Mubasyarah..

Ana Syuf..
CeritaHati:HambaMusafir






Rasanya lama juga Musafir tak jenguk blog ni..So kali ini just nak kongsi kisah sikit dengan sahabat-sahabat semua.Oklah kisahnya begini...Jeng..jeng..
Dua hari lepas ,ketika Musafir baru balik dari kemaskan barang di rumah Perak dalam perjalanan untuk pergi penempatan sementara ..
Tiba-tiba sebelum Musafir melangkah masuk lorong Markaz Nil terdengar seorang makcik Arab menjerit ,panik seketika bila melihat makcik tersebut diheret sepanjang 50 meter dengan sebuah kereta.Rupanya kereta tersebut nak ragut beg tangan orang tua tadi tapi disebabkan makcik tu tak lepaskan juga beg tangan tu terpaksalah kereta tu mengheret makcik td .
Musafir tergamam tak tau nak buat apa-apa ..Apa yang Muasfir dapat lakukan bila makcik itu dilepaskan dia menangis kesakitan dan minta padaMusafir untuk ambil air ..Ingatkan kot makcik tu nak minum rupanya nak simbah pada luka atas tangan dia ..Muasfir seolah-olah dapat rasakan kepedihan luka di tangan makcik tu bila disimbah air.
Itulah kisah yang Musafir nak kongsikan ..Ingatkan di Malaysia je ada ragut rupanya di Mesir pun ada juga..Oleh itu sahabat semua ingatlah kita tidak tahu apa yang akan berlaku tapi
apa yang mampu kita lakukan adalah sentiasa berhati-hati ye ..
Alang-alang dah posting ni ..Musafir nak malumkan kepada ahli Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir ( KPIPM) yang Wisma Darul Ridzuan akan diislah dan tempoh pembaikannya adalah selama 6 bulan ,jadi kerana itu Wisma Darul Ridzuan telah dikosongkan dan telah dipindahkan untuk penempatan sementara di Lorong Markaz Nil ,NO 19 bersebelahan dengan Rumah Vista Karisma yang lama.Untuk maklumat selanjutnya boleh menghubungi Ketua Biro Perumahan KPIPM 08/09 ( Ust Fareez Izhar Zainuddin 011-5455858)
atau AJKT KPIPM 08/09 dan juga pada 13 Disember 2008 akan diadakan Motivasi Perdana Gabungan dengan kerjasama Biro Pelajaran dan Ilmiah Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 08/09 dan Biro dan Unit Pendidikan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir 08/09 .Jadi moh le ramai-ramai ye ..

" Kuasa Bicara"


Pahit Ini

HatiDia:HambaMusafirPerindu







Hiba menguasai minda,
Sebak mengunjungi seketika,
Merenung diri dimanakah puncanya,
Mencari titik mulanya,
Titisan jernih menitis tanpa dipinta,
Seakan memahami sahaja,
Apakah yang melanda jiwa,
Langkahan terhenti bukan atas keinginannya,
Tiada daya untuk bertahan lama,
Meneruskan perjalanan yang masih jauh ini...
Pahitnya hidangan ini..
Seksa untuk ditelan..


Tak siapa merasa
LakaranJiwa:HambaMusafir
Bila kita bicarakan hati mesti akan ada kepelbagaian pendapat tentangnya .Hati bukan satu perkara yang ,mudah untuk diterjemahkan dan ditafsirkan dalam penulisan mahupun percakapan.Kerana ianya sesuatu perkara yang sukar sekali untuk di nilai dan diperlihatkan .
Dalam erti kata yang lebih mudah "Tak Siapa Merasa" melainkan diri mereka sendiri yang dapat merasakan apa yang ada dalam hati mereka .
Dengan peredaran zaman yang semakin canggih dan mencabar ini,
wujud pelbagai cara ,saluran untuk meluahkan sesuatau perkara sama ada ianya berkaitan dengan hati ataupun sebaliknya.
Sesetengah manusia ,kurang memikirkan setiap apa yang mereka lakukan dan bagi mereka apa yang mereka lakukan itu dapat memuaskan kehendah mereka .Biarpun mereka tahu yang tindakan mereka itu boleh menyakiti hati dan perasaan orang lain.
Kenapa hari ini?
Bagaimana selama ini ??
Mengapakah terjadi begini ???
Mungkin ini semnua berlaku kerana mereka langsung tidak mahu menggunakan akal dan fikiran anugerah Allah itu dengan sebaiknya pada tempat yang betul sebaliknya
menggunakan kelebihan akal yang dikurniakan Allah itu hanya untuk kepentingan diri sendiri
bagi memuaskan tamak dan haloba mencari dunia yang sementara .
Apa yang dapat kita lihat hari ini ,pemikiran manusia sekarang lebih mementingkan " MATERIAL"
yang boleh memberikan mereka keuntungan yang berlipat kali ganda.
Persoalan sumbernya bukan menjadi keutamaan sekalipun menggunakan jalan yang menyimpiang daripada landasan Islam .Penindasan berlaku seolah-olah
bukan satu kesalahan bahkan menjadi kelaziman dalam mencari keuntungan diri sendiri .

:: Sangsi ::

Pandangan Mereka
KataJiwa:HambaMusafir
Bicara mereka makin berbisa,
Meracun kalbu mencarik jiwa,
Sukma hati tersedu seketika,
Kalamnya pedih ketara,
Mudah benar menyusun kata,
Tanpa berfikir dimana mereka,
Sekelumit sesal hilang dalam ego yang dicipta,
Pandangan mereka ,
Sekadar mencemuh dusta,
Mengukir senyuman plastik belaka,
Agar indah di pandangan mata,
Hakikat sebenar Tuhan bisa menilainya..

::: Detik Hati :::

KATA HATI
BicaraDiri: HambaMusafir
Tika keheningan aku bagai dibuai
Dinginnya malam yang panjang
Tika kegelapan sayu unggas berdendang
Mengubat hati yang rawan
Bagaikan dinginnya malam yang suram
Begitulah diriku diibaratkan
Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau
Biarpun payah ku teruskan
Siapa memandang tidakkan ku hirau
Biarpun pedih ku tahankan
Jamahlah bintang
Beri daku sinaran
Semoga hati ku cekal
Akan ku teruskan walau harus ditelan
Seribu nista di tangan
Terbanglah hai unggas bebas di awan
Agar kan tercapai sinar gemerlapan
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Apakah kan ada ketulusan jiwa
Yang menilai ku seadanya
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Ku pasrah padamu TuhanTuhan......
Terasa ingin berehat seketika ..untuk menikmati akan indahnya malam ..namun apalah daya pengorbanan hamba ini moga berharga disisi Allah .Ingin duduk seketika tapi tanggungjawab masih bersisa di benak hamba..

:: Kotak Minda Berputar Mencari Fantasi Bayangan Maya::

Persis Dia Menjelma
KontraJiwaKesuma:HambaMusafir

Seakan mimpi yang tak sudah ,kelibatnya menjelma di bayangan minda.Terpanar seketika ,paradigama di hujum pertanyaan tanpa noktahnya ,Benarkah dia?Siapakah dia?
Aduh...Sukar sekali ku ,cari kebenarannya.Sukma rindu melontar seketika ,seakan merayu mencari dirinya .
Biarpun dingin pagi menyapa pipi,fikiran ini kalut menembusi maya.Yang ku harapkan hanya dia .Hadir seketika mengubat jiwa.Namun ,lamunanku tak lama ..Diriku berpijak kembali dia alam nyata.Persis dirinya sekadar singgah di minda ,seperti berjanji rindu terasa bersama.