Adakah Ini Dinamakan Kebajikan ???

Sebak mula menjalar hati apabila hamba mendengar kisah yang telah diceritakan oleh salah seorang rakan yang menghuni di Asrama Rumah Melayu Abbasiah.Dalam sedih dia menceritakan pada Hamba tentang undang-undang baru yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan asrama tersebut antaranya : setiap barangan elektrik yang digunakan dalam bilik akan dikenakan bayaran sebanyak LE5 dan begitu juga pada setiap iklan perniagaan yang akan dipaparkan dikawasan tersebut juga akan dikenakan bayaran.Lalu salah seorang penghuni mengajukan soalan " Jika ada orang yang kurang berkemampuan ,bagaimana pula ?" Lalu pegawai tersebut meminta sesiapa yang masih kurang kemampuan angkat tangan .Tanpa sekelumit penyesalan kata-kata ini terhambur keluar dari mulutnya yang berbunyi " Bagi saya sesiapa yang datang ke Mesir mereka adalah cukup berkemampuan,kenapa tidak sambung pengajian di Malaysia sahaja kalau sudah tahu tidak mampu.Jadi sesiapa yang rasa kurang berkemampuan boleh balik ".Hamba tiba-tiba terfikir apakah ini yang dikatakan sebagai sebuah istilah yang dinamakan [KEBAJIKAN].
Apa yang diperkatakan sama sekali tidak pernah dikotakan .Dimanakah agaknya kedudukan pemikiran mereka sehingga sanggup berkata sedemikian.Hamba rasa sudah sampai masanya pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah memikirkan kembali rasionalnya kewujudan mereka di Bumi anbiya' ini.Jangan memandang rendah pada mahasiswa/wi yang belajar disini sehingga boleh berucap sedemikian.Hamba terkesima dan selalu memikirkan apakah pihak berkenaan tidak merasakan perbuatan mereka kini semakin menyemarakkan lagi kebencian mahasiswa/wi terhadap mereka.
Baru-baru ini juga berlaku peristiwa yang sama di Dewan Perwakilan Tanta sehinggakan tulis didalam status laman sosial Facebook oleh salah seorang pegawai pihak berkenaan.Adakah itu merupakan tindakan yang terbaik oleh salah seorang pegawai kerajaan.Hamba mohon benar agar cuba pegawai-pegawai yang dikasihi sekalian fikirkan jika tiada mahasiswa/mahasiswi di bumi anbiya' ini sudah pasti kalian juga tidak akan ada disini ataupun dalam erti kata lain bekerja disini.Carilah rezeki dan nafkah untuk keluarga dengan cara yang betul dan jangan sedikitpun ada unsur-unsur menzalimi sesiapa kelak kesannya pada keluarga kalian juga.
Kalian merupakan amanah daripada ibubapa mahasiswa/wi disini untuk menjaga segala mungkin yang diperlukan bukan menzalimi sebanyak mana yang mampu asalkan kehendak dan keinginan kalian tercapai. Allah SWT Maha Adil dan Maha Mengetahui setiap apa yang hambanya lakukan.Masih ada peluang untuk insaf!!

Apa Saja Yang Terlintas Menjalar Dalam Layar Putih Ini..


Banyak peristiwa yang berlaku semenjak kebelakangan ini..Samada menimpa diri sendiri ataupun orang lain yang pastinya kepelbagaian peristiwa yang berlaku ini sedikit sebanyak menerjah benak fikiran Hamba beberapa soalan yang tidak pasti apakah jawapan yang hakiki untuk persoalan ini.Sesetengah orang suka berpendapat setiap perkara yang berlaku sudah takdir ketentuan daripada ilahi namun apakah kita pernah terfikir jika manusia berterusan berfikiran begini mereka akan dibelenggu kemalasan yang bersangatan .
Tidak salah untuk berangggapan sedemikian,walaupun begitu harus diingatkan Allah SWT Maha Mengetahui setiap apa yang terjadi dan DIA tahu akan kemampuan hamba-hambaNYA .Oleh kerana itu setiap dugaan dan ujian yang silih berganti sayugianya difikirkan Kerana Apa aku Diuji Sebegini ? Kenapa Aku Harus Diuji ? Apakah Aku Mampu Untuk Terus Diuji ? Dimanakah Letaknya Sabar Dan Taatku Setiap Kali Aku Diuji ?Inilah yang sepatutnya kita fikirkan dan bukan hanya terus beranggapan semuanya takdir.
Realiti sekarang kita sendiri dapat melihat akan kebejatan paradigma umat manusia yang semakin hari mudah untuk dimanipulasi dengan pelbagai bentuk.Yang paling dikesali ,manusia hari ini seakan sudah hilang akal dan pertimbangan sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi merealisasikan impian dan cita-cita sendiri.Batasan syara' dan landasan Islam bukan lagi jadi rujukan ,jika sudah sampai ke tahap ini apa lagi yang kita boleh harapkan.
Apa saja isu semasa kini jika difikirkan kembali kenapa dan mengapa boleh berlaku rasanya semua orang akan tahu jawapannya.Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana mereka membelakangkan agama dan mengkiblatkan keseronokan menjamu hawa nafsu tanpa sekelumit kesal.Fikrkanlah generasi yang bakal dibantuk satu masa kelak jika fenomena initerus berlarutan tanpa sekatan ...

Gelaran


Ada apa dengan gelaran sehinggakan berapa ramai orang sanggup mengajarnya dalam masa yang sama menindas hak orang lain.Kebejatan pemikiran dan mentaliti masyarakat hari ini berada ditahap yang amat membimbangkan.Ini kerana kepentingan mengejar sebuah gelaran sehinggakan sanggup membelakang hukum dan syariat ALLAH SWT.Bagaimanakah kita mampu untuk membentuk sebuah generasi yang mampu mengembalikan kegemilangan ISLAM jika perihal seperti terus berlaku .
Demi mengejar GELARAN ibubapa rela melihat anak mereka mendedahkan tubuh badan diatas pentas tidak cukup dengan itu ,ada pula ibubapa berbangga sambil mengucapkan syukur diberikan nikmat itu pada keluarga mereka.Persoalannya adakah itu diakatakan sebagai nikmat ?ataupun sebaliknya ..
Wahai manusia yang berakal !! Sedarlah kita hari ini terus menjadi boneka kepada musuh ISLAM yang dari dahulu sehinggga kini tidak pernah jemu menyusun dam mengatur pelbagai perancangan untuk menjatuhkan pendokong ISLAM.
Tidak mustahil satu ketika nanti,generasi sudah tidak kenal apakah itu ISLAM ?ada apa dengan ISLAM dan ISLAM agama untuk siapa dan sebagainya .Oleh kerana itu sayugianya kita perlu memikirkan dari sekarang kewajaran kita untuk mempertahankan ISLAM itu sendiri.
Apakah kerana dengan GELARAN kita akan dijamin mendapat kenikmatan didalam syurga kelak dan segala dosa kita akan terampun .Fikirkanlah wahai manusia yang berakal..

Islam Itu Indah



Dalam kita mengejar arus kemodenan hari ini,kita dihidangkan setiap hari dengan pelbagai isu..Samada kita sedar ataupun tidak kebejatan pemikiran dan akhlaq pemuda masa kini terbelenggu dengan pelbagai sentimen barat dari segi penampilan dan pergaulan.Malahan kini kerenah muda-mudi sukar untuk dibendung lagi..Pada siapa sebenarnya fenomena ini berlaku?Salah siapa perihal seperti ini boleh terjadi ..Persoalan demi persoalan terus diutarakan namun ianya sepi tanpa sebarang jawapan.
Faktor yang paling mudah untuk kita fikirkan adalah pasak kehidupan kita berlandaskan atas dasar apa?Jika dasar kehiduapn kita ISLAM sudah pasti mustahil untuk berlakunya pelbagai masalah.Namun jika ISLAM itu dipandang enteng tanpa mengaplikasikannya dalam kehidupan maka satu persatu kemudahratan akan terzahir.
Ini kerana adalah peredaran generasi ke satu generasi yang lain ,semakin lama semakin pudar amalan kehidupan ISLAM samada dirumah mahupun diluar .Perkara ini bagi saya cukup dikesali dan haru diambil cakna.Bukan dengan terus menghukum sebaliknya mengkaji dan cuba lakukan perubahan dalam membudayakan ISLAM dalam kehidupan seharian.Mana mungkin manusia akan menjadi umat yang terbaik sekiranya tidak mampu mengaplikasikan ISLAM keseluruhannya.
Oleh kerana yang sedemikian,kita seharusnya berfikir dan seterusnya cuba mengatur stratergi bagi membantuk sebuah generasi pelapis yang mampu untuk mengembalikan keizzahan ISLAM yang pernah menggegarkan dunia satu ktika dahulu..

Perintis Masyarakat Arab Awal Kemunculan Islam


Kelahiran seorang insan yang bernama Muhamad adalah telah membawa sinar baru bagi masyarakat arab ketika itu.Beliau telah dilahirkan pada tahun gajah di Mekah.Ayahandanya telah pergi menemui Allah SWT sebelum beliau sempat menumpang kasih seorang ayah .tidak lama selepas itu,Bondanya pula mengikut jejak ayahnda ketika berumur 6 tahun .Apabila meningkat remaja ,beliau telah mengahwini Siti Khadijah bte Khuwailid R.A yang ketika itu beliau sudah berumur 25 tahun.Takdir Maha Pencipta telah mengatur segalanya,tatkala semakin dewasa 40 tahun beliau telah menerima satu amanah untuk menunaikan kewajipan menyeru manusia kepada ALLAH SWT seterusnya diangkat menjadi nabi dan Rasul.

Bermulalah kehidupan seorang utusan Allah S.W.T untuk menyelami lautan manusia yang pada ketika itu dibelenggu kejahilan dan kegelapan sekaligus rakus melakukan kemungkaran tanpa batasan .Tanggungjawab dan amanh yang diberikan ini terus dipikul dengan penuh kesabaran dan kecekalan .Daripada Mekah beliau telah mengembangkan Islam sebagai cara hidup yang sempurna dan diredhai ALLAH S.W.T,sekaligus bisa menghuni syurga ALLAH S.W.T kelak .Kemudian Nabi Muhammad telah diperintahkan ALLAH S.W.T untuk melebarkan lagi ajaran Islam ke Madinah .Maka di sinilah baginda telah membina sebuah empayar Islam yang telah melakar sejarah yang peling gemilang .

PADA TAHUN KE LAPAN HIJRAH

Berlakunya pembukaan kota Mekah seterusnya dapat menguasai kepulauan Arab.Ketika inilah Islam semakin mengorak langkah apabila umat manusia sudah menyedari akan indahnya Islam maka berlumba-lumba manusia ketika itu untuk memeluk Islam sama ada yang datangnya daripada individu mahupun qabilah.

PADA TAHUN KE SEBELAS HIJRAH

Nabi Muhammad terus diiktiraf manusia ke peringkat yang tertinggi.Baginda dijadikan ikon terbaik sebagai seorang pemimpin yang yang baik,guru yang berhikmah,hakim yang adil dalam mengadili sesebuah masalah seterusnya merealisasikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan ALLAH S.W.T kepada baginda.Setelah berhempas pulas menybarkan ajaran Islam selama 23 tahun akhirnya telah menatijahkan hasil yang bisa menjadikan baginda tauladan sepanjang zaman .Namun percaturan ilahi tidak siapa ketahui Nabi Muhammad S.A.W telah dijemput ilahi .

PADA TAHUN KE TIGABELAS HIJRAH

Khalifah pertama dalam dunia Islam adalah Saidina Abu Bakar.Perlantikkan beliau adalah pilihan daripada kaum muslimin.Selama 2 tahun pemerintahannya beliau telah mencegah golongan orang yang murtad dan telah mengutuskan tentara Islam dalam peperangan .Beliau juga telah memerintahkan untuk mengumpulkan Al-Quran .

PADA TAHUN KE DUA PULUH TIGA HIJRAH

Selepas pemerintahan Saidina Abu Bakar,giliran Saidina Omar bin Khattab pula menerajuinya hampir selama 10 tahun.Beliau telah melebarkan sayap pemerintahannya ke beberapa buah negara dengan begitu meluas sekali ,antaranya adalah Iraq,Mesir,Sepanyol .Ketika inilah pemerintahan dibawah kewibawaan Saidina Omar ,Islam digeruni oleh pelbagai pihak kerana ketegasan beliau menampakkan ketokohan seorang pemimpin.Keberanian Saidina Omar menjadikan beliau dihormati oleh kaum muslimin pada ketika itu.



***bersambung posting akan datang..

Mana Mungkin...


Sesuatu perkara yang berlaku pasti akan ada hikmahnya...Itulah ungkapan yang seringkali meniti dibibir kita apabila terjadi sesuatu peristiwa dan tragedi namun sejauhmana pula penerimaan kita tentang percaturan Allah ini.Adakah hanya sekadar hiasan dibibir ??Hanya kita sahaja yang bisa menjawab persoalan ini...
Untuk memberi ungkapan kepada diri memang mudah tetapi untuk mengaplikasikan apa yang dilafaz tidak semudah itu.Apa yang pasti kehidupan manusia diibaratkan seperti roda tidak selamanya kita diatas begitu juga sebaliknya.Bila kita fikirkan sejenak ,jika kehidupan kita tidak ada ujian dan dugaan sudah pasti kita tidak tahu apa erti kehidupan ..Bila mana adanya ujin dan cabaran yang menguji baru kita akan mula berfikir dari siapa ujian ini datang...Kenapa kita diuji?Bagaimana aku harus tempuhi ujian ini?
Biarpun setiap ujian yang datang adakalanya bisa menitiskan airmata kesedihan atas khilaf yang terlalu besar dan adakalanya pula kita mampu tersenyum bangga kerana dapat mengatasi segala cabaran dengan sabar dan tabah.Tidak dinafikan kita selaku hamba sudah pasti akhirnya rebah mengakui segala kesilapan.
Kesilapan yang lalu ,sudah pasti akan terus terpalit sampai bila-bila ..Walaupun begitu hidup mesti diteruskan untuk terus memperbaiki kelemahan lampau .Hamba terus mencari dimana silapnya laluan yang masih ditempuh agar pengakhirannya kelak tidak tersasar jauh daripada landasan yang sebenar..Bantulah hambaMU ni Ya ALLAH !!