Aksara Citra Atma

Sudah lama laman ini ,dibiarkan tandus tanpa siraman segar .Bukan kerana tiada kesempatan namun oleh kerana beberapa tanggungjawab dan amanah untuk diselesaikan maka Hamba biarkan seketika untuk bersendiri disini.Agak kekok ntuk mula kembali bermain dengan kekunci Adinda TIE hamba ini ,walau bagaimanapun bukanlah alasan untuk Hamba berundur dalam perjuangan .

           Tidak sangka hampir seluruh sahabat Hamba sudah punya laman sendiri,cuma masing-masing ada cara ada method kewujudan tersebut.Bagi Hamba disini kita dapat mengasah keupayaan kita menulis tidak kira dalam apa GENRE sekalipun .Yang amat penting kesungguhan dan minat .

          Perubahan laman ini,adalah masih dalm tempuh percubaan kerana sebelum ini suasana yang agak kelam seakan menzahirkan kesuraman yang pasti .Oleh kerana itu inisiatif untuk mencari suasana yang lain mula difikirkan hinggalah terjumpa seperti yang kita lihat sekarang.

       Insya Allah ,Hamba akan manfaatkan laman ini dengan semaksima yang mungkin bagi kita semua dapat sama-sama mengaplikasikan segala kelebihan yang dianugerahkan ALLAH ini.Selama Hamba mendiamkan diri ,terjumpa 1 laman yang agak bermanfaat juga untuk dikongsi biarpun masih baru tapi isinya agak boleh diguna pakai .GAJ

Sememangnya Aku Hamba

Sayu azan meneroka deria ,
 Kerdil terasa selaku hamba,
 Bertaut cinta setia Yang Esa
 Tanpa meragui Agung Kuasanya
 Pentadbir alam seluruh semesta
Hebatnya penciptaan Al-Khaliq Gelarannya
Titisan jermih merembes tanpa dipinta
 Atma bertingkah insaf dirasa
 Andai diri diuji kerana dosa
ku pasrah menerima hati terbuka
 Tiada siapa selanyaknya berbicara
 Tiada tempat mengadu segala 
 melainkan Ar-Rahman pendengar setia,
 Mengasihi hamba untuk ke syurga

* Sentuhan pertama setelah lama mendiamkan diri seketika mencari kekuatan diri untuk kembali bersuara  di dunia maya.

Pencakkan Pena


Suara Di Sebalik Pintu
GelombangPena:HambaMusafir
Dimanakah generasi yang kita nantikan selama ini??adakah hanya bersembunyi di sebalik pintu..Jawapannya hanya kita yang lebih mengetahui realitinya ..apakah mungkin kita hanya mampu membatukan diri sepi tanpa bicara..
Bukankah mereka telah diberikan segala kemewahan dan kemudahan ??apakah ini sahaja 
balasan mereka..Bagaimanakah impian dan cita-cita pemuda masa lampau ..Yang sentiasa
di hadapan mendepani segala yang berlaku dalam masyarakat ..Berbeza sekali dengan generasi 
kini..Kebejatan pemikiran mereka semua hanya sarat dengan keseronokkan dan hiburan 
tanpa memikirkan sekelumit natijah pengakhiran kehidupan mereka..
Siapa harus dipertanggungjawabkan...Ayah???Ibu???Guru??Rakan??Pemimpin??Masing-masing menunding jari mencari pesalah.Tiada siapa sudi bertanggungjawab hanya ingin melepaskan diri sahaja.Siapakah sebenarnya MasterMind disebalik propaganda ini..Tiada seorang pun yang tampilkan diri .
Jika ini berterusan ,tidak mustahil satu masa nanti generasi akan datang tidak kenal agama..Tidak kenal siapakah Nabi Muhammad S.A.W..Tidak tahu apakah Al-Quran.
Pada saat itu,tiada lagi halangan dan larangan untuk melakukan dosa ..Atas kerana 
inilah kita perlu mempertingkatkan nilai tambah kesedaran masyarakat untuk mendalami 
agama sekaligus mempraktikkan dalam kehidupan seterusnya dapat membentuk 
sebuah masyarakat yang menjulang tinggi Islam dan berani memperjuangkan Islam 
ke seluruh dunia.. 

Hard 2 Get

Bara Terus Menyala
PenaBernyawa:HambaMusafir




Tika mana paradigma berputar mencari titik noktah permulaan ,
metafora pemikiran dicerna bagai diatur segala..Percaturan dan perjalanan dalam setiap langkahan maya termaktub 
satu alasan yang sukar disangkal jejaknya .
Atur kata tersusun seakan mengerti bara yang semakin hangat terasa.Persoalan demi persoalan kini 
tiada lagi bertemu dengan jawapan yang sepi tanpa nada namun sebaliknya terisi dengan indahnya sekali.
Dengan ini tidak dapat tidak ,meniupkan semangat juang untuk 
mengatur langkah ke hadapan ,merencana misi dan visi dengan harapan ianya terlaksana biarpun 
adakalanya diterjah mehnah dan tribulasi .
Pena hamba terus bernyawa seiring dengan semangat juang yang tidak pernah pudar .
Bukan kerana nama ku bertapak ,bukan jua kerana harta ku melangkah ,
TETAPI 
kerana amanah dan tanggungjawab untuk melaksanakan di atas dasar Al-Quran dan Sunnah
memacu masyarakat agar membuka pemikiran untuk sama-sama melihat dan menghayati Islam .
Memastikan kebersamaan dalam perjuangan Islam seterusnya menjadi mata rantai kepada kesinambungan 
perjuangan golongan yang terdahulu daripada kita hari ini.



 



Keep in Touch

Kelahiran Kekasih ALLAH
CetusRasa:HambaMusafir



Saban tahun kita sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk meraikan Hari Kelahiran Insan yang teragung Nabi Muhammad S.A.W .Pelbagai cara ,lagak dan gaya untuk menunjukkan akan kecintaan kepada Baginda.Pengisian yang berbeza di pelbagai tempat semata-mata untuk membuktikan betapa mulia dan agungnya Nabi Muhamad S.A.W.Sudah menjadi lumrah dan kebiasaan yang berlaku sendiri pada realiti kini ,saat Maulidur Rasul diadakan maka ketika itu berkumandanglah ceramah dan tazkirah yang mengungkap kembali sejarah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W satu ketika dahulu.
Walaupun begitu ,persoalannya kini adakah kita sendiri benar-benar sayang dan cintakan Nabi Muhamad S.A.W atau sekadar manisan di bibir sahaja .Tiada siapa yang dapat mengukur akan nilainya kecintaan dan kasih kita kepada Nabi Muhammad S.A.W melainkan diri kita sendiri.Adakah cinta,sayang dan kasih kita kepada Nabi Muhammad S.A.W hanya 
ketika sambutan Maulidur Rasul sahaja.
Sekadar renungan dan peringatan bagi kita selaku umat akhir zaman ,adakah kita benar-benar menyintai Nabi Muhammad dan agama yang dibawa olehnya .Jangan sesekali berbicara tentang kasih dan sayang kepada Nabi Muhammad S.A.W andaikita sendiri masih belum benar-benar memahami agama yang dibawaNYA.
Pada ketika ini ,di dalam negara kita sendiri berapa ramaikah yang dapat mengamalkan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W dalam seluruh kehidupan mereka .Berapa ramaikah pula yang meninggalkan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W bahkan ada pula yang sanggup menghina Baginda.Masing-masing koreksi diri muhsabahlah hati dimanakah tahap kecintaan kita kepada nabi ataupun sekadar meniti dibibir bukannya dari hati.Andai di akhirat kelak kita tidak tergolong dalam umat Nabi usahlah dipersoalkan kenapa dam mengapa kerana semuanya kerana diri kita sendiri.
Kita sendiri dapat melihat hari ini ,saban hari musuh-musuh Islam sudah semakin berani memperkotak katikkan Islam mengikut hawa nafsu mereka.Adakah kita hanya sekadar berpeluk tubuh,memekakkan telinga,membutakan mata dan membatukan diri sahaja tanpa melakukan apa-apa.Malang sekali siapakah dikalangan kelompok itu?Dimanakah ikrar dan janji kita untuk membuktikan kecintaan kita kepada Nabi dan sensetiviti kita kepada Islam .
Ramai orang yang mudah untuk memahami sirah kehidupan Nabi tapi tidak ramai yang mudah untuk memahami perjuagan Nabi untuk meninggikan kalimah Allah S.W.T .Di atas dasar demikian sempena Hari Kelahiran Baginda ini marilaj sama-sama kita meningkatkan semangat kita untuk menjadi mata rantai untuk meneruskan perjuangan Nabi untuk memartabatkan Islam di mata dunia. 



Just Read

Roda Kehidupan
PenaHati:HambaMusafir
Dalam seharian terlalu banyak perkara yang manusia bualkan ..Adakalanya menyeronokkan dan adakalanya menyedihkan ,namun begitu itulah yang dinamakan dengan “Roda Kehidupan” tidak selalunya diatas dan tidak selamanya berada di bawah .
Bila berbicara tentang Roda Kehidupan tiba-tiba Hamba teringat plak kata seorang Ustaz Hamba ketika dalam pengajian Tahfiz dulu .Masih ingat lagi kalam-kalamnya “ Bila diri kita ada di atas jangan lupa satu masa nanti kita akan berada di bawah juga jadi bersedialah dengan segala kekuatan agar dapat bertahan ketika berada di bawah”.Dalam erti kata yang lebih mudah persiapkan diri dalam mengahdapi segala situasi sama ada sukar mahupun sebaliknya.
Kerana apa yang berlaku pada hari ini,bila kita berada di atas mudah sekali kita lupa diri dan sekaligus diterjah perasaan bongkak dan takabur yang menggunung.
Kisah tentang takabur dan bongkak bukannya tidak pernah berlaku pada zaman dahulu apatah lagi telahpun dirakamkan dalam Al-Quran tentang keangkuhan mereka.Semuanya kini bergantung pada diri kita sama ada ingin menjadikan ianya sebagai teladan untuk menjauhkan ataupun teladan sebagai ikutan ..Kurniaan akal fikiran daripada Allah untuk manusia hanyalah untuk kita membezakan yang kaca dan permata selebihnya kita sendiri boleh fikirkan …..