Santai Singgah

Ihfaz Jam'iyyatana

** Kesabaran Manusia Juga Ada Tahapnya



"ihfaz jam'iyyatana" begitulah ungkapan yang terlafaz daripada seorang pimpinan yang memikirkan betapa besarnya amanah untuk dipikul.Namun begitu ,tiada siapa mengerti betapa besarnya pengorbanan setiap pimpinan .Hamba sedikit terkesima ketika mana mendengar bacaan doa solat hajat yang telah diimamkan sendiri oleh Al-Fadhil Ustaz Khairul Ashraf Bin Mohd Khir selaku Yang Dipertua KPIPM pada sesi ini.
Namun begitu berapa ramaikah insan yang menghargai pimpinan rata-rata lebih ramai yang sanggup menghina,mencaci dan paling teruk berusaha mencari salah pimpinan sehingga ada sanggup bersengkang mata berbincang sehingga lewat malam semata-mata mencari keaiban pimpinan.Lebih parah lagi ada pula yang sanggup berani mengugut untuk membuka keaiban pimpinan dikhalayak ramai..Hamba ingin mengajak kalian sejenak untuk kita menghayati sirah perjuangan nabi Muhammad yang sntiasa ditentang oleh ahli keluarga sendiri sanggup menabur fitnah kepada isteri nabi dan ada pula berani bersumpah untuk membunuh nabi semata-mata ingin mendapat kepuasan dalam menunaikan kemahuan hawa nafsu semata.Jika dahulu nabi ditentang oleh Arab Jahiliah yang masih tidak mengerti apa itu Islam dan tidak boleh menerima Islam tetapi hari ini orang yang menentang bukan Jahiliah tetapi muslim sendiri yang faham apa itu Islam dan mendalami lagi ilmu Islam namun masih buta menilai antara kaca dan permata.Apakah sama mereka ini dengan arab Jahiliah zaman nabi satu ketika dahulu.Kalian sendiri fikir dan buatlah kesimpulan yang pasti .
Hati siapa yang tidak tersentuh jika dalam ahli keluarga sendiri bertindak sedemikian.
Inilah pepatah Melayu yang selalu kita dengar " Kacang Lupakan Kulit " siapa yang lupa siapa sama-sama kita koreksi diri.Jangan mudah selesa dengan apa yang kita lakukan ,Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana oleh kerana itu beringatlah selalu jangan bila sudah terhantuk baru nak tergadah .Sakit tu!!Menjadi lumrah sebagai kepimpinan untuk menghadapi pelbagai ujian dan dugaan namun itu bukanlah satu tiket bagi mana-mana individu untuk terus menerus menghujum dengan pelbagai andaian.Fikirkanlah masih tidak terlambat untuk bertaubat.

Bantahan Menghina Nabi


Lukis nabi cetus perang di Facebook

Warga Pakistan bantah idea kempen kartunis Amerika

SEATTLE: Idea kartunis Amerika Syarikat, Molly Norris, mengisytiharkan 20 Mei (semalam) sebagai ‘Everybody Draw Mohammed Day!’ (Hari Melukis Muhammad) menyebabkan beribu-ribu orang mengambil bahagian selain mencetuskan bantahan lebih ramai lagi menyebabkan Pakistan menyekat laman web Facebook.

Norris asalnya mengemukakan cadangan itu sebagai membantah keputusan rancangan Comedy Central menapis episod South Park memaparkan Nabi Muhammad dalam kostum beruang.
Cadangannya bulan lalu kemudian menyebabkan ramai pengguna Facebook mengambil bahagian dengan melukis wajah nabi di laman web itu.
Sehingga kelmarin, lebih 41,000 pengguna Facebook menyokong karikatur nabi di laman mereka, manakala 56,000 lagi membantah.

Sementara itu, Pakistan mengarahkan pembekal perkhidmatan internet menyekat Facebook kerana menggalakkan pengguna menyiarkan imej Nabi Muhammad
Kemarahan disuarakan di Pakistan dan negara lain kerana Islam melarang penyiaran imej Nabi. Kerajaan Pakistan bertindak selepas sekumpulan peguam Muslim memperoleh arahan mahkamah supaya menyekat Facebook sehingga 31 Mei.

Petang kelmarin, akses kepada laman berkenaan tidak menentu kerana pembekal perkhidmatan internet mula melaksanakan arahan itu.
Di Karachi, kira-kira 2,000 pelajar mengadakan perhimpunan dan mendesak Facebook diharamkan kerana membenarkan karikatur nabi disiarkan.

Berpuluh-puluh pelajar berhimpun di kawasan berhampiran sambil memegang papan tanda menggesa jihad terhadap penghina nabi.

Beberapa negara lain seperti China sudah mengharamkan Facebook buat selama-lamanya. – AP

** Sumber Berita Harian

Tazkirah Mingguan : Ujian Dan Amanah


Alhamdulilah dikesempatan yang masih terluang ,Hamba dapat menghadirkan diri dalam program mingguan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir yang lebih dikenali dengan Ehya' Ul Jumaah..Seperti biasa yang dilakukan di masjid-masjid bacaan Yaasin pada malam jumaat cuma disini ada sedikit pengisian rohani iaitu tazkirah yang akan disampaikan oleh anak-anak Perak sendiri.
Tazkirah yang telah disampaikan oleh Ust Mohd Tajul Urus bagi Hamba cukup membuka minda dan agak ringan pembawakkannya.Diantara yang disampaikan adalah hakikat kita sebagai seorang Hamba Allah tidak lari daripada ujian bukan setakat ujian didunia bahkan diakhrat kelak .Setiap ujian yang diharungi sudah pasti akan ada nilaian disisi Allah SWT cuma apa yang diingati setiap manusia tidak akan sama ujian yang akan ditempuhinya.
Beliau juga mengingatkan semua yang hadir dengan pengumpamaan bahawa orang yang kuat bukanlah orang yang mengikut nafsu amarahnya ketika dia sedang marah tetapi adalah orang yang mampu mengawal kemarahannya ataupun dalam erti kata lain bersabar dalam setiap perkara barulah boleh dianggap orang yang gagah.
Disamping itu juga,kehidupan manusia didunia bukan jaminan untuk kita terus kekal selamanya disini namun sebaliknya dunia hanya tempat persinggahan sementara kita dan selayaknya kita manfaatkan sebaik mungkin peluang ini untuk melakar kehidupan indah di akhirat kelak .
Pada malam itu juga,diadakan majlis khatam Al-Quran dan penyertaan daripada anak-anak Perak amat membanggakan samada daripada kalangan mahasiswa mahupun mahasiswi.Turut hadir malam tersebut Tun Hairul Nizam yang membacakan doa penutup Khatam AL-Quran .

Untuk Apa Bicara Ini ....



Arus kemodenan hari ini telah menjerut perubahan mentaliti masyarakat hari ini.Ketika mana kemajuan terus memacu perubahan ,berlaku pelbagai sentimen luar yang akhirnya menatijahkan pepecahan terhadap bangsa Melayu amnya umat Islam khususnya.Mana mungkin dalam mengikuti arus kemudahan yang serba canggih ini ,perlu diingatkan kemudahan yang sudah tersedia ini mampu kita gunakan untuk dijadikan sebagai platform terbaik melebar luaskan sayap dakwah Islamiah.
Tapi berapa ramaikah manusia diluar sana memanfaatkan semaksima mungkin kecanggihan yang ada.Semakin hari ,sudah ramai yang berani menzahirkan diri untuk menghina Islam .Jika dahulunya secara sembunyi kini secara terang-terangan dengan menggunakan lingkaran kemudahan Internet melalui laman-laman sosial yang semakin hari menjadi kegilaan remaja kini.
Semasa Hamba meneroka laman-laman Web yang berunsurkan Islamik tertarik dengan salah satu forum yang diutarakan oleh ahli-ahli laman tersebut.Yang Hamba maksudkan adalah laman World of Islam .Tajuk forumnya
" FB Adalah Salah Satu Punca Kegagalan Dalam Peperiksaan " Alhamdulilah perkongsian dalam laman tersebut dapat membuka minda ahli-ahli yang setia dengan web tersebut.
Ini adalah sebagai bukti masih ada lagi golongan memanfaatkan kecanggihan yang ada untuk bertujuan menyampaikan dakwah.Meneladani contoh ini ,maka sayugianya kita perlu bergiat lagi dalam memperkasakan dakwah .Kebejatan fikrah masyarakat hari ini,dihimpit dengan kepelbagaian variasai dalam mencorakkan pemikiran umat Islam.

Generasi Masa Hadapan




Hamba tertarik dengan GAMBAR ini,generasi masa hadapan seperti kanak-kanak ini bisa mentadbir negara satu hari nanti .Namun persoalannya masih adakah peluang untuk generasi akan datang jika hari ini...............