:: Maalij ::

Tawaquf Sementara
Kemaafan Musafir pohonkan kerana sudah lama tak update laman syabab mungkin kerana kesibukan yang musafir lalui baru-baru ini.Eemm kalau nak diceritakan sebenarnya banyak je peristiwa yang berlaku untuk Musafir ceritakan tapi seperti yang MUsdafir katakana tadi masa menghambat Musafir untuk bercerita mengenai peristiwa itu.
Antaranya ada Muktamar Sanawi PMRAM, Spring camp& KPIPM CUP,Muhasabah Separuh Penggal baru-baru ini ditambah pula ada sahabat Musafir yang menikah lagi Arrrgghhh.. Semakinlah tertekan batin ini.hehehehe..…Ikutkan hati nak sahaja Musafir ceritakan semua tapi masa tak mengizinkan .Selepas Musafir kan berehat seketika untuk memberi tumpuan pada Imtihan yang kan tiba..Banyak sangat khilafnya tapi yang paling sohih 14 april ni ada Imtihan Syafawi.Doakanlah untuk Musafir ye.
InsyaAllah selepas tamat Imtihan Musafir akan kembali semula dalam arena BLOGGER ni ye!!!Nantikanlah ye sambil doakan Musafir dan ahli keluarga Musafir sentiasa dipermudahkan segala urusan ..

..:: Kasih Bonda ::..

Syukran Untuk Semua Bonda
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron, menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu: 1) Tolong pergi kedai : RM4.00 2) Tolong jaga adik : RM4.00 3) Tolong buang sampah : RM1.00 4) Tolong kemas bilik : RM2.00 5) Tolong siram bunga : RM3.00 6) Tolong sapu sampah : RM3.00 Jumlah : RM17.00. Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -PERCUMA 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -PERCUMA 3) Kos air mata yang menitis keranamu -PERCUMA 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -PERCUMA 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian,dan keperluanmu -PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -PERCUMA..Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Syukur

Alhamdulilah Bonda Musafir akhirnya sealamt menjalani pembedahan pada hari Khamis yang lalu.Syukur tak terhingga Musafir rasakan kepada Allah dengan Izinnya telah memudahkan segala-galanya .
Bonda Musafir masih lagi ditahan didalam wad untuk pemeriksaan lanjutan .Musafir dan adeq-adeq sentiasa doakan kesihatan Bonda berpanjangan ..

:: Tabahkan Bonda ::


Sayu Hati Menangis Sendiri
SentuhanJiwa :Musafir





Biarpun kalamBonda ringkas tapi ianya cukup tersentuh jiwa masih lagi terngiang di cuping telinga Musafir " Doakan bonda ye ".Hati anak mana yang tidak
tersentuh ,dalam nada yang sederhana Bonda cuba untuk melenyapkan kegusaran yang menerjah fikiran ini.
Jika diikutkan hati ,mahu saja Musafir mengatur langkah untuk pulang berada disisi bonda.
Musafir sendiri dapat merasakan apa yang ayahnda sedang hadapi,
mungkin dahulu ayahnda boleh mengharapkan Musafir kini hanya ayahnda keseorangan disana .
Tangisan bonda yang cuba diselindungkan akhirnya terzahir jua,
Musafir mengerti apa yang bonda rasakan cukup perit,
itulah Bonda hati yang mudah tersentuh namun tetap tabahkan diri
menghadapi ujian Allah .
Selepas berbicara bersama Bonda ,Musafir memanjangkan bicara bersama adik-adik
pilu hati ini bila mendengar kata-kata Adeq Aina
"abang jangan takut tau adeq tak nangis dah kalau mak tido kat hospital"
airmata Musafir ini seolah-olah tak mampu lagi untuk menahan
naluri seorang abang tak pernah silap untuk menilai adik-adiknya
terasa luluh hati ini,
pesan Musafir pada adeq-adeq: "Bonda semua sayang kat kita jangan nangis ye,doakan Bonda
selamat,abang pun sayangkan adeq-adeq semua."
Inilah ujian buat Musafir sekeluarga, suara Ayahnda yang mendatar ketika menyambut panggila dari Musafir sudah cukup untuk menggambarkan apa yang bersarang
di sanubarinya.
Walau apapun terjadi ,Musafir ayahnda adalah seorang ayah& suami yang cukup tabah
melakar kehidupan,biarpun susah tidak pernah sekalipun
dizahirkan depan anak-anak.
Ayahnda!!
Abang disini sentiasa berdoa untuk kita sekeluarga,
mana mungkin anaknda akan hancurkan harapan ayahnda,
anaknda terlalu rindukan waktu kita sama-sama susah & senang ..
Abang cuba untuk tidak menangis seperti ayahnda tapi abang masih tak mampu
untuk menahan sebak dijiwa ini.
Bonda!!
Anaknda terlalu sayangkan bonda,
adeq-adeq pun terlalu sayangkan bonda,
Doa kami adeq beradik tak pernah putus untuk Bonda..
Ingin sekali anaknda berada disisi bonda,menatap wajah bonda,mengenggam jari Bonda,
terus memberi semangat untuk Bonda .
P/S :Bonda Musafir ditangguhkan pembedahan pada 29 Feb 2008 kepada 13 Mac 2008 di Hopital Swasta ,Pulau Pinang.Bonda mengalami sakit batu karang ,mengikut laporan Doktor ,ada 4 batu karang dan mengalami bengkak pada buah pinggang.Diharapkan sahabat semua dapat mendoakan Bonda Musafir ..

Alhamduliah ....

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon adalah antara pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) yang tewas selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 diumumkan setakat jam 3 pagi ini. Selain Samy Vellu yang juga Menteri Kerja Raya; Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin; Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, juga kalah. Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput yang diwakilinya sejak 1974 apabila tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr D Jeyakumar dengan majoriti 1,821 undi. Samy Vellu mendapat 14,637 undi berbanding Jeyakumar, 16,458.
Aziz tewas di Shah Alam apabila meraih 24.042 undi berbanding lawannya, Khalid Abdul Samad daripada PKR yang mendapat 33,356 undi manakala Shahrizat yang mendapat 18,833 undi, kalah di Lembah Pantai kepada calon PKR, Nurul Izzah Anwar yang mendapat 21,728 undi. Zainudin yang beralih dari kerusi Parlimen Merbok ke Sungai Petani dalam pilihan raya kali ini tewas 9,381 undi kepada calon PKR, Johari Abdul. Zainudin mendapat 24,441 undi berbanding Johari, 33,822 undi. Dr Koh, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama kali bertanding kerusi Parlimen pula, tewas di Batu Kawan kepada calon DAP yang juga bekas pensyarah, Dr P Ramasamy. Beliau hanya meraih 13,582 undi berbanding Ramasamy 23,067.
Turut tewas, 10 timbalan menteri termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas; Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mah Siew Keong. Tan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang disandangnya sejak tiga penggal lalu apabila tewas kepada calon PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tan mendapat 25,608 undi berbanding Abdul Khalid yang juga Setiausaha Agung PKR, 28,123 undi. Kayveas yang juga Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) tewas di Taiping dengan majoriti 11,298 undi apabila mendapat 16,800 undi berbanding lawannya daripada DAP, Nga Kor Ming yang mendapat 28,098 undi. Mah yang juga Ketua Pemuda Gerakan, gagal mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan yang disandangnya apabila tewas dengan majoriti 1,470 undi kepada calon DAP, M Manogaran. Mah mendapat 17,016 undi berbanding Manogaran, 18,486 undi.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman tewas di kerusi Parlimen Nibong Tebal dengan majoriti 3,087 undi apabila mendapat 17,123 undi berbanding pencabarnya daripada PKR, Tan Tee Beng yang meraih 20,210 undi. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin tewas di kerusi Parlimen Bachok dengan majoriti 2,901 undi apabila mendapat 25,934 undi berbanding pencabarnya, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang meraih 28,835. Beliau yang turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok, tewas dengan majoriti 1,270 undi kepada calon Pas, Datuk Omar Mohamad. Awang Adek mendapat 8,235 undi berbanding Omar yang meraih 9,505 undi. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, tewas 198 undi di kerusi Parlimen Hulu Selangor kepada calon PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad. Palanivel memperoleh 22,979 undi berbanding Zainal Abidin, 23,177. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow yang juga penyandang kerusi Parlimen Kuantan pula kalah dengan majoriti 1,826 undi kepada calon PKR, Fuziah Salleh. Fu mendapat 16,572 undi berbanding Fuziah, 18,398. Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Seri Chia Kwang Chye, kalah dengan majoriti 16,122 undi di Parlimen Bukit Bendera kepada pencabarnya, Liew Chin Tong daripada DAP. Chia yang juga Setiausaha Agung Gerakan, mendapat 15,131 undi berbanding Liew, 31,243. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S Sothinathan kalah dengan majoriti 2.804 undi di Teluk Kemang kepada calon PKR, Kamarul Bahrin Abbas. Sothinathan yang juga Naib Presiden MIC, mendapat 20,544 undi berbanding Kamarul Bahrin, 23,348. Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin, kalah dengan majoriti 3,413 di Bagan Serai kepada calon PKR, Mohsin Fadzli Samsuri. Zainal Abidin mendapat 18,943 undi manakala Mohsin Fadzli, 18,943. Exco Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail sekali lagi gagal untuk merebut kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila tewas dengan majoriti 13,388 undi.

Berdasarkan keputusan undian semalam ,Musafir dapat klasifikasikan yang orang Malaysia kini sudah matang dalam membuat penilaian ..Inilah namanya berjuang atas nama untuk memertabatkan agama.Keputusan undian semalam sekaligus membuktikan Malaysia kini sudah sedia memilih pentadbiran yang berteraskan Islam berpandukan Al-Quran dan Hadis.
Sejauh mana pun kita pergi,secanggih mana pun kemajuan yang kita miliki akhirnya kita akam kembali kepada fitrah kita yang asal kembali .