Jaulatussyita 3

Perjalanan Musafir

Setelah mendapat satu persetujuan dalam perbincangan Kumpulan Muzakarah Berkelompok yang diketua oleh Musafir mengadakan jaulah ke Kota Iskandariah (Alexenderia).Seramai 13 orang yang menyertai program ini ,Kumpulan Muzakarah Berkelompok dibawah pimpinan Setiausaha Agung KPIPM ( Ustaz Mohd Mujahid bin Mohd Fadzil ) dan Exco Perhubungan Sambutan & Rehlah KPIPM (Ustaz Mohd Hasni bin Shuhaibi) telah melantik Ustaz Mohd Zahid bin Abu Bakar sebagai Fasilitator Bayangan untuk program ini.Alhamdulilah setelah segala urusan dapat diselesaikan ,kami bertolak dari Kaherah lepas solat Isya'..Ini adalah diantara tentatif program yang telah diatur sepanjang program ini:

  • Perbentangan Hadis 40 ( Al-Wafi)
  • Pembacaan Kitab Sirah Nabawiyah (Durusun Wa I'bar)
  • Muzakarah Fikrah
  • Riadhah ( Bola Pantai )
  • Tazkirah Amali
  • Slot Psikologi
  • Ziarah Maqam & Tempat Bersejarah
  • Muhasabah

Sepanjang program ini ,semua peserta dapat memberikan tumpuan yang baik,kerjasama yang bagus .Tahniah di ucapkan kepada Fasilitator Bayangan Ustaz Mohd Zahid bin Abu Bakar .Dalam program ini apa yang dapat Musafir simpulkan dapat mengukuhkan ukhuwah seterusnya menambahkan thaqafah disamping menikmati keindahan Kota Iskandariah yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri

Diantara isu-isu yang dibangkitkan :

  • Bida'ah
  • Pengertian Ukhuwah
  • Berkahwin halal,berzina haram,bercinta ??
  • Halal & Haram

P/S :Penempatan kami sepanjang disana di Asafirah ,ikutkan hati tak nak je balik lagi coz memang seronok ,jalan di pasarnya je sume makanan laut ada rambang betol mata .Ila liqa Alexenderia...

" Capture Jaulatussyitaa 2 & 3 "

Jaulatussyitaa 2




























:: Resepi Hasanah ::

Resepi Keluarga Bahgia
Eksklusif Dari : Musafir
Bahan-Bahan:
  • 1 Kilo : Kesabaran
  • 1/2 Kilo : Senyuman
  • 100 gram : Keinsafan
  • 1 Kilo : Kepatahan
  • 1 Cupak : Perasa Amanah
  • 1/2 Kilo : Prihatin
  • 1 Kilo : Ibadah
  • 10 Ulas : Budi Pekerti
  • 5 Tangkai : Cermin Diri
  • 10 Gelas : Kerjasama
  • 5 Kilo : Ilmu Pengetahuan

Cara Mengadunkannya :


Ambil serbuk IBADAH, bancuh dengan KESABARAN dan uli hingga sebati bersama ILMU. Panaskan santan KEINSAFAN dengan suhu rendah kemudian masukkan tepung KEPATUHAN dan kacau hingga mendidih. Masukan manisan AMANAH ke dalam periuk dan gaul hingga bewarna masak. Setelah masak limpahkan cecair PRIHATIN dan hiaskan dengan BUDI PEKERTI. Akhir sekali hidangkan untuk keluarga dan lancarkan KELUARGA BAHAGIA dengan KERJASAMA semua ahli keluarga.

Wahai Ibubapa
Berdoalah
“ Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami,
isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai
penyenang hati dan jadikanlah imam bagi
orang yang bertaqwa ”
Ketahuilah harta yang bermanfaat dan anak-anak
yang soleh adalah perhiasan dunia dan kebahagiaan
akhirat

:: Doa & Harapan Anaknda::

"Laala Allah "

Perkhabaran daripada ayahnda ,perihal bonda betul-betul menyentuh hati ini.Mana mungkin seorang anak tiada pun sekelumit kerisauan pada insan yang tercinta ..(BonDa).Menurut apa yang diberitahu ayahnda ,bonda perlu dibedah untuk membuang batu karang..
Bibir terkelu,lidah tak mampu berbicara ,hanya airmata mula menitis..Bonda doa & harapan anaknda disini semoga bonda dapat sentiasa menghadapi segala ujian dan dugaan ini dengan tabah..Biarpun anaknda jauh tapi doa anaknda sentiasa mengiringi bonda ..
Tak tertanggung disaat mendapat perkhabaran bonda ,tapi anaknda tetap akan teruskan harapan ayahnda &bonda untuk melihat semua anak-anak bonda berjaya.Masih terngiang-ngiang lagi pesanan bonda " keluarga kita bukan kaya ,jika bonda & ayahnda tiada sekalipun hanya ilmu yang dapat diwariskan ,belajarlah bersungguh-sungguh"..Kata-kata keramat bonda ini takkan anaknda lupa.
Anaknda teringin melihat senyuman bonda yang sama ketika hari anaknda menerima Syahadah Tahfiz dahulu.Ketika itu anaknda berazam akan buat bonda tersenyum seperti itu kembali satu hari nanti .Anaknda sedar tanggungjawab anaknda sebagai seorang abang terlalu berat tapi anaknda akan pastikan adik-adik semua akan berjaya dan tidak menghampakan bonda...
Bonda hati anaknda kini terlalu rindu waktu kita bersama menghabisi baki perjalanan hidup.Anaknda rasa anaknda lah orang yang paling beruntung dapat seorang ibu yang tak pernah jemu memberi nasihat dan semangat biarpun anaknda adakalanya hampir jatuh terduduk.Bonda sesungguhnya disaat tangan ini rancak mengatur huruf,menyusun perkataan,membina ayat ,airmata anaknda juga tak mampu untuk bertakung lagi ..Lagi ditahan semakin banyak mengalirnya .Entahlah kenapa tapi yang pasti airmata ini ditangisi kerana rindukan semuanya tentang bonda ..
Selagi mana anaknda mampu bernafas,berdiri semua adik-adik akan anaknda pastikan mereka berjaya. Adeq Alyyn,Adeq Emy,Adeq Ct,Adeq Iqbal,Adeq Mukhlis,Adeq Mursyid,Adeq Aina... Mana mungkin anaknda akan biarkan adik-adik semua begitu sahaja..

Musafir harapkan agar sahabat semua dapat mendoakan bonda musafir dikurniakan kesihatan oleh Allah mempermudahkan segala-galanya ..Mengikut apa yang telah dijadualkan bonda musafir akan dibedah pada 28 Februari 2008

Jaulatussyitaa 2

Semai 08

Alhamdulilah pada 16 -18 Febuari 2008 ,musafir bersama sahabat-sahabat menyertai Kembara Sinai dibawah anjuran KPIPM dan BKPPPM .Peserta yang menyertai semuanya hampir 50 orang termasuk daripada Pulau Pinang,Perak & Syuobra..Berkumpulam di perkarangan KPIPM jam 3.00 pagi sekitar jam 3.30 kami semua bergerak ..Walaupun waktu itu adalah yang boleh dikatakan awal namun tiada seabrang masalah daripada semua peserta.Selepas berhenti sebentar di salah sebuah masjid untuk solat subuh kami mula meneruskan perjalanan kami.Untuk melalui Semenanjung Sinai Selatan kami menyusuri Terowong As-Syahid Ahmad Hamdi yang dikatakan menurut Musyrif kami ( Ustaz Khalil bin Yahya) nama itu di ambil sempena kematian seorang Jeneral yang bernama Ahmad Hamdi.
Destinasi pertama kami di Panorama Barlif ,tempat ini adalah kubu bekas tinggalan ,saki-baki tentera Israel yang dapat ditewaskan oleh askar Mesir .Mengikut cerita kubu ini tak dapat dikesan selama 6 tahun sehinggalah seorang daripada Syeikhul Azhar bermimpi perihal dimana letaknya kubu ini.Yang uniknya kubu ini diliputi pasir kerana itulah sukar untuk dikesan maka tentera Mesir menyerang kubu ini dengan menggunakan 3 cara.Pertama :Tentera Mesir menyedut air daripada terusan Suez lalu disembur keatas kubu-kubu tersebut ,maka baru dapat dperlihatkan kubu yang diliputi pasir.Kedua :serangan daripada Udara,Ketiga serangan daripada darat..Akhirnya kubu itu dapat ditawan dan sekarang dijadikan tempat peninggalan sejarah .
Destinasi berikutnya kami bergerak ke 12 mata air Nabi Musa yang telahpun diceritakan dalam Al-Quran.Kenapa ada 12 mata air kerana ketika yang bersama Nabi Musa ada 12 puak..Kami tak berada lama disini lebih kurang dalam 15 minit sahaja,kemudian kami bertolak ke Hamam Firaun .Di Hamam Firaun musafir terkedu seketika melihat kejernihan air laut yang terbentang luas kebiruan .Dalam Hamam Firaun ini suhunya amat panas sekali sehingga basah baju ketika duduk di dalamnya.Satu lagi keajaiban Allah S.W.T yang mana hari ini kita pernag lihat Sauna buatan manusia tapi ini semulajadi ciptaan Allah ..Sekitarnya terlalu sejuk tapi didalamnya begitu panas sekali .Badan yang sengal-sengal duduk dalam bas rasa segar kembali..
Seterusnya kami menziarahi Maqam Nabi Allah Saleh a.s .Disini pun kami tidak lama lebih kurang dalam 25 minit sahaja.Maqamnya berada di atas bukit .Perjalanan kami diteruskan pula menziarahi Maqam Nabi Allah Harun dan kesan pantulan cahaya Lembu Samiri ..Kedua-duanya berada di tanah tinggi jadi makan masa juga untuk pergi ,namun musafir bersama sahabat-sahabat sampai juga.Lokasi seterusnya adalah Wadi Arbain ( tempat berkumpulnya 40 orang Anbiya' dan ada pendapat yang mengatakan berkumpul 40 Wali Allah) tapi sebelum ke sana kami berhenti di masjid be rdekatan untuk Solat Jama' & Qasar dan makan tengahari.Setelah selesai kami meneruskan lagi perjalanan kami ke tempat yang musafir sebutkan tadi .
Perjalanan yang mengambil masa dalam sejam itu ,betul-betul menguji ketahanan fizikal & mental setiap peserta untuk meredah bukit-bukit batu sebelum samapi ke tempat yang bersejarah itu . Disitu terdapat batu yang dicucuk besi sebagai tanda ketika Israel cuba menawan Tanah Mesir ini tapi dengan Izin Allah S.W.T impian mereka tak kesampaian.
Musafir bersama peserta lain turun dari bukit hampir masuk waktu Maghrib.Kami semua solat Maghrib dan Isya' disitu dan bertolak ke tempat penginapan kami malam itu untuk makan dan penginapan ( Camp Fox ).Disini kami teruji lagi dengan angin yang sejuk ,tiada pemanas untuk membersihkan diri dan tentu menggigil tambahan pula dikawasan pergunungan..
Tepat jam 1.30 pagi bermulalah Kembara Sinai kami ,angin pagi tu betul-betul teruji.Rasanya 5 lapis pun dapat menembusi tubuh .Namun demi merasai sendiri bagaimana Nabi Allah Musa mendaki Jabal Musa untuk bertafakur selama 40 hari seorang diri tetap diteruskan juga.Ada juga peserta yang tak mampu ,mereka menggunakan perkhidmatan dengan bayaran 50 L.E .Alhamdulilah dala kesejukkan angin yang dingin,semua peserta teruskan pendakian hingga ke puncak .Kami semua tiba diatas puncak Jabal Musa sebelum Subuh.Semua dapat Solat Subuh diatas ,yang mana terbatal wudu' tu memang menggigil lah.
Di puncak Jabal Musa kami dapat melihat tempat bertafakur Nabi Allah Musa .Tempat yang hanya untuk 2 orang itulah Nabi Musa bersendirian selam 4o hari,panorama fajar yang terbit juga terlalu indah ,tak terunkap dengan kata-kata.Tak terjangkau dek akal yang sejengkal ini bagaimana seorang nabi tanpa bersama sesiapa mendaki bukit ini,tatkala diperintahkan oleh Allah S.W.T......



~ Bisikan Hamba~

:.Sirna .:
Ilham Minda:Musafir
Seruan azan memecah kesunyian pagi,
Hembusan dingin meyapa tubuh diri,
Terasa sepi dikala ini,
Semua hamba bertafakur ke hadrat ilahi,
Diatas hamparan sejadah menjadi saksi,
Meminta dan berdoa pada ilahi,
Mengharungi perjalanan di muka bumi suci ini,
Bumi yang tercipta sejarahnya tersendiri,
Permulaan kisah seorang nabi,
Perjalanan hidup seorang pemerintah yang dimurkai,
Termaktub dalam kitab suci,
Dalam diam otak ini memikiri,
Bagaimana ketabahan seorang nabi ,
Berhadapan dengan orang yang dikeji,
Tak siapa dapat membaca ketentuan ilahi,
Pentarbiahan seorang Nabi,
Dan juga pengajaran untuk yang dilaknati,
Sesungguhnya hati ini,
Terlalu bersyukur dengan percaturan ini,
Mengizinkan diri hambaMU ini,
Menuntut ilmu di Ardhul Qudsi,
Kerana di sini hambaMu mengerti,
Dan menerima segala ketentuan ilahi,
Kerana di sini hambaMu memahami ,
Betapa kerdilnya diri,
Kerana di sini hambaMU diuji,
Membina kesabaran dan kecekalan hati,
Syukran Ya Rabbi....