Langkahan Ini


Perlembahan ini tersirat nostalgia
pengorbanan melakar cinta Esa
kesetiaan Musa menjadi sebutan
setiap generasi bertali zaman.

Aqidah dipertahan Islam dijulang
suruhan ilahi tiada berpantang
andai jiwa mampu bersuara
laungan takbir pasti bergema.

Islam tinggi mengislah diri
menerajui umat untuk dicontohi
teruskan perjuangan sahabat seangkatan
usah gentar menempuh ujian..


** ZhonnIAbdi**
Madinah Nasr,Cairo

Fantasi Yang Direalitikan..



Apabila perkataan FANTASI sudah pasti ramai yang dapat meneka sebuah fantasi adalah khayalan yang sukar sekali untuk dijadikan realiti.Ini kerana FANTASI juga merupakan sebuah daya imaginasi yang hanya terbentuk dalam pemikiran melalui khayalan semata-mata.Namun apakah sebenarnya yang dimaksudkan FANTASI YANG DIREALITIKAN..
Kini semakin hari kita dihidangkan dengan pelbagai kemodenan dan kecanggihan buatan manusia.Tidak kira dalam apa jua bentuk sama ada alatan harian ,komunikasi dan seumapamanya.Adakah segala kemudahan yang ada pada hari ini menjamin kualiti dan mutu akhlak generasi akan datang.Persoalan ini Hamba tinggalkan kepada kalian untuk fikirkan jawapan yang wajar dan tepat.
Hari ini manusia terus mengejar kemewahan dan kesenangan tidak kira apa golongan sekalipun didesa mahupun dibandar sama sahaja.Masing-masing terkejar akan kemanisan dunia yang sementara cuma.
Sedih sekali melihat kanak-kanak yang belajar disekolah apabila memikirkan apa yang bakal meraka hadapi kelak.Ini kerana IBUBAPA zaman ini sering membayangkan anak-anak mereka kelak bakal memberikan kemewahan kepada mereka sepertimana apa yang telah mereka berikan hari hari ini.Bagi mereka tanggungjawab mereka untuk MEMBESARKAN anak-anak dengan menuruti segala kehendak tanpa memikirkan kesannya kelak.Hakikatya mereka mengharapkan FANTASI itu bisa DIREALITIKAN namun sebaliknya yang berlaku kerana mereka hanya MEMBESARKAN bukan MENDIDIK mereka .Sayugianya pembentukkan syakhsiah anak-anak tersebut hanya ada didalam FANTASI bukan REALITI .
Sejauhmana FANTASI ini mampu DIREALITIKAN maka asas dan tunjangnya pada ibubapa samada akan berterusan MEMBESARKAN atau MENDIDIK atau MEMBESARKAN DALAM DIDIKAN.Fikirkankanlah langkah yang terbaik agar generasi akan datang tidak jahil mengaplikasikan agama dalam kehidupan dan mampu memimpin masyarakat kelak.

Hijrah Dalam Membentuk Kesatuan Ummah


Pada tanggal 1 Muharam telah termaktub dalam lebaran sejarah Islam , peristiwa Hijrah telah mendatangkan impak yang besar bagi umat Islam sehingga kini ,biarpun sudah berlalu hampir 1400 tahun namun kesannya masih segar dibenak ingatan.

Sejarah ini telah membuktikan bahawa kekuatan Islam tidak boleh dipandang enteng sepertimana yang telah berlaku ketika baginda Nabi Muhammad S.A.W dan sahabatNYA melakar kejayaan besar ini.

Kesatuan yang terbina antara Muhajiran dan Ansar memberikan kekuatan yang menyeluruh sekaligus membuka mata seluruh dunia bahawa umat Islam adalah umat yang satu.Tidak kira darimana asal-usulnya, dimana dia berada asalkan dia mengucapkan syahadah dan kehidupan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah maka ketika itu dia juga saudara.

Kerjasama yang diberikan antara Muhajirin dan Ansar sayugianya perlu dicontohi oleh umat Islam hari ini. Sesungguhnya Islam tidak memerlukan kita tetapi sebaliknya kita yang berhajat kepada Islam dalam memimpin kehidupan kita seharian.

Pengorbanan yang telah mereka berikan untuk merealisasikan sebuah perubahan adalah begitu besar dan agung.Mana mungkin mudah untuk meninggalkan kampong halaman yang telah membesarkan kita dan menjadi tempat mainan sedari kecil lagi.

Namun begitu,demi menegakkan syiar Islam dan untuk memastikan survival Islam terus berkembang ke seantero dunia maka segalanya sanggup dikorbankan.Kesannya penghijrahan yang mereka lakukan terus menjadi teladan sehingga kini.

Intipati daripada penghijrahan ini ,Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir juga bergerak seiring dalam memacu objektif dan perlaksaannya mengikut kesesuaian zaman dan realiti. Pelbagai bentuk penekanan dan pembawakan PMRAM mempunyai satu matlamat untuk melahirkan generasi yang mampu memperjuangkan Islam dalam apa bidang sekalipun.

PMRAM merupakan satu wadah dalam membina generasi yang mampu bekerja untuk Islam tanpa mengharapkan imbuhan dan seumpamanya .Sifat tadhiah dan tolak ansur menjadikan PMRAM sehingga kini terus didokongi oleh ahlinya.

Bekerja dengan kefahaman dan bukan hanya sekadar semangat menjadikan PMRAM juga platform dalam menjana fikrah dan membentuk syakhsiah yang diteladani.

Kesatuan yang telah PMRAM bina yang kini menjangkau 80 tahun bukanlah satu tempoh yang sementara sekaligus membuktikan PMRAM semakin dewasa dan matang untuk meneruskan survival di bumi anbiya’ ini. Kerjasama ahli PMRAM daripada setiap BKAN & DPM dalam menjayakan setiap agenda PMRAM membuktikan pengajaran peristiwa hijrah sudah lama dipraktikkan oleh PMRAM .

Sepertimana kaum Muhajirin dan Ansar boleh bersatu begitu juga kerjasama antara BKAN & DPM dalam memastikan perencanaan PMRAM dapat dilaksanakan selaku sebuah kesatuan yang menjaga kebajikan Anak Melayu di bumi anbiya’ ini.

Kepelbagaian ruang dan peluang telah disediakan PMRAM dalam menjana generasi Islam yang integriti seperti Manhal,PESAT,Madrasah Imam Syafie’,Madrasah Saidatina Aisyah ,Kem Latihan Penulis,Unit Biah Solehah,Mini Pavilion dan banyak lagi .

Segala tenaga dan kemahiran telah PMRAM gunakan semaksima mungkin dalam meningkatkan pengkaderan generasi Islam yang mampu terjun dalam lautan masyarakat kelak.

Tidak timbul persoalan mengapa PMRAM harus dipertahankan sehingga kini kerana sejarah penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan sahabatNYA juga menjadi satu panduan untuk PMRAM terus memacu perubahan dalam mempertingkatkan kebajikan dan kualiti prestasi mahasiswa Al-Azhar.

Semoga seluruh mahasiswa dapat memanfaatkan PMRAM dalam mendalami dan menghayati sebuah perubahan yang menuntut segala pengorbanan samada tenaga dan fikiran hanya semata-mata untuk Islam di masa akan datang.

Disediakan oleh,
Urus Setia Penerangan Umum (UPU)
Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM
Unit Penerangan dan Penerbitan HEWI PMRAM
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2010

Isu Hak Mahasiswa : Ugutan Zakat


Baki untuk menempuhi peperiksaan hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi,namun masih ada manusia yang tidak berhati perut ingin meratah kenikmatan dan kurniaan Allah atas orang lain demi kepentingan diri sendiri.
Isu hak mahasiswa ditindas bukan satu perkara yang boleh dipandang enteng lagi apatah lagi dengan kedatangan Pegawai HEP ke rumah-rumah negeri sekaligus menjadikan sebuah fenomena ini terus berlarutan.Seperti ZAKAT hak milik mereka ,jika ada sahaja mahasiswa tidak berkelakuan seperti yang inginkan maka ZAKAT akan menjadi agenda utama untuk melemahkan semangat hak mahasiswa.
Jika itu yang mereka fikirkan maka tanggapan mereka salah kerana Suara Mahasiswa bukanlah hanya didengari sekadar didalam dewan bahkan ianya mendapat perhatian meluas seluruh negara .Fikirkanlah wahai seluruh Pegawai HEP yang ada dibumi anbiya' ini kerana kalian dihantar ke sini untuk memudahkan pelajar Malaysia bukan sebaliknya.a
TAHNIAH Hamba ucapkan kepada KPT dengan penganjuran Solat Hajat Perdana dan Penerangan Isu Zakat .Semoga kalian akan terus tabah dan sentiasa istiqomah dalam memperjuangkan hak mahasiswa .

Hafaz al-Quran di banglo tiga tingkat

BACAAN ayat-ayat suci al-Quran bergema memenuhi ruang dewan di sebuah banglo tiga tingkat yang terletak di sebuah kawasan elit di pinggir ibu kota Kuala Lumpur.

Meskipun dibaca dengan laju, namun bait-bait kalimah yang dilafazkan itu masih boleh difahami oleh mereka yang mendengarnya.

Malah, alunan merdu daripada suara pelajar yang tekun mengadap kitab suci tersebut, menjadi halwa telinga penulis sebaik melangkah masuk ke dalam pusat tahfiz yang diberi nama Darul Quran wal Hadith (DQwH) itu.

Baru sahaja beroperasi awal November lalu, DQwH merupakan sebuah pusat pendidikan bersepadu yang menjadikan hafazan al-Quran dan hadis Nabi SAW sebagai mata pelajaran teras.

Di samping itu, pelajar turut diajar dengan ilmu-ilmu Diniyyah dan bahasa Arab mengikut sukatan pelajaran beberapa maahad yang terdapat di negara Asia Barat seperti Mekah, Yaman, Syria, Mesir dan sebagainya.

Mudir atau Pengetua DQwH, Dzulfadzli Affandi Zulkarnain al-Hafiz, 27, memberitahu pusat itu kini mempunyai lapan pelajar perintis yang telah pun memulakan sesi pengajian mereka di sana.

"Alhamdulillah, setakat ini semua pelajar tersebut menunjukkan komitmen yang sangat tinggi dalam setiap kelas yang diikuti," kata Dzulfadzli sambil menunjuk ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang sibuk menghafal bacaan masing-masing dengan al-Quran yang diletakkan di atas rehal.

Ahli huffaz seimbang

Tambah beliau, penubuhan DQwH ini sebenarnya dibuat atas landasan untuk membentuk ahli Quran dan ahli hadis yang alim dalam pelbagai disiplin ilmu melalui sistem pendidikan tradisi Islam.


DENGAN ilmu dunia dan akhirat yang seimbang dapat melahirkan generasi muda Islam yang mampu menegakkan syiar Islam.


Selain itu, ia bertujuan untuk membentuk kecemerlangan minda pelajar melalui al-Quran dan melahirkan kader-kader yang peka dengan isu-isu semasa serta mampu mempertahankan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ) yang menjadi pegangan umat Islam di negara ini.

"Paling penting, kami mahu melahirkan para pendakwah yang mampu menggarap adab dan mesej dakwah Rasulullah SAW secara berhikmah serta memberi peringatan yang baik dalam apa jua situasi," tegas Dzulfadzli.

Dalam usaha ke arah melahirkan huffaz dan ahli hadis yang seimbang dalam semua bidang ilmu, pusat itu juga tidak meminggirkan pembelajaran akademik dalam kalangan pelajar.

Malah, pihak DQwH turut mewajibkan pelajar mereka menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Perkara ini diakui oleh seorang tenaga pengajar DQwH, Wan Mohd. Safuan Wan Salim al-Hafiz, 27, yang merupakan graduan lulusan syariah Universiti Darul Ulum di Yaman dan Tahfiz Darul Ansar di Kelantan.

"Seiring dengan perkembangan zaman yang semakin canggih, barisan pendakwah Islam juga harus dilengkapi dengan ilmu yang seimbang.

"Ini bermakna, mereka bukan sahaja perlu arif dalam jurusan agama, bahkan dalam aspek ilmu duniawi juga. Justeru, amat penting bagi mereka untuk menguasai pelbagai bidang ilmu seperti yang telah dilakukan oleh ulama silam," ujarnya.

Pelajar awal

Bagi Muhammad Amir Naqiuddin Amir Zuhairi, 16, dia bersyukur kerana terpilih menjadi salah seorang pelajar perintis di pusat pendidikan tersebut.


PELAJAR DQwH tekun memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran di hadapan guru.


Berdasarkan syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan, ternyata ia bukan semudah memasuki sekolah biasa.

"Kami perlu menunjukkan kebolehan dan kemahiran dalam menghafaz al-Quran di samping memperoleh pencapaian akademik terbaik.

"Selain itu, kami juga perlu lulus dalam ujian kemasukan DQwH yang diadakan seperti temuduga untuk bekerja, namun dalam skop yang berbeza.

"Antaranya seperti kepantasan menulis dalam tulisan jawi, membaca kitab-kitab hadis lama yang tidak mempunyai baris dan memperdengarkan bacaan al-Quran di hadapan guru," tutur anak kedua daripada lima adik beradik itu.

Pengajian DQwH

Untuk sukatan pengajian di DQwH, ia terbahagi kepada dua iaitu I'dadi (menengah rendah) selama tiga marhalah atau tiga tahun dan Thanawi (menengah atas) selama dua marhalah.

Bagi setiap marhalah I'dadi, pelajar perlu menghafaz sepuluh juzuk al-Quran selain mengikuti pembelajaran kitab-kitab seperti Jala'al Afham (Tauhid), al-Durr al-Masun fi Tafsir Juzei 'Amma Yatasaalun (Tafsir), Nail al-Raja' (Fikah) dan Syarh al-Arbai'n al-Nawawiyyah (Hadis). Tidak ketinggalan pelajar juga perlu menguasai ilmu Bidayah al-Hidayah (Tasawuf), Fath al-Aqfal Syarh Tuhfah al-Atfal (Tajwid), Nur al'Uyun (Sirah) dan Matan al-Ajrumiyyah (Nahu).


DQwH hanya menetapkan kuota 32 pelajar untuk satu sesi pengajian bagi memberi keselesaan pelajar menuntut ilmu.


Dalam sukatan pelajaran Thanawi, pelajar berpeluang memantapkan ilmu al-Quran dan hadis melalui dua bidang takhassus.

Bagi takhassus al-Quran, kitab yang akan dipelajari seperti Tuhfah al-Murid 'ala Jauharah al-Tauhid, Anwar al-Masalik Syarh 'Umdah al-Salik, al-Hikam Al-Atoiyyah Syarh al-Syarnubi, Mutammimah al-Ajrumiyah dan Fiqh al-Sirah Nabawiyyah.

Sementara itu, bagi takhassus hadis pula, ia ditambah dengan kitab Sahih Bukhari (Hadis Talaqi), Qawaid al-Asasiyyah fi Ulum Quran, Manhal al-Latif fi Mustalah al-Hadith, al-Manzumah al-Baiquniyyah dan Riyadh al-Solihin.

Untuk sesi pengajian Januari 2011, pihak pengurusan DQwH hanya menawarkan kemasukan untuk kuota 32 pelajar sahaja. Permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2010.

Petanda Kehidupan


Pancaindera kalut menafsir segala
berlaku dengan pelbagai cara
tiada yang bisa menduga
percaturan direncana begitu luarbiasa.

Untuk apa sedemikian rupa
sedangkan manusia terus dibuai leka
bisikan dunia menyapa dicuping telinga
agar bisa tunduk pada kecantikan dunia.

Biarpun ia sementara cuma
sampai bila manusia terus alpa
sampai bila manusia harus menderhaka
sampai bila umat ini perlu lena
sehingga agama dicaci hina
ajaran nabi pupus begitu sahaja.

Sukar membezakan antara kaca dan permata
nilai akhirat dan dunia
sanggup membutakan mata
memekakkan telinga
dan membisu seribu bahasa.

Inilah petanda kehidupan bagi manusia..
" Zhonni Abdi -Madinah Nasr- SQ7"