Aspirasi Edisi Bumper


   Penghasilan ASPIRASI Edisi Bumper Dis/Jan kali ini mendatangkan beberapa kelainan.Ini kerana pendekatan yang diambil oleh Team ASPIRASI kali ini amat berbeza.Namun begitu matlamat dan objektif penghasilannya tetap sama .

     Kepada semua ahli Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir boleh mendapatkannya dengan harga LE 2.50 [ percuma Taqwim 2010 ].Apa yang diharapkan agar semua sahabat dapat mengambil sedikit intipati yang terkandung didalamnya untuk mengaplikasikannya secara praktikal dalam kehidupan.

     Bagi Hamba sendiri ini sebagai satu titik permulaan untuk kita cuba berdakwah melalui penulisan kerana jika disingkap sejarah kegemilangan Islam satu ketika dahulu .Dakwah yang dilakukan secara beberapa peringkat dan salah satunya penulisan syair-syair yang begitu mempengaruhi masyarakat ketika itu.Sayugianya tidak menjadi masalah andai ASPIRASI juga menjadi satu platform yang terbaik untuk menjana pemikiran penulis yang berbakat .

Percutian Seorang Hamba


Biarpun percutian Hamba tidak lama namun penuh dengan pelbagai memori yang dilakarkan.Sukar sekali untuk dilupakan malah menjadikan Hamba agar terus berfikir masih adakah lagi peluang untuk aku bernafas esok hari.Sepanjang tempoh percutian dibumi yang kini membawa perubahan semangat yang dilaungkan dengan semangat Satu Malaysia [ Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan ] , Hamba cuba manfaatkan sebaik mungkin peluang yang ada ini untuk belajar terjun dalam lautan masyarakat manusia.

          Hamba pernah dijemput untuk memimpin solat terawih di Masjid Kampung Sayong ,Kuala Kangsar.Juga diundang untuk menyampaikan tazkirah di surau kawasan Padang Rengas.Apa yang ingin dikongsikan mereka terlalu mengharapkan agar golongan Azhari dapat menjadi seorang yang berkeyakinan berada dikhalayak masyarakat untuk berbicara mengenai iman dan Islam ..

          KEM REMAJA LOQMAN antara program yang telah direncanakan dan Hamba juga berpeluang menjadi salah seorang tenaga penggerak program tersebut .Memang rasa bertuah dapat menyertai ,biarpun sedikit cabaran juga kerana diamanahkan untuk merangka pengisian bagi sepanjang pengisian tersebut..Walaubagaimanapun terima kasih kepada semua yang memberi komitmen  untuk menjayakan program tersebut ..


Paradigma



Manusia seringkali terkeliru dengan pemikiran sendiri.Adakalanya biarpun seseorang tu cerdik dan bijak juga masih terkeliru dalam membuat sebuah keputusan.Dan tidak semestinya orang yang cerdik dan bijak itu akan terus sentiasa begitu,sama juga jika sebaliknya.Namun apa yang amat dikesalkan golongan orang bijak pandai ini adalah sering memandang rendah pada kebolehan orang lain.Mungkin ada yang tidak setuju dengan apa yang Hamba katakan ini tetapi realitinya memang begitu.

Pada siapa pula yang kita seharusnya bertanggungjawab atas perlakuan seperti ini..Hamba ingin mengajak sahabat semua fikirkan.Berapa ramai hari ini orang yang kurang cerdik dalam pelajaran mampu berdiri setanding dengan orang yang bijak.

Ini kerana menjadi lumrah apabila orang yang cerdik sudah pasti dia akan berusaha kerana mengetahui akan kelemahan dirinya.Biarpun terpaksa bermula dari bawah asalkan dapat mencipta kejayaan ..

Paradigma itulah yang hari ini ,semakin lama semakin pudar ditelan zaman..Dan wujud pula pemikiran jika dah sememangnya kurang cerdik selamanya akan terus begitu.Jadi apakah kita mampu untuk mengubah persepsi ini.Sama-samalah kita fikirkan akan hal ini .. 

Akur

Tidak terlafaz dengan kata-kata..Hanya airmata yang mampu terzahir menggambarkan kehibaan hati ini.Namun apakan daya percaturan ilahi terselit hikmah dan pelbagai tanda tanya yang pasti akan ditemui jawapannya.Sebak dihati tak siapa yang melihat ,namun begitu aturan alam sedemikian coraknya.Tidak selalu kita akan berada diatas dan tidak juga selamanya kita sentiasa berada dibawah .

Tiada apa yang dapat Hamba kongsikan selain daripada kenangan dan memori terindah dalam pimpinan.Biarpun orang lain mampu untuk menghukum siapalah diri ini bagi mengemudi sebuah persatuan tetapi jauh disudut hati untuk meninggalkan dunia kepimpinan ini.

Hiba hati semakin dirasai ,ratapan suci setia menemani...Entah mengapa begitu mudah titisan jernih terzahir sedangkan selama ini sentiasa dipertahankannya.Mungkin jasad kerdil ini mengerti gelora atma yang berbisik dan hati yang terusik ini.

Apa yang pasti ...Selama mana tubuh kecil ini menerima amanah untuk memimpin ..Jauh sekali terlintas serik dan jerih bahkan terasa berat sekali untuk meninggalkannya.Entah mengapa sayu sekali untuk melalui keadaan ini.Bukan kerana kehilangan kemahsyuran hati ini terusik tetapi sedih dek kerana masih belum sempat mendalami apakah itu kepimpinan.

Sunnatullah percaturan ini ...Hamba menerima dengan seadanya namun ini bukanlah alasan untuk Hamba tidak berjuang bahkan semangat membina dan mengembalikan kecemerlangan Islam terus membara.

Buat semua sahabat pimpinan yang pernah bersama satu ketika dahulu..Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian semua..Ingatlah ukhuwah kita sentiasa terjalin atas dasar dan landasan yang sebenar.Kalian telah banyak mengajar Hamba kecil ini erti sabar dan jujur ..Kalian jugalah peniup semangat Hamba untuk terus bertahan sehingga kini.Terima kasih untuk semua ....Maafkan hamba andai ada perlakuan hamba yang tidak menyenangkan kalian...

Fitrah Cinta


Dewasa kini,ramai orang sudah terpesona dengan cinta..Sama ada cinta pada harta,pangkat,darjat,wanita ataupun segala yang boleh dicintai..Dan berapa ramaikah manusia yang sudah dirosakkan dek kerana ingin membuktikan cinta suci..Ungkapan cinta suci ..apakah benar cinta suci itu wujud ataupun sekadar rekaan manusia untuk mengaburi kehendak nafsu mereka sahaja.Persoalan ini seringkali diutarakan namun sudah pasti ada yang mempertahankannya.Akhir- akhir ini juga kita sendiri dapat melihatkepelbagaian kerosakan akhlaq yang berlaku kerana punca utamanya cinta.Contoh pertama yang hamba ingin bawakkan CINTA HARTA: Biarpun kita tahu riba' itu haram namun masih ramai yang ghairah melakukannya.Mereka tidak pernah terfikir orang-orang mereka zalimi ..Mereka sanggup suapkan ke dalam mulut isteri dan anak-anak mereka sumber yang haram asalkan keluarga mereka hidup mewah tidak papa kedana..Dimana letaknya fungsi akal kurniaan ALLAH kepada mereka sehingga mereka sanggup hidup dalam penderitaan org lain..seterusnya CINTA PANGKAT ; Hanya keran ingin menegjar pangkat dan nama ,sanggup terlibat dengan kumpulan kongsi gelap dan yang amat dahsyat lagi mereka sanggup membunuh asalkan tiada siapa yang dapat halang mereka untuk mencipta nama dan kemahsyuran.Yang paling menyedihkan mereka tergamak mereka menggadai hukum agama dan mengenteng-entengkan perintah ALLAH dan mempersendakan cara hidup Nabi Muhammad SAW.begitu juga CINTA WANITA ; cinta wanit tidak salah bahkan lumrah seorang lelaki mencintai wanita tetapi yang menjadi ianya salah kerana mereka mengadaptasikan cinta kepada wanita semata-mata hanya untuk memuaskan nafsu sahaja.Dan menjadikan wanita sebagai sasaran utama .Mangsanya wanita dan kesannya terjadilah kes buang anak kerana anak luar nikah.Wanita memang golongan yang mendambakan cinta dari seorang lelaki dan kerana itulah lelaki hanya pandai mengatur stratergi memerangkap wanita diatas dasar cinta.Begitu juga sekarang ini fenomena perempuan tua berkahwin dengan lelaki yang lebih muda ..Ianya memang bukan satu kesalahan andai saling menyayangi cuma yang dikesalkan adalah perkahwinan itu adakalanya hanya untukmengaut keuntungan kerana ingin mudah menikmati kemewahan ..

Terpaku


Sukar sekali untuk mencari sesuatu pengertian ataupun hikmah atas sesuatu yang berlaku sama ada sengaja mahupun tidak .Oleh kerana sedemikian,apabila berlaku perkara ini kita akan terpaku seketika lantas paradigma yang sejengkal ini kalut mencari punca.

               Ketika itu,pelbagai persoalan yang timbul realiti dan fantasi saling bercakaran menegakkan pendirian tetapi kita sendiri sukar untuk menghukum apakah andaian yang kita buat atas apa yg berlaku itu benar,tepat ataupun masih dalam kekeliruan.

              Orang suka bercerita dan berkongsi segala pengalaman yang pernah dilalui dalam hidupnya agar orang yang mendengarnya akan dapat mengambil tauladan dan adakalanya orang yang mendengar cerita itu juga akan terpaku dek kerana cerita yang telah dikongsikan.

                Sudah pasti ramai tertanya apakah sebenarnya yang ingin disampaikan dalam posting kali ini,HAMBA biarkan agar persoalan itu sepi tanpa jawapan kerana jawapannya pasti akan terjawab bilamana betul-betul dapat memahami apa sebenarnya isi yang tersirat dalam penulisan sederhana ini.

                   Terpaku pada kecantikan seseorang bukan bermakna kecantikan itu bisa kekal sehingga akhir hayat ,begitu juga terpaku pada keindahan bahasa bukan bererti keindahan bahasa itu melampaui daripada segala bentuk keindahan akan tetapi terpaku pada sesuatu itu membawa pemikiran kita untuk memikirkan apakah yang menyebabkan kita boleh terpaku dengan sesuatu benda dan perkara.

                   Namun begitu ,apa yang pasti keadaan yang terlalu menarik perhatian pandangan mata yang berhubung langsung dengan hati yang akan terjadinya diri kita akan terpaku pada sesuatu perkara tidak kira sama ianya perkara yg baik ataupun sebaliknya.

                   Persoalannya harus kita terpaku kepada kehebatan manusia?apakah kita tidak terpaku langsung dengan kehebatan dan kekuasaan ALLAH swt yang mentadbir segalanya .Kita sama-sama fikirkan perihal ini agar kita dapat menemui satu jawapan yang pasti dan dapat merungkai segala persoalan yang timbul.