~ Taamul Daqiq ~

Sekadar Ingatan


Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang... Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang tapi SAYANGILH dengan apa yang kita ada !!Hidup tak perlu terlalu sempurna, tak perlu terlalu kaya, tak perlu terlalu terkenal, tetapi selagi masih ada INSAN yang mengingati, ia sudah lebih dari mencukupi. Persahabatan yang sejati akan membawa KERINDUAN yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan PERCINTAAN akan berakhir tetapi tanpa percintaan PERSAHABATAN boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin..SELALUNYA kita tdk menyedari bahawa ada insan yg lebih MENCINTAI diri kita...oleh itu hargailah..insyaallah :-)

:: Maalij ::

Tawaquf Sementara
Kemaafan Musafir pohonkan kerana sudah lama tak update laman syabab mungkin kerana kesibukan yang musafir lalui baru-baru ini.Eemm kalau nak diceritakan sebenarnya banyak je peristiwa yang berlaku untuk Musafir ceritakan tapi seperti yang MUsdafir katakana tadi masa menghambat Musafir untuk bercerita mengenai peristiwa itu.
Antaranya ada Muktamar Sanawi PMRAM, Spring camp& KPIPM CUP,Muhasabah Separuh Penggal baru-baru ini ditambah pula ada sahabat Musafir yang menikah lagi Arrrgghhh.. Semakinlah tertekan batin ini.hehehehe..…Ikutkan hati nak sahaja Musafir ceritakan semua tapi masa tak mengizinkan .Selepas Musafir kan berehat seketika untuk memberi tumpuan pada Imtihan yang kan tiba..Banyak sangat khilafnya tapi yang paling sohih 14 april ni ada Imtihan Syafawi.Doakanlah untuk Musafir ye.
InsyaAllah selepas tamat Imtihan Musafir akan kembali semula dalam arena BLOGGER ni ye!!!Nantikanlah ye sambil doakan Musafir dan ahli keluarga Musafir sentiasa dipermudahkan segala urusan ..

..:: Kasih Bonda ::..

Syukran Untuk Semua Bonda
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron, menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu: 1) Tolong pergi kedai : RM4.00 2) Tolong jaga adik : RM4.00 3) Tolong buang sampah : RM1.00 4) Tolong kemas bilik : RM2.00 5) Tolong siram bunga : RM3.00 6) Tolong sapu sampah : RM3.00 Jumlah : RM17.00. Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -PERCUMA 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -PERCUMA 3) Kos air mata yang menitis keranamu -PERCUMA 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -PERCUMA 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian,dan keperluanmu -PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -PERCUMA..Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Syukur

Alhamdulilah Bonda Musafir akhirnya sealamt menjalani pembedahan pada hari Khamis yang lalu.Syukur tak terhingga Musafir rasakan kepada Allah dengan Izinnya telah memudahkan segala-galanya .
Bonda Musafir masih lagi ditahan didalam wad untuk pemeriksaan lanjutan .Musafir dan adeq-adeq sentiasa doakan kesihatan Bonda berpanjangan ..

:: Tabahkan Bonda ::


Sayu Hati Menangis Sendiri
SentuhanJiwa :Musafir





Biarpun kalamBonda ringkas tapi ianya cukup tersentuh jiwa masih lagi terngiang di cuping telinga Musafir " Doakan bonda ye ".Hati anak mana yang tidak
tersentuh ,dalam nada yang sederhana Bonda cuba untuk melenyapkan kegusaran yang menerjah fikiran ini.
Jika diikutkan hati ,mahu saja Musafir mengatur langkah untuk pulang berada disisi bonda.
Musafir sendiri dapat merasakan apa yang ayahnda sedang hadapi,
mungkin dahulu ayahnda boleh mengharapkan Musafir kini hanya ayahnda keseorangan disana .
Tangisan bonda yang cuba diselindungkan akhirnya terzahir jua,
Musafir mengerti apa yang bonda rasakan cukup perit,
itulah Bonda hati yang mudah tersentuh namun tetap tabahkan diri
menghadapi ujian Allah .
Selepas berbicara bersama Bonda ,Musafir memanjangkan bicara bersama adik-adik
pilu hati ini bila mendengar kata-kata Adeq Aina
"abang jangan takut tau adeq tak nangis dah kalau mak tido kat hospital"
airmata Musafir ini seolah-olah tak mampu lagi untuk menahan
naluri seorang abang tak pernah silap untuk menilai adik-adiknya
terasa luluh hati ini,
pesan Musafir pada adeq-adeq: "Bonda semua sayang kat kita jangan nangis ye,doakan Bonda
selamat,abang pun sayangkan adeq-adeq semua."
Inilah ujian buat Musafir sekeluarga, suara Ayahnda yang mendatar ketika menyambut panggila dari Musafir sudah cukup untuk menggambarkan apa yang bersarang
di sanubarinya.
Walau apapun terjadi ,Musafir ayahnda adalah seorang ayah& suami yang cukup tabah
melakar kehidupan,biarpun susah tidak pernah sekalipun
dizahirkan depan anak-anak.
Ayahnda!!
Abang disini sentiasa berdoa untuk kita sekeluarga,
mana mungkin anaknda akan hancurkan harapan ayahnda,
anaknda terlalu rindukan waktu kita sama-sama susah & senang ..
Abang cuba untuk tidak menangis seperti ayahnda tapi abang masih tak mampu
untuk menahan sebak dijiwa ini.
Bonda!!
Anaknda terlalu sayangkan bonda,
adeq-adeq pun terlalu sayangkan bonda,
Doa kami adeq beradik tak pernah putus untuk Bonda..
Ingin sekali anaknda berada disisi bonda,menatap wajah bonda,mengenggam jari Bonda,
terus memberi semangat untuk Bonda .
P/S :Bonda Musafir ditangguhkan pembedahan pada 29 Feb 2008 kepada 13 Mac 2008 di Hopital Swasta ,Pulau Pinang.Bonda mengalami sakit batu karang ,mengikut laporan Doktor ,ada 4 batu karang dan mengalami bengkak pada buah pinggang.Diharapkan sahabat semua dapat mendoakan Bonda Musafir ..