Special Post

KEPASTIAN
By: Inteam

Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

Selamat Datang Pegawai HEP Perak


Majlis Ramah Mesra bersama dengan Deligasi Negeri Perak telah diadakan di Wisma Darul Ridzuan [A] selepas Solat Isya'.Rombongan deligasi tersebut diketuai oleh S.F Tuan Haji Yusop bin Haji Husin
[Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak ]berserta wakil daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan wakil Yayasan Perak.
Penubuhan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak semenjak tahun 1964 sehingga kini telah ditadbir selia oleh kepimpinan mahasiswa yang silih berganti tahun demi tahun.Segala permasalahan samada dari segi pendidikan,kebajikan dan selainnya akan diuruskan oleh anak Perak sendiri.
Namun kini 1 tranformasi baru telah diaturkan oleh pihak Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan bagi memastikan anak Perak dibumi anbiya' ini terjaga dalam segala sudut .Hamba mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas keprihatinan kalian terhadap kami disini.Tranformasi ini adalah gabungan pentadbiran diantara Ahli Jawatankuasa Tadbir bersama Pegawai HEP Perak ini akan menguatkan lagi sistem pengurusan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir lebih2 lagi kebajikan anak Perak disini.
Kepada Encik Abdul Muhaimin bin Abdul Majid ,harapan anak-anak Perak agar dapat menjalankan tugas dan cemerlang dan melunaskan tanggungjawab dengan gemilang sekaligus dapat membantu anak-anak dalam menaik tarafkan kecemerlangan akademik Azhari dibumi anbiya' ini.

Istilah Yang Sebenarnya...



Ada seorang sahabat dari Malaysia bertanya ?Teruk ke keadaan kalian di Mesir sehinggakan rata-rata golongan BLOGGER MESIR mengulas dan mengkritik isu yang sama ?
Menurut beliau hampir setiap hari ada sahaja perkara baru yang akan dibongkar dan diselongkar? Benarkah apa yang kalian hadapi sekarang ? Itulah diantara persoalan yang diajukan kepada Hamba dari seorang rakan.Hamba pula telah bersedia dengan pelbagai penjelasan tiba-tiba ilham muncul dibenak fikiran akan satu nama yang rupanya ada makna yang boleh dikaitkan dengan keadaan sekarang.
Idea ini terbit ketika sahabat tersebut bertanya siapa JPMK ? Jawapan Hamba seperti biasa " Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah " .Tidak berpuas hati dengan jawapan itu beliau bertanya lagi Apa yang mereka telah lakukan pada kalian ? Mereka ingat kami kayu ..Lantas istilah JPMK digabungkan " Jangan Pandang Mahasiswa Kayu " singkatannya JPMK .Hamba tergelak sendirian ,mungkin ilham ini datang daripada seorang mahasiswa yang ditindas dan terus mencuba memperjuangkan nasib maruah mahasiswa.
Bila Hamba menceritakan kronologi beberapa peristiwa pada sahabat tersebut,terpacul dari bibirnya " Kenapa kalian yang menjadi harapan masyarakat Malaysia dilayan dengan sebegitu buruk sekali ,sedangkan kami yang menuntut disini sebaliknya ..Jika dibandingkan dengan kami kalian yang sepatutnya mendapat layanan yang lebih sempurna kerana kalian belajar bidang yang tidak semua orang berpeluang untuk ke sana apatah lagi kalian semua sudah seperti menjadi duta-duta kecil Malaysia di negara orang ".
Hamba diam seketika tanpa sepatah bicara ,kemudian sahabat Hamba terus sebak sambil mendoakan Hamba dan rakan seperjuangan disini akan terus bersabar menempuhi mehnah dan tribulasi dan merealisasikan impian keluarga.Pesan beliau pada Hamba " Jika saya yang berada ditempat kalian belum tentu lagi hati saya setabah kalian,bersabarlah dan terus bersabar Allah pasti bersama kalian selagimana kalian yakin Allah tidak pernah mempersia-siakan orang yang memperjuangkan agamaNYA.

Menteri Perancis dibidas tokoh Islam







HEBBADJ (kiri) dan Anne (bukan nama sebenar) menemui media di Nantes, baru-baru ini.

Arah batal status warga negara kerana poligami

NANTES: Profesor Kajian Islam di Universiti Oxford, Tariq Ramadan, menyifatkan langkah Menteri Dalam Negeri Perancis, Brice Hortefeux 'mencabul nilai negara sendiri' kerana menghukum suami seorang wanita yang ditahan memakai niqab dengan menggesa kewarganegaraan lelaki itu ditarik balik atas sebab berpoligami.
“Undang-undang di sini mengatakan berpoligami adalah haram. Tetapi, sejak bila pula seorang menteri boleh merujuknya sebagai sebab menarik balik kewarganegaraan,” tanya Ramadan dalam satu perhimpunan dihadiri 1,000 orang di masjid Arrhama di sini, semalam.
Hortefeux sudah mengutus surat kepada Menteri Imigresen, Eric Besson memintanya mengkaji dakwaan bahawa Lies Hebbadj, suami wanita dikenali sebagai Anne (bukan nama sebenar), mungkin anggota kumpulan radikal dan mengamalkan poligami kerana memiliki empat isteri dan 12 anak serta bersalah atas penipuan faedah kebajikan.
Menteri itu berkata, kewarganegaraan Hebbadj mungkin ditarik balik jika dakwaan berkenaan benar.

Besson, bagaimanapun, berkata bahawa prosedur menarik balik status warga negara Hebbadj tidak akan berjaya kecuali dia sudah didapati bersalah terbabit dalam kegiatan jenayah.

Beliau juga berkata, tentu sukar untuk membuktikan jika seseorang itu mengamalkan poligami.
Di sebalik ketegangan atas perkara itu, Ramadan yang berasal dari Switzerland, memuji masyarakat Islam di Nantes kerana tidak bertindak balas atas provokasi berhubung isu berkenaan.

Sementara itu, pemimpin berhaluan kanan Perancis, Jean-Marie Le Pen menyifatkan sebagai satu skandal semua isteri Hebbadj menerima faedah kerajaan selain menganggap tindakan menarik balik kewarganegaraan lelaki itu sebagai perkara biasa.

Tetapi, mengenai tindakan mengharamkan purdah, Le Pen berkata, ‘isu itu menutup jenayah besar sedangkan langkah itu tidak perlu.’

Presiden Nicolas Sarkozy meneruskan langkah mengharamkan wanita memakai purdah di tempat awam minggu lalu meskipun pakar undang-undang memberi amaran ia melanggar Perlembagaan.

Bagaimanapun, langkah Sarkozy dianggap tidak kena dengan masanya ketika populariti beliau menjunam dan partinya kalah besar dalam pilihan raya wilayah, Mac lalu.

Pesaing politik beliau daripada Parti Sosialis pula menganggap penahanan Anne diikuti isu mengenai suaminya sebagai satu ‘perangkap.’

“Kerajaan melayan penduduk seolah-olah mereka bodoh dan menjadikan warga Muslim sebagai mangsa,” kata ahli perundangan Sosialis, Jean-Marie Le Guen, di televisyen Itele, kelmarin.

Seorang lagi anggota kanan parti itu, Jean-Marc Ayrault, bertanya mengapa kerajaan memainkan isu berkenaan sekarang.

“Agensi kerajaan, kehakiman dan perkhidmatan sosial sudah tahu mengenai kehidupan lelaki itu sejak beberapa tahun lalu,” katanya kepada radio France-Info. – Agensi

Kalam Mestika


Dedikasi
Suara Mahasiswa



Untuk apa kami dihina
diperlakukan sedemikian rupa
hak kami dipersia-sia
maruah kami diperguna
seperti kami insan hina..

Kerana kami mahasiswa
perantau asing diluar negara
terpisah keluarga antara benua
mencari ilmu pasak matlamatnya..

Dalam derita semangat membara
memperjuangkan HAK sekian lama
tercari dimanakah silapnya
mencipta cereka tiada ironinya..

Jangan gentar mahasiswa
teruskan bersuara dan bersuara
kerana kita mahasiswa
segalanya bisa akan terlaksana...


Zhonni Abdi
11.00 pagi
Madinah Nasr,Cairo

Untuk MSD Cairo-KBMK




Dalam sedar airmata Hamba mula membasahi pipi bila melihat tayangan video ini.Seakan-akan dapat merasakan betapa tekanan yang dihadapi oleh sahabat-sahabat Hamba diMansurah.Hakikat ini terus menjadi teka-teki yang masih samar untuk menemui jawapannya.Namun apa yang pasti semakin hari mahasiswa seringkali ditindas tanpa sekelumit rasa kekesalan.
Apakah dosanya kami sehinggakan kami diperlakukan sebegini seakan diri kami tiada maruah diperlakukan.Hamba berharap agar pihak tertentu memikirkan cara penyelesaian masalah ini kerana kalian adalah wakil Malaysia dalam memastikan kebajikan mahasiswa Malaysia disini.Zahirkanlah kebajikan yang sering dilaungkan dan diucapkan agar ianya bukan sekadar manisan yang sekadar alas dibibir namun sebaliknya merealisasikan .
Untuk apa terus menzalimi dan menganiaya mahasiswa yang tidak berdosa ini.Kalian amatilah betul-betul video ini,kesepakatan mahasiswa dalam mempertahankan hak mereka dinegara orang sayugianya jika pihak Malaysian Student Department Cairo [MSD]-Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah & Kedutaan Besar Malaysia Kaherah [ KBMK ]turut serta bersama-sama kami .Janganlah terus dibelenggu dengan rantai hasad dengki dan bongkak kerana ianya tidak sekali mendatangkan faedah pada kita semua.
Biarpun Hamba tidak berada disana namun kesedihan dan kegundahan mereka tempiasnya Hamba turut merasakan.
Wahai MSD CAIRO !! Jika benar kalian ingin menjaga kebajikan sekarang buktikan ...Tetapi jika sebaliknya maka Gelombang Suara Mahasiswa akan terus melebarkan dan menzahirkan kesungguhan dalam mempertahankan HAK & Maruah..