Sabar dan Redha


Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang beriman, bertaqwalah kepada Tuhanmu”.Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Dan sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas" [Az-Zumar: 10]

Sesungguhnya, iman yang teguh terhadap Allah menjadikan kita istimewa dan memiliki martabat yang mulia. Teguh dalam keyakinan bahawa setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah mampu melahirkan sifat sabar dan redha dalam jiwa seseorang
mukmin. Kewajipan dalam kehidupan di dunia ini ialah berusaha pada jalan kebaikan, di samping meyakini diri sentiasa memerlukan petunjuk dan panduan dari Allah s.w.t. dan seterusnya bertawakal dengan menyerahkan segala urusan kepada Allah supaya diganjari dengan keredhaaNya.
Seorang mukmin yang sabar sekiranya dikurniakan kebaikan dan kegembiraan, lidahnya tidak berhenti mengucapkan kesyukuran dan apabila apabila ditimpa kesusahan dia bersabar dan menerimanya dengan jiwa yang tenang. Jiwa yang tenang melahirkan sifat redha yang mendorong seseorang menerima segala ketentuan Allah sesuai menurut qada’ dan qadarNya.
Hidup tidak selalunya indah, langit tidak selalu cerah. Dalam menjalani kehidupan di dunia yang fana ini kita tidak terlepas daripada ujian dan dugaan untuk menguji tahap keimanan dalam diri kita. Jika kita imbas sirah junjungan Rasulullah saw,
kekasih Allah ini diuji dengan pelbagai ujian yang berat dalam menyebarkan dakwahnya. Namun, berkat kesabaran baginda dan pertolongan dari Allah, nur Islam telah tersebar ke suluruh pelusuk dunia. Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain. Nabi
Allah Ayyub diuji dengan penyakit yang dihidapinya, namun berkat kesabaran dan keteguhan imannya, Allah telah mengabulkannya.

“Bila kamu hendak meminta, mintalah kepada Allah. Bila kamu hendak meminta tolong, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sekiranya seluruh manusia berkumpul untuk mendatangkan suatu manfaat kepadaMu, nescaya mereka tidak melakukannya, kecuali jika Allah telah menetapkan untukmu; dan sekiranya mereka berkumpul untuk dapat mendatangkan sesuatu mudharat kepadaMu, nescaya mereka tidak dapat
melakukannya. Kecuali jika Allah telah menetapkan untukmu, pena telah diangkat dan lembaran telah mengiring.”
[Al-Hadith]

Allah s.w.t Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Oleh itu, mohonlah kepada Allah dan yakinilah bahawa apa yang ditakdirkanNya adalah yang terbaik untuk kita. Jika mungkin hari ini kita ditimpa kegagalan atau kesukaran, redhalah dengan ketentuanNya kerana pasti terdapat hikmah yang tersembunyi. Iringkanlah kesabaran dan keredhaan dengan doa dan tawakkal kepadaNya kerana Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya dan sesungguhnya hanya Dialah yang Maha berkuasa atas segala sesuatu.

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar; (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘innalillahi wa inna ilaihi raaji’uun’. Sesungguhnya mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”
[Al-Baqarah: [155-157]

Lihatlah betapa istimewanya ganjaran petunjuk yang dijanjikan Allah bagi orang orang
yang bersabar. Justeru, bersabarlah sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datangnya pertolongan dari Allah, orang yang tahu akan sebaik-baik tempat kembali, orang yang mengharapkan ganjaran pahala dan orang yang mengharapkan terhapusnya dosa. Bersabarlah sekalipun kita menghadapi pelbagai dugaan hidup yang menghalangi jalan yang sedang kita lalui dan redhalah dengan ketentuanNya. Sesungguhnya ketahuilah bahawa pertolongan akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang setelah kesusahan, dan kemudahan akan datang setelah kesulitan.

Perpustakaan Sebagai Cerminan Tradisi


Besarnya peranan, pengaruh ilmu dan hasil penulisan dan besarnya minat dan penghargaan masyarakat terhadapnya tercermin melalui kewujudan perpustakaan yang banyak didirikan masa itu. Buku ternyata mendapat tempat dan nilai yang tinggi sebagaimana dirakamkan oleh pujangga Arab yang masyhur, Al-Mutanabbi:
Tempat duduk yang paling mulia
di dunia inilah adalah pelana kuda
Dan teman yang paling baik
Sepanjang zaman adalah buku

Banyak perpustakaan telah didirikan. Orang yang pertama yang mendirikan perpustakaan di kalangan ummat Islam ialah Khalid bin Yazid (125-126H/743-744 masihi). Khalifah ini telah menyediakan sebuah bilik khas untuk menyimpan bahan-bahan ilmu pengetahuan diistananya. Beliau telah mencurahkan perhatian terhadap buku-buku lama khususnya buku-buku ilmu kimia, kedoktoran dan ilmu kedoktoran. Beliau jugalah yang menyuruh mendatangkan ahli-ahli falsafah Yunani yang berada di Mesir untuk menterjemahkan kitab-kitab ilmu dari bahasa Yunani dan Qibti ke bahasa Arab. Konten yang disembunyikan
Usaha khalifah ini diteruskan sehinggalah zaman khalifah Abu Jaafar Al-Mansur (136-158 H/755-758 masihi) yang terus menggalakkan usaha terjemahan buku asing.Penghargaan terhadap perpustakaan ini bukan sahaja terdapat dikalangan khalifah, para ulamak dan orang-orang bijak pandai sahaja,malah meluas kepada orang-orang awam. Perpustakaan telah menjadi perhiasan rumah dan merupakan suatu kemestian kerana tuan rumahnya menjadi orang yang dihormati dan dimuliakan.Prof. Ahmad Shalaby telah menjelaskan bahawa terdapat 3 jenis Perpustakaan dalam masyarakat Islam ketika itu.

i. Perpustakaan Umum
ii. Perpustakaan separuh-umum
iii. Perpustakaan khusus

PERPUSTAKAAN UMUM

Perpustakaan jenis ini didirikan di masjid-masjid untuk bacaan atau rujukan pengunjungnya atau orang-orang yang belajar di sana. Setelah sekolah-sekolah atau madrasah ditubuhkan, dibina pula perpustakaan untuknya. Perpustakaan umum ini amat banyak jumlahnya dan terdapat di hampir semua masjid dan madrasah. Di antaranya ialah BaitulHikmah, Perpustakaan al-Haidariyah di An-Najaf, perpustakaan Ibnu
Sawwar di Basrah, perpustakaan Sabur, perpustakaan kitab-kitab Wakaf di masjid AZ-Zaidi, Darul Hikmah di Kaherah dan perpustakaan-perpustakaan sekolah.

Baitul Hikmah

Batul Hikmah atau dikenali juga sebagai Khazanatul Hikmah dan Darul Hikmah, adalah gedung ilmu pengetahuan yang telah ditubuhkan oleh Harun al-Rasyid dalam zaman Bani Abbasiah (170-193H/786-809).Kegiatan intelektual yang terdapat dalam zaman khalifah
sebelumnya, terus memuncak dalam zaman khalifah Harun al-Rasyid.Untuk mengekalkan prestasi dan meningkatkan lagi perkembangan intelektual baginda telah menubuhkan Baitul Hikmah ini, yang seterusnya mencapai puncak keagungannya dalam zaman khalifah al-Maamun bin Harun al-Rasyaid (198-218H/813-833 masihi).
Baitul Hikmah ini menjadi tempat golongan intektual golongan intelek Islam menimba ilmu. Ia merupakan perpustakaan yang pertama sekali di dunia Islam yang didirikan untuk kegunaan umum yang mempunyai kedudukan yang tinggi. Malah Baitul Hikmah dianggap tempat berkumpulnya para ulamak dan penyelidik dan pelajar Islam. Ia
merupakan pusat ilmu pengetahuan yang tersebar kepada penuntut ilmu terutama dalam bidang ilmu kedoktoran, falsafah, hikmah dan lain-lain.
Yang menarik perpustakaan ini sudah pun mempunyai sistem pentadbiran yang cekap. Buku-bukunya dibahagikan mengikut koleksi bahasanya; seperti Koleksi bahasa Arab, Parsi, Yunani, Suryani, Latin,Hindi, Qibti dan sebagainya. Kemudian dalam golongan bahasa itu dibahagikan pula kepada bidang-bidang ilmu seperti ilmu falsafah,
perubatan, matematik, ilmu pertanian, kaji hayat, kimia, akhlak, mantiq,falak, astronomi dan lain-lain.Baitul Hikmah ini juga menjadi pusat penterjemahan. Faktor agama dan bangsa tidak mengikat pergerakannya. Misalnya Yuhanna bin Musaiwaih, ketua Baitul Hikmah yang dilantik oleh khalifah, adalah seorang kristian dan berbangsa Suryani. Seorang lagi penterjemah,Abu Sahl al Fadl, pula adalah seorang berbangsa Parsi. Tugas pegawai perpustakaan ketika itu disamping menterjemah, bertanggungjawab
juga mengurus penyusuuan katalog buku-buku yang telah dijilid,
penggunaannya, pinjaman dan pemulangannya.

PERPUSTAKAAN SEPARUH UMUM

Perpustakaan ini didirikan oleh khalifah-khalifah dan raja untuk mendekatkan diri kepada ilmu pengetahuan atau untuk memperlihatkan bahawa mereka adalah ahli ilmu pengetahuan. Hanya golongan tertentu sahaja yang boleh mengunjunginya dan mereka perlu mendapat keizinan yang khusus terlebih dahulu. Nicholson pernah menulis bahawa Ibnu Sina hanya boleh memasuki perpustakaan Samaniyin sesudah mendapat keizinan. Perpustakaan-perpustakaan separuh umum yang lain ialah perpustakaan An-Nasir Li-Dinillah, Al-Musta’sim Billah dan perpustakaan-perpustakaan khalifah-khalifah Fatimiyin.

PERPUSTAKAAN PERIBADI

Perpustakaan jenis ini didirikan oleh para ulamak dan sasterawan khusus untuk keperluan rujukan sendiri. Jumlahnya amat banyak diantaranya ialah perpustakaan-perpustakaan Al-Fat-hu Ibnu Khaqan,Hunain Ibnu Ashaq, Ibnul Khasysyab, Al-Muwaffaq Ibnul Matran,Jamaluddin al-Qifti, Al-Mubasysyir, Ibnu Fatik, Fraim az-zaffan dan
Imanuddin Al-Isfahani.Semua perpustakaan Islam yang ternama diuruskan dengan
sistematis oleh petugas-petugas khas yang digaji oleh pemiliknya ataupun dari hasil wang atau harta wakaf. Selain ketua/pemimpinperpustakaan terdapat juga para penterjemah, para penjilid buku dan para pembantu lain (para munawil)yang bertugas sebagai penunjuk dan penghantar buku kepada para pengunjung.
Perpustakaan yang menjadi pusat dan lambang ilmu dan bukti tradisi ilmu dan penulisan Islam yang menjadi kebanggaan ummat Islam hampir semuanya telah musnah. Khazanah Islam yang tidak ternilai ini dimusnahkan sendiri oleh ummat Islam sendiri kerana kelalaian dan perang serta fahaman ideologi yang sempit.Baitul Hikmah, misalnya tidak mendapat perhatian yang sewajamya dari khalifah-khalifah sesudah khalifah Al-Ma’amun.Kemusnahan peperangan dan rusuhan dalam negeri telah memalapkan
cahayanya sehinggalah ia dimusnahkan terus oleh orang-orang Tartar yang menyerang kota Baghdad pada 1258.Khalifah Bani Abbas yang memerintah ketika itu, al-Mus’tasim telah dibunuh oleh Hulako dan kota Baghdad pun runtuh bersama-sama dengan
Baitul Hikmah.
Selain itu, perpustakaan-perpustakaan yang didirikan oleh khalifah-khalifah Fatimiyin di Kaherah, yang dianggarkan mengandungi hampir 2 juta buah buku telah dimusnahkan oleh orang-orang Turki dalam zaman al-Mustansir, dengan membakar, membuangkannya di padang pasir dan sungai Nil kemudian menimbuskannya dengan pasir. Sisa-sisa buku ini telah cuba diselamatkan oleh Badr al-Jamali, tetapi Sultan
Salahuddin Al-Ayubi dari kerajaan Ayubiyah yang menggantikan kerajaan Fatimiyah telah memusnahkannya kerana khuatir isi kandungannya tidak sealiran dengan mazhab ahli sunnah

Sebuah Komentar


Niat dihati untuk rehat seketika ,kerana ingin memberikan perhatian kepada peperiksaan yang masih bersisa lagi 5 subjek.Tetapi memandangkan agak lesu laman ini,tergerak pula hati Hamba untuk berbicara sedikit.
Tajuk posting Hamba " Sebuah Komentar " bukan hanya sekadar tajuk namun ada kisah disebalik kisah.Seorang teman berbicara bersama dan dia telah menyuarakan sebuah komentar yang agak ringkas tetapi isinya dapat membina pada pandangan Hamba.Ini komentarnya yang berbunyi " Blog enta tu,guna bahasa agak tinggi sangat ,itu yang ramai tidak faham tentang apa isi yang ingin disampaikan.Hamba sambil tersenyum dan cuba berfikir sejenak tentang komentar darinya .
Apakah dianggap satu kesalahan jika pertuturan Hamba disini yang terpelihara bahasa dan penyampaiannya,atau sebuah penulisan blog memamg seharusnya menggunakan bahasa pasar ataupun menggunakan perkataan singakatan seperti dalam SMS.Hamba telah cuba menjejaki beberapa blog sahabat seperjuagan blogger yang lain.Rata-rata mereka lebih selesa menggunakan bahasa seperti didalam perbualan harian.
BLOG adalah merupakan milik peribadi dan pemiliknya boleh melakukan apa sahaja yang diinginkan selagimana perbuatannya tidak sampai melampaui batas.Walaupun begitu,Hamba ucapkan terima kasuh kerana sahabat Hamba berani melontarkan komentar.Usah takut untuk bersuara bahkan itu adalah jalan yang terbaik daripada terus dipendamkan dan menjaja ke serata tempat.
Insya ALLAH selagimana Hamba mampu untuk memperjuangkan bahasa Hamba ,Hamba akan terus memperjuangkannya sehingga titisan darah yang terakir.

Kekuatan Sebenar Kita ..

Penilaian manusia kini mentakrifkan kekuatan dengan pelabagai tafsiran yang berbeza sebahagian daripada mereka beranggapan dengan mempunyai kecanggihan teknologi senjata perang adalah kekuatan ,dan ada juga yang mengatakan dengan tubuh badan yang sihat adalah kekuatan yang sebenar dan pelbagai bagi pandangan mereka terhadap nilaian sebuah kekuatan.

Telah dinyatakan oleh Allah S.W.T didalam Surah Al-Anfal :




60. Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh Yang menceroboh) Segala jenis kekuatan Yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia, untuk menggerunkan Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

Penafsiran Ibnu Abbas dalam ayat ini mengenai kekuatan adalah senjata dan kekerasan [ ketegasan ] namun begitu dalam pendapat yang lain telah mengatakan intipati dalam ayat ini adalah peringatan daripada Allah S.W.T untuk mempersiapkan diri menentang musuh dan kekuatan umat Islam yang dimaksudkan itu adalah ketaqwaan pada ALLAH .Apabila ketakutan pada ALLAH ini sepenuhnya sudah pasti akan menghindarkan segala ketakutan pada selain ALLAH dalam erti kata yang lebih mudah tidak akan gentar menghadapi siapa sahaja yang cuba menjatuhkan Islam.

Inilah kekuatan kita yang sebenarnya,jika kekuatan kita terletak kepada material satu ketika nanti tetap akan hancur musnah namun jika ketaqwaan pada ALLAh sudah akan terus berkekalan selamanya.Tatkala ketaqwaan marajai jiwa seorang hamba sudah pasti semangat dan keberanian akan terus membara tanpa memikirkan siapa sahaja lawan mereka .

Syahid Yang Hidup


Gelaran "Syahid yang hidup" bagi Thalhah bin Ubaidillah At-Tamimi bermula di hari terjadinya perang Uhud. Disaat kaum muslimin telah berada jauh dari Rasulullah SAW, baginda hanya ditemani 11 orang laki-laki dari kalangan Ansar bersama Thalhah bin Ubaidillah dari kalangan Muhajirin. Dalam situasi yang sangat genting, Rasulullah SAW bersama sahabat2nya beruseha mendaki bukit, tiba2 sekelompok pasukan musyrikin berhasil menyusulnya segaligus ingin membunuh baginda.

Saat itu Baginda bersabda:" Siapa yang ingin menghadang pasukan itu akan menjadi pendampingku disyurga?"

Thalhah langsung menyahut " Aku wahai Rasulullah". Namun Baginda menolaknaya dgn berkata :" tetaplah enkau pada posisimu"
Lalu seorang laki-laki dari kalangan Ansar berkata "Aku wahai Rasulullah"
Baginda menjawab:" Benar! kamulah yang akan menghadapi mereka". Laki-laki itupun bertempur menghadapi musuh hingga akhirnya dia terbunuh.

Peristiwa itu terjadi berulang2 kali,sehingga semua pengawal yang menyertai baginda gugur syahid kecuali Thalhah.

dan ketika itu pasukan musyrikin Quraisy berhasil menyusul Nabi SAW, lalu Baginda bersabda:" sekarang hadapilah mereka wahai Thalhah"

Disaat Baginda diserang dan menghadapi luka2, Thalhah dengan tegar tampil menghadang setiap musuh yang cuba mendekati baginda.

Abu Bakar berkata: waktu itu aku dan Abu Ubaidah b. Jarrah berada dalam posisi yang lebih jauh dari baginda, dan ketika kami berhasil mendekati baginda utk menolongnya, baginda bersabda:" Tinggalkan diriku dan tolonglah sahabatmu(Thalhah)". dan ternyata sekujur tubuh berlumuran darah serta tujuh puluhan luka2 terjatuh di sebuah lobang tak sedarkan diri.

Mengenang kembali peristiwa itu, Rasulullah SAW sering mengatakan:" Barang siapa yang ingin melihat syahid yang masih berjalan dipermukaan bumi, maka lihatlah Thalhah bin Ubaidillah".


Abu Bakar as-Siddiq jika terkenang peristiwa Uhud, beliau berkata:

" Hari itu semuanya milik Thalhah"



MasyaAllah, Subhanallah, begitu besar pengorbanan seorang sahabat yang akhirnya gugur syahid dijalan Allah...
marilah kita renung bersama, apa yang telah kita lakukan untuk Islam??

Bukan Kita Sahaja Yang Teruji


Manifestasi ujian bukan hanya terzahir ketika mana berada didalam lapangan pengajian bahkan ianya merangkumi segala jenis lapisan masyarakat dari pelbagai latar belakang dan kedudukan tempat .Oleh kerana yang sedemikian ,kita tidak perlu gusar dan resah dalam menempuhi peperiksaan yang hanya sedikit ini.Hamba rasa kalian semua telah pun mengetahui akan perihal apa yang telah berlaku sekarang ,dalam kesibukkan kita mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan dalam menempuhi ujian rupanya masih ada lagi yang juga sama menempuh ujian bahkan ujian mereka lebih besar sehinggakan mengancam diri dan nyawa sendiri.
Keberanian dan semangat mereka yang ingin berjuang untuk membantu umat Islam bukanlah satu perkara yang kita boleh pandang enteng kerana inilah salah satu bukti kebersamaan umat Islam tidak kira dari mana datangnya mereka ,siapa keluarga mereka,dimana mereka berada tetapi apabila dikatakan umat Islam maka sudah semestinya kita semua bersaudara .
Dalam keperitan kita mempersiapkan diri untuk menghadapai peperiksaan ,sudah tentu keperitan mereka untuk berdepan dengan tentera Israel lebih tinggi berbanding kita disini.Apa yang pasti ,biarpun kita tidak mampu bersama mereka iringilah perjuangan mereka dengan doa dalam solat kita agar mereka dapat melaksanakan dengan jayanya apa yang telah mereka rancangkan.
Semoga keberanian mereka menjadi motivasi suntikkan semangat kepada kita agar dapat terus bersemangat mengulangkaji pelajaran biarpun adakalanya disapa beberapa halangan yang kadangkala datang menyinggah diri.