Cerpen


Akhirnya aku ...(part 3)

IlhamMinda:HambaMusafir




Matanya mula berkaca,selera makannya hilang entah kemana,.Ibunya dimasukkan ke Hospital Sakit Mental selepas setahun setengah Syah dipenjarakan .

Pegawai penjara sebentar tadi kembali dengan bungkusan plastik yang berisi sepasang Baju Melayu yang dipinta Syah.Setelah selasai menunaikan Solat Isya’ malam itu dia terus menghabiskan sisa hidupnya masih berbaki tidak sampai sehari dengan berzikir,membaca kitab suci Al-Quran dan menunaikan solat-solat sunat

Terpacul dua orang pegawai di pintu selnya sebagai tanda masa untuk dia menjalani hukuman sudah hampir.Dalam sujudnya yang terakhirnya terakhir tangisannya semakin kuat sehingga membasahi hamparan sejadahnya.Sebelum melangkah dia menadah tangan berdoa “ Ya Allah Ya Tuhanku!aku hamba yang berdosa ,masih ada lagikah ruang keampunan untuk hambamu ini ya Allah!Aku anak yang derhaka ,aku berdosa pada ibuku,Wahai Ar-Rahim! Lembutkanlah hati ibuku untuk mengampuniku ya tuhan .Andai ku tidak diampuni hanya Neraka sahaja layak untuk tubuh ini

Ya Allah!Aku mengerti airmata ini belum tentu mampu untuk mengurangkanku dari azabMu dan airmata ini juga belum dapat melenyapkan segala dosa yang telah aku lakukan.Aku redha wahai Rabbul Jalil diatas takdir ini,dengan pengakhiranku ini.Tabahkanlah hati hambaMu ini Ya Allah!!”( bersambung....)


:: Eksklusif Posting ::








"BBQ SYABAB"
CetusanHati:HambaMusafir


“Ukhuwah melakar hikmah dalam bersahabah,menyemai mahabbah” alhamdulilah BBQ yang telah dirancang Musafir bersama sahabat dapat direalisasikan..Biarpun tak semua yang dapat menyertai tetapi ianya cukup bermakna bagi Musafir.Sebanyak 6 ekor ayam telah selamat diBBQkan dengan jayanya.Musafir ucapkan thanks a lot atas kesudian sahabat-sahabat dari muhafazah yang juga ada turut serta bersama .Majlis yang ala kadar ni sedikit sebanyak dapat

merapatkan lagi ukhuwah diantara kami Menu yang sempoi je tambahan pula orang bujang masak kan so biasa la nasi tomato ,sup & ayam.Musafir harapkan agar sahabat-sahabat semua teruskan menjaga ukhuwah ini kerana sesungguhnya Ukhuwah inilah yang dapat membuatkan kita tidak rasa keseorangan dalam berjuang apatah lagi di negara orang .

Kepada BP PMRAM Ust Azrul bin Ismail dan Ust Azizuddin bin Aznan terima kasih diucapkan yang turut hadir bersama.Inilah di antara
capture
kenangan BBQ SYABAB…

Cerpen


Akhirnya Aku ( part 2 )

IlhamMinda:HambaMusafir



Rupa-rupanya pegawai penjara .” Ya tuan!” jawabku menghampiri tirai besi yang telah menjadi tempat kediamanku semenjak 3 tahun lalu. “Pagi esok tepat jam 5:30 pagi kamu akan menjalani hukuman yang telah dijatuhkan kepada dalam perbicaraan mahkamah bulan lepas” beritahu pagawai itu kepadanya.

Fikirannya tiba-tiba mengembalikan saat ketika hukuman ke atasnya dibacakan di mahkamah . “Setelah saya mendengar hujah pembelaan dan dalil pendakwaan ke atas kamu saya selaku Hakim Perbicaraan pada hari ini yang bertarikh 3 Mac 2006 menjatuhkan hukuman kepada Mohd Syahril Irwan bin Abdullah ,Hukuman Gantung Mandatori .Hukuman yang akan dilaksanakan pada tarikh 14 April 2006 hari Sabtu ,jam 5:30 pagi di Penjara Taiping.Pesalah disabitkan diatas dua pertuduhan iaitu :Pengedaran dan Penyalahgunaan Dadah” ketika itu seluruh saluran darahku seolah terhenti tiba-tiba,dengupan jantungku berdegup laju sekali ,nafasku tersekat di hujung kerongkong,badan dan kaki seakan sudah lumpuh separuh badan ,tidak terdaya untuk melangkah.Di saat itu hanya bayangan ibu terlintas di benak fikiran.

“Baik tuan!” balasku ringkas. “ Eeemm..tuan!” panggilku. “ Saya ada permintaan terakhir sebelum menjalani hukuman pagi esok” terangku.dengan riak wajah penuh berharap. “ Apa permintaan kamu ?” soal pegawai penjara tadi. “ Boleh tuan berikan pakaian sepasang Baju Melayu saya yang ibu saya pernah berikan dahulu” pintaku bersungguh-sungguh. Pegawai itu diam seketika “ Baiklah ,saya akan uruskan.Jika tiada apa-apa lagi saya pergi dulu."

Syah mengimbau semula , ketika hampir menjelang hari lebaran pada tahun pertama dia bermukim di singgahsana yang hanya berlantai simen tanpa hamparan permaidani dan bertirai besi hitam ,ibunya mengirimkan sepasang Baju Melayu warna kegemarannya biru tua yang bersulam pula dengan benang perak di leher dan lengan baju warisan Melayu itu.Namun terdetik sedikit kekesalan dihatinya kerana ibunya hanya mengirimkan baju itu tanpa ingin bersemuka dengannya di sebalik tirai besi ini.Mungkin kerana luka lama masih berdarah “Ibu !maafkan Syah jika tidak kerana kedegilan Syah sudah pasti ibu juga takkan menderita “ rintih Syah sendirian Keputusannya untuk berhijrah ke Kota Metropolitan Kuala Lumpur itu melakar sejarah perit dalam hidup Syah yang akhirnya terperangkap sendiri dalam kancah kehancuran yang membinasakan dirinya sendiri.(bersambung..)

Cerpen



Akhirnya aku..

KaryaInsan:HambaMusafir


Kenapa Syah?kenapa Syah lakukan semua ini ?Tangisan ibu tidak langsung melembutkan hati ini.Ibu terus memaut kaki kiriku.”Sudahlah nak.. nak ibu sayang Syah ..”sayu sekali rayuan ibu nadanya semakin lemah namun tidak langsung berbekas dihati ini.Tahap kemarahanku semakin melepasi batasannya,pautan ibu pula semakin erat “ Ibu !Syah sudah dewasa !!!”tengkingku. “ Syah pohon pada ibu lepaskan Syah sebelum ..” tidak sempat Syah menghabiskan kata-katanya tangisan ibu makin menjadi memecah kesunyian pagi itu . “Syah anak ibu ,ibu sayangkan Syah ,jangan tinggalkan ibu nak” rengekkan ibunya sendu dalam nafas tersekat .Ibunya tidak menyangka Syah membuat keputusan begitu drastik sekali hanya kerana tidak membenarkan anaknya berkerja di Kuala Lumpur.
“Ibu jangan paksa Syah” pinta Syah suaranya agak rendah sedikit.Tanpa di diduga ,Syah mengangkat kaki kanannya lalu menghayun sepakkan ke batang tubuh seorang insan yang bergelar ibu itu.Akibat sepakkan itu ibunya tersadung di penjuru meja di ruang tamu.Airmata ibunya deras mengalir menahan kesakitan ,esakkan masih bersisa,maka mengalir cecair merah pekat dari dahi ibu Syah sedikit demi sedikit membasahi pipi.
Syah langsung tidak memandang ibu yang terjelopok di penjuru meja sebaliknya terus melangkah meninggalkan rumah .Pandangan ibunya semakin kabur dan mengecil melihat anaknya semakin jauh melangkah.
Seorang ibu tersadai layu di atas lantai dengan lenangan airmata yang tidak henti. “Mohd Syahril Irwan bin Abdullah!!” panggilan suara itu mematikan imbasan sejarah pahitnya itu....(bersambung....)

~ Ceritera Musafir ~

“ AsBol”
CernaanMinda:Musafir



Ketika kaki Musafir melangkah keluar dari rumah,tertumpu pandangan Musafir pada satu peristiwa yang betul-betul menarik minat Musafir untuk melihat disitu..Ketika inilah terlintas di fikiran Musafir satu perkataan yang Musafir kira boleh dikaitkan dengan kejadian ini “ AsBol ”.Kalau dengar betul-betul memang macam tidak pernah wujud perkataan ni kan ?
Okay jadi inilah yang Musafir nak sama-sama kongsi dengan sahabat semua Asbol adalah hasil gabungan dengan perkataan yang menunjukkan keupayaan sesuatu perkara tanpa ada istilah tak mampu diambil daripada Asal Boleh?...hehehehe…
Kita kembali kepada al-kisah kita tadi, jadi yang terlintasnya kalimah AsBol di pemikiran hamba yang kerdil lagi lemah ini kerana dapat melihat 4 orang Arab mengangkat Sofa dari tingkat bawah ke tingkat 6 melalui pintu balkoni..Nasib baik tak sempat nak rakam aksi dieorang kalau tak mesti gempak.4 orang sahaja fahamkan “sahaja” memberi maksud Al-Battah .
Cuba sahabat fikirkan sejenak kenapa Musafir nukilkan kisah ini untuk posting kali ini?Bukan sekadar bacaan semata-mata tapi Moralnya yang boleh kita ambil disini : tiada apa yang mustahil jika kita sendiri tahu kemampuan kita ,yang paling ada keinginan untuk memiliki pasti ada jalan untuk selesaikannya,biarpun nampak tak masuk akal cara kita gunakan namun hanya diri kita sahaja mengetahui tindakan & perancangan yang kita lakukan .