari Keluarga,Dari Titisan Susu Ibu Tercinta" .
Untuk apa kita dilahirkan oleh ibu dan dibelai dengan kasih sayang daripada ayah ibu namun pengakhirannya kita membuatkan mereka menangisi kekesalan kerana melahir dan membesarkan kita.

Implikasi Sebuah Pentarbiahan

Hanya tinggal beberapa ketika sahaja Madrasah Ramadhan akan melabuhkan tirainya ..Samada kita sedar ataupun tidak ,itulah hakikat yang pasti kita akan hadapi kerana percaturan Allah SWT adalah setiap permulaan semestinya diiringi dengan pengakhiran.Syawal bakal membuka lembaran baru dan ianya akan menjadi titik tolak bermulanya bukti impilikasi TARBIAH selama sebulan dalam bulan RAMADHAN berjaya ataupun sebaliknya.Selama 30 hari segalanya kita mampu mengawal penglihatan daripada melihat perkara yang tidak sepatutnya,mengawal lisan daripada berbicara yang sia-sia,mengawal nafsu dengan belenggu lapar dan dahaga.Proses pentarbiahan aturan Allah SWT ini begitu lengkap dan saksama kepada umat manusia .
Namun begitu ,apakah ianya cukup dalam membentuk syakhsiah yang berktrampilan dan fikrah yang dilimpahi dengan keyakinan pada Maha Pencipta.Seandainya MADRASAH RAMADHAN ini mampu melahirkan graduan yang cemerlang dalam memperjuangkan Islan dan kemuliaanya maka beruntunglah kepada sesiapa yang dianugrahkan kurniaan itu tetapi jika sebaliknya sudah pasti kita tergolong dikalangan mereka yang hanya berada dalam MADRASAH RAMADHAN sebagai mahasiswa tanpa ada objektif ,misi dan visi kenapa mereka perlu melalui proses pentarbiahan tersebut.
Implikasi sebuah pentarbiahan akan dilihat dalam jangka 11 bulan akan datang ,sekiranya kita kembali kepada kehidupan asal yang hanya berkiblatkan keseronokkan dan kemewahan yang bersifat sementara.Terus hanyut dibuai janji-janji palsu dunia seperti FATAMORGANA ditengah padang pasir .Cantik dilihat dari jauh namun bila didekati tiada apa-apa pun yang wujud.

Sapaan Rindu

Hampir sebulan Hamba berada di Tanah Melayu ini..Pelbagai pengalaman yang dicoretkan yang adakalanya suka dan adakalanya juga duka.Namun begituu itulah dinamakan TAKDIR.Setiap makhluk ciptaan ALLAH sudah pasti punya perencanaan tertentu daripada KHALIQ.Biarpun tidak berada diperlembahan Nil ,Hamba tidak sunyi menjalani kehidupan..Jika sekarang ini berada di Mesir sudah pasti pelbagai program telah diaturkan samada diperingkat PMRAM cawangan mahupun PMRAM pusat merangkumi segala aspek thaqafah dan fikrah.
Percutian Hamba di Tanah Melayi kali ini,Hamba manfaatkan sebaik mungkin.Alhamdulilah satu program dibawah anjuran Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak telah selesaikan diadakan bertempat di Hotel Seri Malaysia ,Ipoh baru-baru ini.Biarpun ada beberapa ketidaksempurnaan berlaku .Hamba cukup gembira dapat melaksanakan sebaik mungkin.Sahabat-sahabat lain yang turut sudi membantu juga diucapkan ribuan terima kasih.
Hamba juga diberikan kepercayaan untuk memberi sedikit pengisian di beberapa buah sekolah sepanjang Ramadhan ini antaranya SMK SIMPANG,TAIPING sempena dengan Program Ehya' Ramadhan begitu juga di SABK MAAHAD YAHYAWIYAH,PADANG RENGAS dalam program anjuran Alumni Maahad Al-Yahyawiyah.Selain daripada itu ,menerima beberapa jemputan untuk memimpin Solat Terawih & Tazkirah di beberapa kawasan antaranya Sayong Kuala Kangsar,Padang Rengas dan Ipoh.
Terasa percutian kali ini tidak dibiarkan rompong tanpa sebarang aktiviti.Insya Allah jika tiada aral melintang Hamba akan terlibat dengan beberapa program kem remaja di sekitar Lembah Klang dalam bulan November kelak.Semoga diri ini dapat dimanfaatkan semaksima mungkin untuk terjun dalam masyarakat yang kini berkiblatkan 1
Malaysia.