~ Ceritera Musafir ~

“ AsBol”
CernaanMinda:Musafir



Ketika kaki Musafir melangkah keluar dari rumah,tertumpu pandangan Musafir pada satu peristiwa yang betul-betul menarik minat Musafir untuk melihat disitu..Ketika inilah terlintas di fikiran Musafir satu perkataan yang Musafir kira boleh dikaitkan dengan kejadian ini “ AsBol ”.Kalau dengar betul-betul memang macam tidak pernah wujud perkataan ni kan ?
Okay jadi inilah yang Musafir nak sama-sama kongsi dengan sahabat semua Asbol adalah hasil gabungan dengan perkataan yang menunjukkan keupayaan sesuatu perkara tanpa ada istilah tak mampu diambil daripada Asal Boleh?...hehehehe…
Kita kembali kepada al-kisah kita tadi, jadi yang terlintasnya kalimah AsBol di pemikiran hamba yang kerdil lagi lemah ini kerana dapat melihat 4 orang Arab mengangkat Sofa dari tingkat bawah ke tingkat 6 melalui pintu balkoni..Nasib baik tak sempat nak rakam aksi dieorang kalau tak mesti gempak.4 orang sahaja fahamkan “sahaja” memberi maksud Al-Battah .
Cuba sahabat fikirkan sejenak kenapa Musafir nukilkan kisah ini untuk posting kali ini?Bukan sekadar bacaan semata-mata tapi Moralnya yang boleh kita ambil disini : tiada apa yang mustahil jika kita sendiri tahu kemampuan kita ,yang paling ada keinginan untuk memiliki pasti ada jalan untuk selesaikannya,biarpun nampak tak masuk akal cara kita gunakan namun hanya diri kita sahaja mengetahui tindakan & perancangan yang kita lakukan .

Al-Kisah....

"Gaduh Ukhuwah Bertumbuk Mahabbah"

CetusanMinda:HambaMusafir



Apa agaknya yang membuatkan Musafir bagi tajuk ini untuk posting kali ini ye.Jangan risau Musafir ada something yang Musafir nak kongsikan dengan sahabat semua.


Satu hari Musafir balik dari kuliah biasalah naik apa lagi kalau tak bas pilihan ramai untuk budak
Kaherah ni mestilah bas ( 24 Jim ).Lumrahlah di Mesir ni kena pegang pepatah Man Cappata Dapata so kene usaha lebih lah sikit kalau nak duduk kalau tak berdiri jelah kan.Nak dijadikan cerita hari itu memang Musafir kena berdiri .Mahu tak mahu berdiri jugalah,kebetulan Musafir berdiri betul-betul ditempat duduk sepasang suami isteri ( Arab ).Pada mulanya nampak seperti mereka berdua bergurau tapi rupanya mereka bergaduh…

Bermula dari tolak menolak sampai tumbuk menumbuk,semua orang yang ada dalam bas tu langsung tidak menghiraukan perihal mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku.Yang mencuitkan hati Musafir si suami tu merampas apa sahaja yang ada di tangan isterinya.Tiba-tiba handphone isterinya berbunyi si suami terus rampas untuk menjawab panggilan tersebut,yang menghairankan lagi Musafir isterinya gelak ketawa tengok suaminya macam orang gila nak rampas semua yang ada pada dia ..Isterinya berkata “ Ehh..Tak malu ke pukul perempuan dalam bas?” mungkin si suami tercabar dengan kata-kata isterinya lalu dia mendekatkan bibirnya di cuping telinga si isteri membisikkan sesuatu kemudian dia menumbuk dada isterinya jelas kelihatan perempuan tersebut menahan kesakitan dengan tumbukkan itu Musafir yang betul-betul ada di situ hanya mampu melihat mereka berdua .Seorang sahabat Musafir mencuit katanya Biasalah tu orang Arab kan,sekejap lagi okaylah tu”..
Bila sampai di perhentian terakhir Musafir pun turun bersama penumpang lain ,memang tidak disangka pasangan yang bergaduh tadi turun sambil bergelak ketawa berpegangan tangan jalan seiringan .,Musafir tersenyum sendirian memang betul kata orang di Mesir ini bergaduh bersungguh-sungguh lepas tu dapat saling memaafkan tapi jika dibandingkan dengan orang Melayu memang jauh berbeza sekali kerana apa orang Melayu ini dari dahulu sampai sekarang suka menyimpan dendam untuk memaafkan jauh sekali ..

Inilah realitinya jika ada 7 keturunan maka 7 keturunan itulah menyimpan dendam cukup sahaja dengan kita lihat setiap drama & filem Melayu memang tak dapat lari daripada konsep “Menyimpan Dendam& Membalas Dendam” .Inilah salah satu punca mengapa Melayu tak mampu nak berdiri setaraf dengan bangsa lain…

:: Mabruk Ya Sodiq ::

"Selamat Pengantin Baru "










~ Musafir doakan agar kalian berdua dipermudahkan segala urusan dan sentiasa menikmati kebahagiaan mahligai perkahwinan yang tersimpan 1001 kemanisan berkongsi segalanya dalam meniti kehidupan dunia ini. Semoga Bahgia Buat Pasangan Ustaz Mohd Fadhil & Ustazah Siti Nur Husna ~

~ Wish 4orm Musafir ~


:: Melayu Takkan Berkembang ::




Kenapalah teruk sangat melayu??
Cetusan Rasa : Hamba Musafir








Semakin hari semakin maju ke hadapan tapi orang Melayu semakin hari semakin menjatuhkan mertabat bangsa sendiri.Mana perginya nilai bangsa Melayu yang dahulunya disanjungi kesopanan dan jati dirinya sekarang apa sudah jadi ?Kenapa bodoh sangat pemikiran orang Melayu sekarang ?Dah kurang idea nak berkarya jadi ambil jalan mudah nak jatuhkan maruah bangsa dan agama sendiri pulak ke?Tidak cukup lagi ke dengan keruntuhan akhlaq remaja sekarang nak tambahkan lagi dengan budaya kotor pulak.Musafir betul-betul tidak menyangka masih ada lagi orang Melayu yang masih nak menjadikan diri mereka memusuhi bangsa dan agama sendiri.Semua orang tahu Malaysia agamanya Islam tapi adakah ini yang kita nak banggakan pada orang lain ..Semua sahabat mesti tertanya apa yang Musafir bicarakan mestilah tentang Filem Pendek Comolot .Filem yang meruntuhkan martabat melayu ..Yang paling Musafir betul-betul berapi sangat kata-kata pada akhir filem tu " Berahi tiada sempadan" Ya Allah ,sampai macam itu sekali falsafah yang dipegang .Ingatlah sama kita ni orang Islam Umat Nabi Muhammad S.A.W umat yang dimuliakan oleh Allah tapi jika inilah gayanya macam manalah kita nak berhadapan ngan Allah kelak .Bila berlaku keruntuhan moral dan akhlaq dikalangan remaja kita salahkan orang pernah tak kita hari ini fikir yang perkara itu semua takkakn berlaku kalau kita sendiri menghalangnya .Tengoklah hari ini ,boleh pulak keluarkan filem Gay bukan orang lain pulak yang berlakon tu orang Islam .Mana perginya tegahan Allah ,hilang ke akal yang Allah dah berikan pada kita semua ..Bagaimana kita nak berdepan dengan musuh Islam yang kalau bangsa sendiri merosakkan bangsa dan agama sendiri..
Kesal benar Musafir dengan sikap orang Melayu yang beragama Islam ini,ingatlah teman Allah pernah hancurkan Kaum Nabi Lut kerana kerosakkan ini takkan kita nak ulang kembali sejarah pahit itu.Bukalah minda ,tak salah nak berkarya tapi jangan terlalu inginkan populariti sehinggakan sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama sendiri.

Ikutkan hati ini mahu sahaja Musafir berdepan dengan semua yang terlibat dengan Kerja Hina Ini..Mungkin pada ketika ini musuh-musuh Islam melompat gembira melihat apa yang telah berlaku pada Umat Islam hari ini.Tolonglah kalau sudah kekeringan idea untuk berkarya berhentilah daripada terus membinasakan agama sendiri.Banyak lagi kerja yang bermanfaat daripada ini.Baca Al-Quran,berzikir,berdakwah dan macam-macam lagi ibadah yang mampu menarik rahmat Allah .
Sampai bila kita nak berterusan begini?sampai bila?hari demi hari ,Islam ditindas,diperkotal katikkan takkan selamanya kita nak diam tanpa bersuara tapi jika perkara seperti ini diteruskan Musafir azab Allah pasti mengundang .
Apa guna akal yang Allah berikan???Bukan hanya dengan akal dapat membezakan kita dengan haiwan .Nanun jika kita sendiri tak mampu manfaatkannya kita sebenarnya lebih teruk daripada haiwan .
Insaflah ASWARA.
Insaflah ORANG MELAYU
Insaflah UMAT ISLAM....

~ Kena Baca Sahabat Blogger Semua ~

Penangan blog
Oleh Ziauddin Sharuddinzia@nstp.com.my





MAJALAH Time pada 2006 mencatat sejarah apabila menamakan komputer sebagai `Person of the Year’ atau tokoh tahun ini. Anda. Ya, anda. Anda menguasai era maklumat. Selamat datang ke dunia anda. Inilah kata-kata muka depan majalah itu. Ledakan pertumbuhan dan pengaruh hasil kandungan internet, terutama blog diiktiraf di peringkat global dua tahun lalu. Tahun ini, blog dan blogger menerima pengiktirafan di negara ini apabila kuasa dan pengaruhnya mula diakui. Keputusan pilihan raya umum ke-12 yang dipengaruhi oleh blog dan blogger adalah bukti utama. Kini tiada siapa dapat menafikan bahawa media baru ini mempunyai kedudukan, fungsi dan tanggungjawab dalam dunia maklumat.
Blog media baru berpengaruhKIRA-KIRA 10 tahun lalu, sesiapa yang mengaku mempunyai blog dan bergelar penulis blog (blogger), dipandang seperti makhluk asing. Kini anda boleh membaca kira-kira 500,000 blog yang diwujudkan blogger negara ini. Kemunculan blog hanya mula diperkatakan sejak beberapa tahun lalu walaupun perhatian lebih tertumpu kepada blog politik.
Bagaimanapun, keadaan berubah secara drastik sejak kebelakangan ini. Ramai yang bercakap mengenai blog dan menjadi blogger. Kehangatan pengaruh blog dikaitkan dengan kempen pilihan raya umum ke-12 lalu apabila blog yang dikategorikan sebagai media baru digunakan secara berkesan sama ada oleh individu mahu pun parti politik. Mengulas perkembangan blog di negara ini, Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata antara perintis kemunculan blog di negara ini adalah sekumpulan blogger yang membentuk komuniti Geng Journal pada 1998. Ketika majoriti masyarakat masih buta mengenai blog, katanya blogger seperti Tok Rimau dan Bluehikari merintis minat terhadap blog.
Beliau berkata, perkembangan blog meningkat selepas insiden politik membabitkan penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituruti kemunculan pelbagai blog seperti Mahazalim dan Mahafiraun. Sejak empat tahun lalu, katanya perkembangan blog mula memberangsangkan, tetapi masih tidak disedari dan dipedulikan hingga Pilihan Raya Umum Ke-12, bulan lalu, blog menonjolkan pengaruh sebagai media baru yang memberi kesan besar. Bluehikari atau nama sebenarnya, Ludinata Misnun, berkata ketika Tok Rimau, iaitu bekas Presiden Geng Jurnal membentangkan kertas penyelidikan bertajuk Web Log: Kuasa menerbit di hujung jari dalam satu seminar peringkat kebangsaan pada 2002, isu blog yang dibentangkan itu kurang mendapat sambutan. Selain itu, katanya membuat blog ketika itu lebih susah kerana prosesnya sama seperti membina laman web yang perlu membuat reka bentuk sendiri. Katanya, zaman sekarang untuk berblog sangat mudah kerana ada laman web menyediakan kemudahan blog seperti Blogspot, Wordpress atau Diaryland. Hanya perlu daftar, pilih reka bentuk diminati dan mula menulis. Hari ini, ramai yang bergelar blogger, tetapi semudah itukah menjadi blogger? Rebecca Blood, seorang blogger veteran yang juga pengarang The Weblog Handbook, menyatakan blogger adalah mereka yang sangat berminat terhadap web. Evan Williams yang mengasaskan Blogger.com pula berpandangan bahawa blogger adalah golongan muda yang menggunakan blog untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya. Sudah tentu hari ini, ada blogger veteran berumur lingkungan 50-an atau lebih tua, tetapi majoriti blogger adalah golongan muda yang dinamik, luar biasa, mempunyai pendirian dan tidak takut melahirkan pandangan mereka. Setiap orang boleh memberi 1001 macam alasan untuk memiliki blog, tetapi blogger adalah seorang yang tahu menghargai pandangannya. Tanyalah kepada sesiapa yang memiliki blog. Mengemas kini blog setiap hari menyebabkan dirinya mempertimbangkan pandangannya dengan berhati-hati serta berasakan pandangannya unik dan perlu disuarakan. Pada masa sama, ada ramai blogger yang hanya memuatkan luahan hati kecewa, putus harapan dan meracau tidak tentu hala. Blog begini selayaknya dimasukkan ke dalam bakul sampah. Seorang blogger harus mampu melahirkan dirinya dalam penulisan, mahu berkomunikasi dengan orang lain dan berterus terang. Blogger, Yasser Arafat Ishak yang dikenali sebagai Jiwarasa berkata, blog yang baik selalunya akan mendapat perhatian dan ibarat pasaran terbuka yang pengunjung mempunyai pilihan. Blog yang baru sering meletakkan alamat blog yang bagus di blog masing-masing. Katanya, memuatkan blog yang bagus di blog masing-masing bagaikan satu trend untuk menempatkan diri dalam kelompok blog. “Pengunjung blog juga cerdik dan bijak memilih bahan yang baik. Mereka selalunya akan membuat rujukan silang di mesin carian Yahoo dan Google untuk mendapat kepastian sesuatu fakta yang ditulis di blog,” katanya. Apakah faktor yang menyebabkan blog popular? Sifat interaktif adalah punca menyebabkan blog mendapat perhatian ramai. Semua orang berpeluang memberikan pandangan walaupun tidak semua pandangan itu bernilai. Blog bukan saja membolehkan blogger memberikan pandangan mengenai sesuatu isu, tetapi pembaca menyuarakan pandangan masing-masing. Anda mahu bersetuju, membangkang, menambah maklumat dan fakta baru. Semuanya dalam blog. Blogger perlu ada sikap kawal selia kendiri LESEN besar penulis blog (blogger) untuk menulis mengenai apa saja di atas muka bumi ini menimbulkan banyak persoalan. Melihat sesetengah blog, penulisan bukan berisi fakta dan kebenaran, tetapi penuh dengan fitnah, kepalsuan dan bersumberkan khabar angin. Malangnya, apa yang ditulis dipercayai sebagai suatu kebenaran. Dalam teori komunikasi, apabila sesuatu pembohongan diulang-ulang, maka pembohongan itu dianggap benar. Dalam blog, proses yang sama juga berlaku. Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata sebelum pilihan raya umum ke-12 lalu, ada anggapan bahawa harga rumah melambung naik di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah. Katanya, anggapan itu berlegar dalam dunia blog dan maklumat itu tidak diketahui ketepatan serta kesahihannya. “Tiada siapa tahu perkara ini, tetapi anggapan ini wujud di kalangan masyarakat negeri berkenaan. Oleh kerana tiada siapa menafikan maklumat ini, maka maklumat yang disebarkan melalui blog dianggap benar,” katanya. Dalam era perang maklumat, katanya blog membentuk maklumat dan sama ada maklumat itu tepat atau sahih adalah perkara kedua. Bagaimanapun, blogger tidak dibiarkan bebas sewenang-wenang. Di Singapura, dua etnik Cina dipenjarakan mengikut Akta Hasutan negara itu kerana memuatkan kenyataan anti Islam dalam blog mereka. Tahun lalu di Mesir, blogger Abdel Monem Mahmoud, ditangkap kerana menulis kenyataan anti kerajaan. Di negara ini, tiada undang-undang secara khusus boleh digunakan untuk mengambil tindakan terhadap blogger dan blog. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya bertanggungjawab menyelia infrastruktur sesebuah laman web dan bukan memantau laman web yang menyeleweng. Bagaimanapun, Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membolehkan individu yang menyalahgunakan Internet bagi menyebarkan kandungan yang bersifat palsu, mengancam atau yang jelik dikenakan tindakan. Selain itu, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan boleh digunakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab. Sudah ada beberapa kes blogger di negara ini disaman kerana tulisan mereka. Keputusan Mahkamah Tinggi Alor Star supaya pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, membayar ganti rugi RM4 juta kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Naib Canselornya, Tan Sri Dr Nordin Kardi, kerana memfitnah melalui artikel disiarkan dalam blognya pada 2006 adalah antara kes utama. Bagaimanapun, undang-undang bukan jawapan terhadap persoalan ini. Menubuhkan polis siber seperti di sesetengah negara juga bukan penyelesaian terbaik. Harus ada kerelaan daripada blogger untuk bekerjasama dengan kerajaan membangunkan kod etika yang boleh diguna pakai di Malaysia. Lebih baik sikap kawal selia kendiri wujud di kalangan blogger berbanding pihak lain yang memaksanya.