Tersentak pandangan Hamba apabila menonton Buletin Utama Tv3 semalam apabila disiarkan berita mengenai serangan yang berlaku di Narathiwat ,Thailand.Tanpa disedari airmata berjejeran,11 orang yang mati ditembak ketika sedang Solat Isya' berjemaah.Apakah salah mereka sehingga diperlakukan begitu kejam sekali .Sedih melihat isteri dan anak-anak mangsa Kewujudun Laman Syabab Al-Qahiriey ini adalah sebagai perkongsian untuk kita bersama.Semoga segala yang terkandung didalamnya bisa dimanfaatkan bersama.Teguran dan nasihat dialu-alukan demi membina dan memperbaiki lagi kelemahan yang ada.Bukan kerana NAMA hamba berkelana,Bukan kerana GELARAN hamba berwacana ,Bukan juga kerana ATMA hamba berbicara tapi kerana AGAMA hamba laksanakan segalanya..
Apa Salah Mereka Beribadah ??
Tersentak pandangan Hamba apabila menonton Buletin Utama Tv3 semalam apabila disiarkan berita mengenai serangan yang berlaku di Narathiwat ,Thailand.Tanpa disedari airmata berjejeran,11 orang yang mati ditembak ketika sedang Solat Isya' berjemaah.Apakah salah mereka sehingga diperlakukan begitu kejam sekali .Sedih melihat isteri dan anak-anak mangsa Aksara Citra Atma
Sudah lama laman ini ,dibiarkan tandus tanpa siraman segar .Bukan kerana tiada kesempatan namun oleh kerana beberapa tanggungjawab dan amanah untuk diselesaikan maka Hamba biarkan seketika untuk bersendiri disini.Agak kekok ntuk mula kembali bermain dengan kekunci Adinda TIE hamba ini ,walau bagaimanapun bukanlah alasan untuk Hamba berundur dalam perjuangan .
Tidak sangka hampir seluruh sahabat Hamba sudah punya laman sendiri,cuma masing-masing ada cara ada method kewujudan tersebut.Bagi Hamba disini kita dapat mengasah keupayaan kita menulis tidak kira dalam apa GENRE sekalipun .Yang amat penting kesungguhan dan minat .
Perubahan laman ini,adalah masih dalm tempuh percubaan kerana sebelum ini suasana yang agak kelam seakan menzahirkan kesuraman yang pasti .Oleh kerana itu inisiatif untuk mencari suasana yang lain mula difikirkan hinggalah terjumpa seperti yang kita lihat sekarang.
Insya Allah ,Hamba akan manfaatkan laman ini dengan semaksima yang mungkin bagi kita semua dapat sama-sama mengaplikasikan segala kelebihan yang dianugerahkan ALLAH ini.Selama Hamba mendiamkan diri ,terjumpa 1 laman yang agak bermanfaat juga untuk dikongsi biarpun masih baru tapi isinya agak boleh diguna pakai .GAJ
Sememangnya Aku Hamba
Kerdil terasa selaku hamba,
Bertaut cinta setia Yang Esa
Tanpa meragui Agung Kuasanya
Pentadbir alam seluruh semesta
Hebatnya penciptaan Al-Khaliq Gelarannya
Titisan jermih merembes tanpa dipinta
Atma bertingkah insaf dirasa
Andai diri diuji kerana dosa
ku pasrah menerima hati terbuka
Tiada siapa selanyaknya berbicara
Tiada tempat mengadu segala
melainkan Ar-Rahman pendengar setia,
Mengasihi hamba untuk ke syurga
Pencakkan Pena
